Aron Lee yang baru sahaja selesai solat isya' dia melipat sejadah dan diletakkan diatas katil bersama songkok yang dipakainya. Terdengar sayup-sayup suara memanggil namanya, siapa lagi yang ada dirumah mereka kalau bukan si isteri. Aron Lee dengan pantas berlari turun ketingkat bawah mujur awal-awal lagi dia sudah memakai seluar.
"Ayang kenapa"Aron Lee mendekati sharifah Amna yang membongkokkan badan sambil memaut table top untuk berjalan
"biy sakit...iskk, darah" Sharifah Amna menyelak kain yang dipakai sehingga paras betis
terbutang mata suaminya apabila melihat darah yang mengalir, Aron Lee mulai panik ditambah pula dengan erangan si isteri tiba-tiba. Dengan pantas Aron Lee mengangkat si isteri masuk kedalam kereta untuk dibawa ke Hospital dengan segera.
Jam sebelas malam baru selesai segala urusan di hospital, Sharifah Amna mengalami pendarahan kecil kerana terlalu aktif dan juga kurang rehat. Aron Lee sudahpun berada di bilik rawatan bersama Sharifah Amna yang sedang tidur diatas katil.
Aron Lee memberitahu keadaan Sharifah Amna kepada kedua keluarga mereka melalui whatsapp group. Semoga yang mendengar berita tersebut turut mendoakan kesihatan Sharifah Amna Dan bayi dalam kandungannya.
Mereka akan datang melawat Sharifah Amna keesokan harinya.
🌸🌸🌸
Sejak beberapa hari setelah kepulangan Syed Athar dan Haura Lee dari Terengganu, Syed Athar sering mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
Malam itu Syed Athar nekad untuk menjawab panggilan tersebut, Dia bergerak keluar balkoni.
"Hello At, is that you?" seorang gadis menyapanya.
"yeah, who's that"
"I Maria, girlfriend Aryan Lee" gadis itu memperkenalkan dirinya
"ouhh ya, so ada apa you call I"berkerut dahi bertanya
"I nak bercakap dengan Aryan, tapi dia selalu mengelak. I nak minta tolong dengan You"
"minta tolong apa, maria are you okey"
"I ada dekat Hospital Gleneagles. Boleh tak you bawa Aryan kesini" rayu wanita itu
"okey, esok I bawa Aryan kesana"
"thanks Athar, I have to go now"
Panggilan ditamatkan. Syed Athar terkejut melihat si isteri yang bersandar dipintu sliding sambil memeluk tubuh.
"cakap dengan siapa" kening diangkat sebelah
"kawan. Kau pergi mana menghilang dari tadi" Syed Athar berjalan berdiri dihadapan Haura
"saya borak dengan umi, mak teh pon ada sekali tadi dekat bawah, saya ada buatkan awak coffee" Haura bergerak ke katil diikuti dengan Syed Athar
"borak apa je? mak teh tu mesti cari pasal dengan kau kan" Syed Athar mengangkat muka Haura dengan jari terlunjuknya
"saya okey je, dah biasa dengan mak teh tu. Mulut dia je macam tu tapi hati dia baik"
"kenapa kau cakap macam tu" Syed Athar melihat Haura merangkak naik keatas katil
"entah,mungkin sebab macam-macam jenis Jamu dia bagi suruh saya makan. And untuk awak pon ada tau" laci side table disebelah dibuka, lalu Haura mencapai sebotol ubat dan diberikan kepad Syed Athar
"gila orang tua ni, dengar sini aku taknak kau layan dia. ubat apa semua benda ni kau jangan makan. Faham" botol ditangan Haura dirabut dan dibuang dalam tong sampah berdekatan.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Untuk Dia
RomanceKahwin aturan ibubapa tidak bagi mereka, perkahwinan yang dirancang ganjaran harta dan kemewahan jadi taruhan namun bukan itu tujuan utama, perkahwinan adalah dasar untuk mengaburi hubungan terlarang antara kawan baik, adik perempuan sebagai taruha...