Hampir 15 minit Haura berada di dalan kamar mandi memuntahkan segala isi perutnya, Syed Athar yang baru sedar dari lenanya perlahan bangun dek kerana kepalanya masih berdenyut sakit.
"sayang, buka pintu ni" arah Syed Athar kerana tombol pintu itu berkunci.
"eemm...wuerkk.."hanya bunyi isterinya memuntahkan isi perut
beberapa saat kemudian terdengar pili air ditutup, pintu dibuka. Muka pucat si isteri menyapa pandangannya. Syed Athar memegang bahu Haura dan dipimpin ke katil.
"sorry sayang, Hubby tak sedar sayang muntah dekat dalam toilet ni" Syed Athar menguak rambutnya kebelakang.
"tak apa, biasalah morning sickness. Sayang dah siapkan breakfast, naik atas nak kejutkan hubby makan lepastu makan ubat ye" Rambut Syed Athar yang sedikit serabai dibetulkan.
"kesian isteri saya ni, dah la tiap pagi muntah muntah Hubby tak boleh nak jaga, ni sayang pula nak kena jaga Hubby" Syed Athar duduk disebelah Haura, mukanya disembamkan keleher isteri.
Haura mengusap belakang kepala si suami dengan tangan kanannya manakala tangan kiri pula mengusap belakang badan lelaki itu.
🌸🌸🌸
Haura menghubungi ibu mertuanya dan memberitahu keadaan Syed Athar, Pn'sri Fatima pantang saja mendengar anak-anaknya sakit terus muncul didepan pintu rumah baik yang mana saja anaknya.
"umi pergi la rehat, dari tadi tak berhenti masak. Biar Haura pula yang kemas" Haura menyuruh ibu mertuanya masuk tidur memandangkan jarum jam menunjukkan pukul 10 malam.
"yelah kamu pun jangan buat kerja banyak sangat nanti sakit pinggang" Haura hanya mengangguk mengiyakan kata-kata ibu mertuanya itu.
beberapa minit kemudian terasa ada tangan kekar yang memeluknya dari belakang, bahu terasa berat tanda ada yang menyandar disitu.
"lama hubby tunggu sayang" adu Syed Athar mukanya masih dileher Haura.
"dah siap, jom naik" pili air ditutup, tangannya juga dilap pada kain bersih
Haura dan Syed Athar berpimpin tangan menaiki tangga menuju kebilik mereka.
Syed Athar sudahpun berada diatas katil, Haura dimeja solek sedang menyapukan losyen pada kulitnya. Syed Athar berjalan kearah Haura kemudian ditarik tangan isterinya dan dibaringkan diatas katil.
"Hubby, Haura tak siap lagi la" cubaan untuk bangun dari situ dihalang oleh Syed Athar
"sini hubby buat, sayang nak sapu losyen dekat perut kan"Syed Athar beralih ketempat tidurnya perlahan baju tidur Haura diselak keatas.
Syed Athar menundukkan wajahnya dan satu kucupan hangat mengena kulit perut Haura yang sedikit timbul.
"Anak daddy, I love you..I love you...I miss you"kata-kata bakal bapa itu diselangi dengan ciuman dan usapan disitu.
"apa daddy ni, terkejut baby daddy buat macam tu" pipi Syed Athar diusap sayang
"bila baby sayang daddy ni nak keluar, keluar la cepat sayang daddy, lama dah daddy tunggu" permukaan perut si isteri terus dikucup dengan menengelamkan mukanya disitu.
"daddy...daddy..baby nak keluar dah ni cepat daddy sambut, ibu nak push.."Haura membuat muka serius sambil tangan mengenggam hujung baju si suami.
"sayang...sayang..ish jangan la main-main macam ni. Takut la" jelas cuak muka Syed Athar
Haura melepas tawa lantas menarik Syed Athar yang sudah mencuka mukanya kepelukannya.
"tadi dia yang suruh baby keluar, lepas tu marah pula"tawa Haura masih bersisa
YOU ARE READING
Peluang Kedua Untuk Dia
RomanceKahwin aturan ibubapa tidak bagi mereka, perkahwinan yang dirancang ganjaran harta dan kemewahan jadi taruhan namun bukan itu tujuan utama, perkahwinan adalah dasar untuk mengaburi hubungan terlarang antara kawan baik, adik perempuan sebagai taruha...