Bab 7

273 3 0
                                    

Haura turun ke bawah untuk menyediakan sarapan buat encik suami, Syad Athar Dan Haura Lee sudahpun berpindah ke kediaman baru mereka hampir sebulan.

Syed Athar menuruni tangga mengikuti bau harum masakan si isteri

"Haura sayang, masak apa tu" tubuh isteri dipeluk dari belakang, wajahnya dibenam di leher isteri.

"sorry tau awak, harini saya masak simple je. Saya macam letih sekit sekarang ni" pipi kanan Syed Athar diusap lembut.

"sokey la, lately muka kau pucat je aku tengok. macam ni lunch nanti kita makan dekat luar je then petang-petang sikit baru kita balik rumah umi tengok baby baru Atif okey" Syed Athar mengucup lembut dahi Haura

Syed Athar membantu Haura menceduk nadi goreng kedalam bekas dan diletakkan diatas meja, Haura yang sudahpun duduk dekerusi sebelah kanan Syed Athar memegang kepalanya kejap

"kau okey, makan sikit lepas. lepas makan aku picitkan kepala kau ye"

Haura hanya mengangguk. Syed Athar mengusap pipi putih isteri. mereka meneruskan sarapan pagi mereka.

🌸🌸🌸

Petang itu Haura terlihat lebih segar tetapi wajahnya masih kelihatan sedikit pucat. Mereka tiba di Vila Pn'sri Fatima, terdengar riuh rendah suara kanak-kanak datangnya dari arah gazebo di halaman Vila itu. Syed Athar dan Haura menapak ke arah gazebo sambil berpegangan tangan.

"Uncle At...."jerit Darisa sambil berlari kearah mereka.

"ica tunggu uncle ke, auntie ni datang nak tengok baby"Darisa yang dalam dukungan dihala memandang Haura

"baby alam ilik ngan mama dengan papa" tutur Darisa dalam pelatnya.

Mereka menuju pula kearah Pn'sri Fatima yang berada di gazebo. Tangan tua itu disalami lalu mereka beriringan masuk kedalam.

Haura meminta izin masuk kedalam bilik untuk melihat baby sebaik sahaja Syed Atif keluar dari situ. Syed Atif hanya mengizinkan adik iparnya itu.

"akak boleh Haura masuk"pinta Haura sebelum melangkah masuk setelah di pamit oleh hazwani.

Haura mendekati dan duduk dibirai katil sambil matanya terarah kepada bayi yang berada di pangkuan ibunya sedang mengisap susu.

"comelnya dia, geram Haura tengok akak" jemari bayi itu dielus lembut

bayi itu sudahpun melepaskan puting ibunya menandakan dia sudah kekenyangan. Bayi itu diberikan kepada Haura untuk disendawakan.

Haura mengambil bayi itu lalu bergerak kearah sofa berdekatan dan duduk disitu, Syed Atif masuk kedalam bilik itu bersama Syed Athar, umi dan anak-anaknya.

mereka duduk di birai katil manakala Syed Athar terus bergerak dan duduk bersebelahan isteri yang sedang memangku bayi yang sudah disendawakan sebentar tadi.

"Danial, Darisa, Uncle dengan Auntie bawa balik baby boleh?" kata Syed Athar kepada anak buahnya

"Tak boleh, itu ica punya baby"jerit Darisa yang berada ditepi mamanya.

"Bolehla, abang Danial tak cakap apa pon. Jom Auntie kita bawa balik Baby"Syed Athar mengacah untuk bangun dan menarik Haura.

"iskk..no papa..isk..papa take adik please...huwaa..."Terus terhambur tangisan Darisa apabila Syed Atif disebelah tidak mempedulikan kata-katanya

mereka disitu hanya ketawa melihat terlatak anak dari si Syed Ayif

"Uncle tipu je Ica, nah Auntie bagi balik" Haura berjalan menghampiri Syed Atif lalu bayi itu pun bertukar tangan

Peluang Kedua Untuk DiaWhere stories live. Discover now