Pn'sri Fatima, Mak Teh dan anak-anak Syed Atif datang kerumah Syed Athar dihantar oleh pemandu mereka iaitu Pak Mat untuk melawat Haura. Mereka duduk diruang tamu sementara Syed Athar dan Haura menyediakan makanan dan minuman di dapur.
"Sayang pergi la duduk depan dengan Umi, Hubby boleh buat ni" Haura baru sahaja ingin mencapai gelas yang berada di kabinet atas.
"tak apa la Hubby, saya nak tolong je" Haura berdiri disebelah, matanya lincah mengikuti pergerakan si suami.
"okey siap, sayang tolong bawakan kek ni" piring berisi kek yang telah dipotong dihulurkan kepada isteri.
Mereka berjalan menuju ke tuang tamu, lalu Haura dan Syed Athar duduk bersebelahan di atas sofa berdepan dengan Umi dan Mak Teh.
Haura menuangkan minuman kedalam gelas dan dihulurkan kepada mereka
"Haura, Mak Teh nak pesan ni kamu jangan buat kerja berat-berat, kerja pon jangan kuat sangat. Kandungan kamu tu baru sangat lagi" Pesan Mak Teh sambil memandang kearah mereka suami isteri.
"ye Mak Teh dengan Umi jangan risau, Athar akan jaga isteri dengan anak Athar" balas Syed Athar melihat isterinya masih diam lantas tangan Haura digengam erat.
"Mak Teh bukan apa Haura, kamu tu dah la susah nak lekat nanti kalau jadi apa-apa. Ya Allah mintak simpang" Umi disebelah sudah menguis-nguis paha si Mak Teh, risau Haura akan terasa dengan kata-katanya.
"Insya Allah, Mak Teh dengan Umi doa-doakan la supaya semuanya selamat"Kata Haura lantas senyuman seikhlas mungkin cuba diukir.
🌸🌸🌸
Aryan Lee pulang ke Kondonya setelah sekian lama, dari hari dia kemalangan beberapa bulan minggu lepas dia dipaksa tinggal di rumah keluarganya atas arahan Tan'sri Muhammad Lee.
Aryan Lee mumbuka pintu lalu menapak keruang tamu dan badannya disandarkan di sofa.
"Maria....Maria..."laung Aryan Lee kuat hingga urat di lehernya timbul
"sorry Aryan, I tak perasan you datang. I tidurkan Ariz tadi" takut-takut Maria berkata, lelaki itu cuba didekati.
"Yang kau dok call aku berkali-kali dah kenapa, kau tau kan aku dekat rumah family aku" rambut panjang Maria ditarik mendekatinya.
"I minta maaf...Aryan lepas sakit..."rayu Maria. pergelangan tangan yang mencengkam rambutnya dipegang.
"aku dah bagitahu kau, aku akan bertanggungjawab dekat budak tu kalau betul dia anak aku, esok pagi aku akan ambil keputusan DNA tu" terang Aryan Lee lagi. rambut wanita itu dilepaskan
"tolong la Aryan Ariz demam dari pagi tadi tak kebah, kalini je I minta tolong you bawakan dia ke Hospital"rayu Maria, air matanya bercucuran keluar.
"okey fine, kau pergi ambil budak tu cepat. lambat kau pergi sendiri" Arah Aryan Lee
Maria dengan pantas naik ke tingkat atas untuk mengambil bayi tersebut, segala pakaian Ariz sudahpun disiapkan awal-awal lagi.
"Menyusahkan betul "omel Aryan Lee sendiri lalu menapak ke basement diikuti Maria dibelakang mengendung bayi berserta beg pakaian. Bayi didalam dukungan ibunya itu masih merengek.
mereka masuk kedalam kereta GTR milik Aryan Lee, kereta itu meluncur membelah jalan, mujur saja kereta tidak banyak memandangkan sudah jam 12.30 malam
"shuu sayang....mummy ada" kepala anaknya diusap dan dikucup sayang. Bayi itu bersandar didada si ibu.
🌸🌸🌸
Syed Athar menghantar Haura ke tempat kerja, wanita itu tidak dibenarkan memandu sendiri ke tempat kerja oleh suaminya, waktu tengahhari pula Syed Athar akan datang menjemput Haura untuk makan tengahhari bersama.
YOU ARE READING
Peluang Kedua Untuk Dia
RomantizmKahwin aturan ibubapa tidak bagi mereka, perkahwinan yang dirancang ganjaran harta dan kemewahan jadi taruhan namun bukan itu tujuan utama, perkahwinan adalah dasar untuk mengaburi hubungan terlarang antara kawan baik, adik perempuan sebagai taruha...