Bab 5

273 5 0
                                    

Haura bersila di tengah-tengah katil menunggu suaminya yang berada dibilik pakaian.

"kau kenapa?"Syed Athar melangkah mendekati katil

"saya nak minta izin dengan awak ni"badan dipusing menghadap suami yang berdiri diselah kanan katil

"apa dia sayang?"Syed Athar menunduk, mukanya hampir bertemu si isteri

"ish awak betul-betul la"Haura menahan bahu Syed Athar dengan kedua tangannya

"saya kena outstation esok" beritahu Haura Lee, Syed Athar berdiri semula disisi katil

"esok dah nak pergi, malam ni baru nak bagi tau... Haa elok sangat la perangai macam ni"Syed Athar mula membebel

"ala awak sorry la, saya terlupa. tak lama pon se...seminggu saja" Haura menarik lengan Syed Athar supaya duduk diatas katil

" hhhmm okey" balas Syed Athar lantas membaringkan tubuhnya membelakangi Haura.

Haura Lee hanya memandang belakang tubuh suaminya itu lantas dia juga turut berbaring sambil menghala belakang badan suaminya.

🌸🌸🌸

Haura Lee sudah pun bersiap-siap dengan beg luagage untuk dibawa turun kebawah, Syed Athar yang juga telah bersiap untuk ke pejabat merapati si isteri yang diduduk dibirai katil sambil memeriksa iphonenya.

" Haura dah siap" kedua tangannya ditarik Syed Athat supaya berdiri. Haura kaget hanya menurut lantas mengangguk

" nanti kau hantar aku location dekat aku, update aku setiap hari boleh ?" kepala Haura diusap sayang

" okey..."suara Haura kedengaran sedikit sedih

"kau takyah nak drama la. Dia yang nak tinggal suami dia yang nak sedih-sedih" Hidung mancung Haura ditarik manja.

" eeii sakit la, jom saya nak gerak dah ni. Nak salam"tangan dihulur untuk menyalami si suami

Syed Athar menyambut huluran tangan si isteri, tubuh kecil Haura dipeluk sekejap dengan pantas Syed Athar mencuri ciuman pertama Haura dibibirnya. Haura terus membulatkan matanya sesaat tubuh Syed Athar ditolak agar menjauh.

" sorry " ringkas balas Haura, kalut Haura mencapai begnya dan keluar dari situ.

Syed Athat hanya ketawa geli hati dengan tidakbalas Haura, dia juga perasan muka isterinya yang memerah. Iphone dan wallet dicapai sebelum turun ke tingkat bawah.

🌸🌸🌸

Selepas pulang dari pejabat Syed Athar singgah di kondo Aryan Lee. Aryan mengajak Syed Athar menginap dirumahnya. Mereka duduk diruang menonton televisyen. sedang mereka berborak iphone milik Aryan Lee berdering meminta untuk diangkat.

Aryan Lee bergerak ke luar balkoni sementara Syed Athar masih menonton.

"kau ni lembab la buat kerja, esok aku nak kau perangkap dia. Biar kena tangkap basah" kata Aryan Lee sedikit berbisik

Syed Athar yang terdengar perbualan Aryan di talifon mula berasa tidak sedap hati.

Keesokan harinya tanpa diketahui sesiapa dia mengambil cuti lalu bergegas ke lokasi isterinya berada. Syed Athar mendail nombor talifon si isteri hansfree dipasang di telinga

"Haura kau dekat mana" tanpa salam Syed Athar terus menerjah

"saya baru sampai bilik, nak mandi lepas tu nak keluar pergi dinner. kenapa"

"kau kunci pintu bilik jangan keluar dari situ sampai aku datang"

"hah awak nak datang, tapi..."

Peluang Kedua Untuk DiaWhere stories live. Discover now