Prolog

54 15 5
                                    

Kaki aku pantas berlari lari anak mengejar langkah seseorang yang semakin menjauh dari pandangan mata. Nafas aku yang sudah tidak teratur diabaikan. Pandangan hairan daripada para penuntut ilmu di sini juga aku hiraukan.

Hanya selang beberapa saja lagi langkah untuk aku mendapatkannya tetapi aku penat. Aku berhenti menapak. 

"A-aqil." Panggil aku berselang dengan nafas deras. 

Aqil pusingkan kepalanya mencari manusia yang memanggil namanya. Matanya terhenti tepat diwajah aku. Kelopak matanya sedikit meluas. Tangan kiri yang dari tadi memegang tali beg jatuh terjuntai. 

Aku cari nafas baru untuk menyusun kata. 

"Aku minta maaf." Ucapku membuatkan kening Aqil berkedut. 

"Mia, macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soalannya langsung tak berkaitan dengan kata-kata aku.

Selama 4 tahun aku tercari-cari lelaki bernama  Aqil, akhirnya kami bertemu. 

"Aqil, aku minta maaf." Sekali lagi aku mengucapkan maaf.

"Mia, kau pun belajar kat sini ke? Aku tak sangka jumpa member. Kau ambil kos apa?" Soalannya sekali lagi lari dari topik. Aku tarik nafas dalam-dalam lalu hembus. 

Aku langkah mendekati Aqil.

Satu senyuman nipis dihadiahkan sebaik sahaja berada disisinya. "Aku ambil kos seni bina." Beritahuku. Riak mukanya bagaikan terkejut dengan jawapan aku.

"Wah! Aku ambil kos seni bina juga. Bolehlah kita belajar sama-sama macam dulu." Dia tersengih sebelum kami sama-sama melangkah.

Aku tak rasa dia lupa kenapa aku minta maaf pada dia tapi dia sengaja buat-buat lupa. Mungkin dia dah boleh terima hakikat? Cuma aku yang masih kekok. Cara dia tegur aku macam aku dan dia tak pernah ada masalah.

Mungkin ini peluang buat aku.

.

.

.

OHOHOHHOHOOH THANK YOU BACA!

LUBYU GAIS!

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now