14 - Sayang

14 6 5
                                    

Aku tongkatkan dahi dengan kedua belah tangan diatas meja. Semua skrin komputer aku pandang dengan teliti setiap perisiannya.

Aku mengeluh berat. Tangan aku jatuh ke atas meja.

"Janganlah buat aku tersiksa lagi, cukuplah sekali. Aku kawin dengan kau bukan untuk pergunakan kau. Aku kahwin dengan kau atas nama cinta, Mia. Pleaselah balik." Monologku.

Aku harap sangat dia dapat dengar dan aku dapat luah dapat dia tapi tahukan yang aku ni mesti dianggap sebagai bekas kekasih.

Ditinggalkan tanpa sebab.

Satu titik berwarna ungu pada skrin komputer yang berada dibahagian kanan tiba-tiba muncul berjaya menarik perhatian aku.

Di bahagian bawah skrin aku pandang. Tertera nama Mia disitu. Terbit senyuman dibibir aku. Mulut aku terus terkumat kamit mengeluarkan kata-kata syukur.

Aku pandang skrin komputer bahagian kiri pula.

Proses complete.



──



"Tak apa ke?" Suara Ika tiba-tiba menyergah ke telingga aku. 

Aku yang sedang bersandar pada kerusi sambil membaca buku, toleh memandangnya. Dia labuhkan punggung disebelah aku bersalam dua gelas air milo panas. Buku yang dari tadi dipegang aku katup dan letakkan atas meja. 

Kening aku terjongket sebelah, "Apa?" Soalku padanya semula.

"Kau lari dari Aqil, diakan ayah kepada budak ni. Kenapa kau nak lari sedangkan dia nak bertanggungjawab?" Terangnya lalu menyisip air milo buatannya yang masih mengeluarkan wap panas. 

"Ouch! Panas." Adunya lalu menjauhkan gelas dari bibir. 

Tak mungkin aku akan ceritakan semuanya pada Ika. Perkahwinan kami adalah rahsia. Hanya kami berdua yang tahu. Tentang bayi ni, aqil hanya perlukan bayi. Tak mungkin aku akan ceritakan.

"Aku cuma tumpang satu malam je. Tak apa, kan?" Kedua belah tangan aku dicantum lalu digosok-gosok. 

Kening Ika berkerut seribu, "Kau nak berhijrah ke mana pula lepas ni?" 

"Aku nak pergi jauh dari sini, aku nak keluar dari neraka yang dia dah buatkan untuk aku." Luahku sambil memandang air milo milik aku yang masih berada diatas meja.

"Kau nak pergi mana? Kau tinggal sajalah dengan aku."

"Tinggal dengan kau? Tak susah ke?" Aku pandang Ika atas bawah. Dia anggukkan kepala laju-laju macam nak tercabut saja aku tengok.

"Tak lagipun aku tinggal sorang. Kak aku dah keluar negara atas urusan kerja, parent aku pulak kat kampung. Minggu depan aku nak balik sana. Bolehlah kau ikut sekali. Nak? Kat sana ada parents aku dengan nenek aku je."

"Nak!" Jawabku pantas.

Ika tersengih begitu juga aku. Beberapa detik kemudian, senyuman aku semakin pudar apabila teringatkan perut aku yang semakin membesar.

"Kalau parent kau tahu aku mengandung... mereka akan terimakah?" Perutku diusap lembut.

"Aku yakin mereka akan baik. Kau jangan risaulah." Ika tepuk bahu aku 2 kali. Dia tersenyum nipis dan sedikit sebanyak berjaya meyakin yang aku.

"Jadi... apa plan kau nanti?"

Plan aku? Aku cuma nak anak ini dilahirkan dengan selamat dan aku akan bagi pada Aqil. Dia perlukan anak ini, kan?

"Entahlah. Aku tak yakin dengan keputusan aku." Luahku lalu mengangkat gelas yang berisi air milo. Wap panasnya sudah hilang.

"Kalau kau tak yakin dengan keputusan kau, aku tak boleh buat apa sebab yang akan jalani hidup kau itu adalah engkau sendiri. Kau watak utama cerita kau dan aku watak utama cerita aku, kita watak sampingan dalam cerita orang. Cuma watak sampingan kita itu penting atau tidak saja."

Dia pandang aku.

"Kau fikirkanlah dulu. Mungkin kau watak sampingan yang penting dalam hidup lelaki yang dah buat kau mengandung ni." Sambung Ika.

Dahi aku berkerut. Penting?

"Dia bekas kekasih aku, Ika." Tegas aku.

Dia nampak terkejut dengan kata-kata aku. Mana pernah aku cerita pada Ika tentang Aqil. Lelaki itu adalah masa silam aku, mana mungkin aku boleh terima dia di masa hadapan. Tambahan pula, dia punca hidup aku kucar-kacir.

Fikir ini drama ke? Hero tiba-tiba buat macam tu dan kawin dengan heroin senang-senang. Haih... tapi itulah cerita aku sekarang.

"Siapa yang putuskan hubungan korang?" Tanya Ika.

"Aku." Jawabku sepatah walaupun hakikatnya aku terpaksa kerana ianya sebuah arahan dari Kak Maya. Dia tak mahu aku terikat dengan sesiapa lagi selepas bertukar sekolah.

"Kau yang putuskan tetapi tak semestinya dia akan move on. Dia nak dapatkan kau balik. Aku yakin." Jari telunjuknya digoyang-goyang sambil menyebut aku yakin.

"Tapi tak ada ke cara lain? Dia dah sakitkan hati, otak, jantung dan jiwa aku, tak tenteram aku!" Getusku geram.

"Woo woo rileks, sabar." Belakang badan aku diusap. Nasib baik air tak tumpah.

"Minum air dulu, chill."

Aku teguk air milo suam sehingga tiada yang tersisa lalu gelas diletakkan atas meja bersama nafas naik turun dengan pantas.

Bak kata orang kedah, maghoh ni maghohh!

"Aku yakin. Kau sebenarnya masih sayangkan dia, kan?"

Aku terdiam.

"Sayang?" Kening aku berkerut.

"Sudahlah aku mengantuk." Ika sudah mula menguam. Dia bangun berdiri dan ambil kedua gelas kami tadi.

"Minggu depan ikut aku balik sana. Bye, jangan lepak kat luar lama sangat. Tidur awal, kau tu mengandung." Pesannya sambil menapak masuk ke dalam.

"Hmm." Dehemku sambil menghantarnya dengan anak mata. Mindaku masih tergiang-giang berfikir.

Aku masih sayangkan Aqil?

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now