12 - Sebenarnya

12 6 2
                                    

"Aku terima nikahnya Mia Ameera binti Zamrul dengan nilai mas kahwin tersebut." Ujar Aqil dengan lancar sekali. Macam nak banyak kali berlatih pula.

"Sah?" Tanya Tok Kadi yang berada dihadapan Aqil.

"Sah." Jawab para saksi serentak. Salah seorang daripada mereka merupakan abang sulung Aqil. Dia nampak macam seorang usahawan. Cara dia pakai baju melayu kurta.

Jangan cakap yang Aqil anak orang kaya. Alah malaslah aku. Kalau dia anak orang kaya, mesti nanti mak dia susah nak terima aku sebagai menantu dia. Tambahan pula menantu ekspress!

"Mia." Panggil Aqil. Lembut sekali suaranya. Dia tersenyum nipis, membuatkan mata aku tertancap pada wajah kacaknya.

Aku betul-betul rasa macam jantung aku berhenti berdegup apabila jari runcing aku disarung cincin emas yang dihiasi dengan berlian kecil berwarna putih.

Eh, kecil pun mahal tahu!

Aqil tersengih. "Kita dah halal." Bisiknya perlahan sebelum mengucup umbun-umbun aku yang berlapikkan selendang.

Aku dapat rasakan otot mata aku mengembang dan nafas aku rasa tersekat.

Habislah.



──

Aku regangkan badan sebaik sahaja selesai menyangkut kain telekung.

Punggungku dilabuhkan diatas katil, telefon bimbit yang terletak cantik atas meja lampu aku capai lalu punat on-off ditekan.

Gambar keluarga yang diambil ketika menyambut hari raya tahun lepas ditatap. Aku rindu mak dan abah. Kekunci dibuka dan aplikasi whatsapp menjadi pilihan aku untuk dibuka.

Nama Ika aku cari. Jumpa sahaja namanya, aku terus taip dengan pantas sekali.

Assalamualaikum. √√

Ika aku ada satu soalan untuk kau. √√
Apa kau nak buat kalau mak mertua       
kau tak boleh terima kau nanti? √√

Waalaikummussalam.

Aku takkan kahwin dengan lelaki yang
ibunya tak boleh terima aku sepenuh hati.

Apakah... √√

Tiba-tiba pintu aku diketuk. Aku bangkit berdiri sambil menyelup telefon ke dalam poket. Langkah aku dihayun mendekati pintu.

Pintunya aku kuak sehingga tertayang wajah Aqil bersama senyuman yang melebar. Satu bungkusan kertas dihulurkan kearah aku.

"Kau mesti dah lupa ni, kan?" Soalnya.

Aku ambil tanpa sebarang soalan. Dalam beg kertas ini, ada pisang goreng. Pisang yang aku mengidam semalam. Dia masih ingat sedangkan aku dah lupa.

Aku hanya diamkan diri. Terharunya!

"Kenapa?" Tanya Aqil hairan. Aku terus mengalirkan air mata.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku nak juga menangis. Dia masih ingat apa yang aku minta semalam. Ingatkan dia dah lupa. Jadi semalam dia keluar dan balik sia-sia sajalah?

"Mia, kau okey tak ni?" Kedua belah bahu aku dipegang. Riak mukanya tampak risau.

Huwa! Aku lagi terharu.

Tangan aku terus ditarik dan kaki aku terpaksa melangkah mengekori Aqil. Dia tinggalkan aku disofa dan cepat-ceoat melangkah ke ruang dapur.

Aku lap air mata dengan belakang tapak tangan.

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now