17 - Bukan

9 6 3
                                    

Getah rambut dipergelangan tangan, ditarik sehingga ke genggaman rambut lalu disilang dan dililit kemas agar rambut yang berwarna perang kehitamanku terikat kemas.

Pantulan wajahku dicermin tampak ceria sekali. Sama seperti diriku.

Langkahku dihayun keluar dari bilik dan terus ke dapur. Tiada sebarang bunyi yang ku dengar kecuali...

Uhuk! Uhuk!

Kening aku berkerut.

Bunyi tadi datang dari bilik Aqil. Pantas kakiku menapak ke hadapan pintu biliknya lalu pintu kayu tersebut ditatap.

Ketuk atau tidak?

Aku terus pulas tombol pintu. Ketuk mengambil masa jadi baik terus menyerbu sahaja.

Masuk sahaja ke dalam biliknya, aku terkaku melihat keadaan sekeliling.

Sekujur tubuh yang sedang fokus pada paparan skrin 3 peranti, aku pandang. Sampah tisu kering bersepah diatas lantai begitu jugak kotak tisu yang kosong.

"Aqil, kau okey tak?"

Dia toleh memandang ke arahku. Wajahnya sebam, bulatan hitam berlingkar dibawah matanya seperti seekor panda.

Hingus hijau yang meleleh dihidung disedut kembali. Aku terus pasang riaksi geli.

"Euww."

"Kau belum tidur lagi ke?" Tanya Aqil, tisu dicapai lalu dia menghembus hingusnya sebelum dibaling ke arah tong sampah kosong yang terletak di dinding.

Anak mata aku bergerak mengekori tisu yang terbang di udara.

Piuu... ketukh.

Bukan masuk pun, sebab dia sedang fokus pada skrin.
Aku alihkan pandangan kepada Aqil dan cekak pinggang.

"Kau sedar tak sekarang dah pukul berapa? Kau belum tidur lagi semata-mata untuk hadap benda alah ni? Kalau kau sakit macam mana? Aku tak nak tanggung. Lagipun kau sendiri yang cari sakit."

"Shh!"

Aku kerdipkan mata. Dia 'shh'kan aku?

Kakiku menapak kearahnya. Plug yang menghubungkan peranti dengan soket, aku tarik dan letakkan atas meja.

Dia pandang aku.

Aku jongketkan kening.

Keningnya berkerut.

Aku rasa tak selamat.

"Miaaa!!!"

"Kyaaaaa!!" Aku terus mengorak langkah.

Pintu menjadi sasaran utama untuk aku meloloskan diri sekarang. Malang tak berbau, perut aku dah besar menghalang aku untuk berlari.

"Argh!"

Dia dapat aku. Haih.

"Nak lari mana?" Bisik Aqil lalu mengejapkan lagi pelukannya. Aku muncungkan bibir.

"Tsk! Mana boleh lari dah. Dah kena tangkap dah." Jawabku dengan pasrah sekali. Sendiri buat masalah, sendiri kena tanggunglah. 

Aqil lepaskan aku. Dia terus menapak ke arah meja di mana terletaknya semua perantinya. Plug tadi disambungkan pada soket semula.

Dia tidak terus labuhkan punggung diatas kerusi tetapi sebaliknya baring di atas katil. Selimut ditarik sehingga paras bahu dan membelakangi aku. 

Kening aku berkerut. 

Dia okey ke tak?

Perlahan kaki aku menapak ke arah Aqil. Semalam dia okey, siap boleh ketawa lagi. Kenapa hari ni dia macam hilang semangat?

Punggungku dilabuhkan di birai katil. 

"Kau okey tak?"

"Apa kau rasa kalau orang yang kau sayang dalam kritikal sekarang?" Soalnya tiba-tiba tanpa sedikit pun bergerak disebalik selimut yang menutupi badannya.

Aku terdiam. Orang yang kau sayang dalam kritikal?

"A-aku..." Kata-kataku terputus.

Mana mungkin aku boleh selamatkan dia. Kos rawatannya mungkin lebih tinggi dari yang aku jangkakan.

Tapi dia orang yang aku sayang. Pasti aku sanggup untuk lakukan apa saja.

"Aku akan cari sumber pendapatan untuk bayar kos rawatan dia." Ujarku.

"Tak ada cara lain ke?" Soalnya.

"A-aku tak pastilah. Kenapa kau tanya?"

Dia selak selimut sehingga paras bahu lalu memandang tepat anak mataku. Lama sehingga membuatkan aku menelan air liur. Soalan aku salahkah?

"Kau lapar ke? Makanan semalam ada dalam peti ais. Nak aku panaskan?" Soalnya.

"Tak apa, biar aku panaskan sendiri. Kau rehatlah." Kataku dan bangkit berdiri.

Aqil kerutkan keningnya, "Betul ni?"

"Iyaa." Jawabku. Dia angguk perlahan sebelum pejamkan matanya.

Langkahku dihayun keluar dari bilik dan tutup pintu. Aku berhenti di situ.

Dia cakap orang tersayang dan itu mesti bermaksud orang yang dia sayang dan orang tersebut sedang kritikal?

Berjaga semata-mata untuk buat kerja dan dapatkan duit?

Siapa yang kritikal? Papa dia? Mama dia? Abang Aqmal? Alia?

Tak mungkinlah!

Jadi siapa?

Adakah orang tersebut adalah wanita? Wanita yang telah mengantikan tempat selama aku menghilang 4 tahun yang lalu?

Nampaknya aku bukan orang yang tersayang pada Aqil lagi.

Aku bukan.

Aku gelengkan kepala. "Haih, mia. No sad sad pagi-pagi, ok?" Firasat ibu mengandung memang selalu overthinking.

Penat kadang-kadang.

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now