11 - Pisang

13 8 4
                                    

"Mia." Aku dengar nama aku dipanggil.

"Mia bangun solat asar." Badan aku digoncang kali ini.

Aku tak boleh solatkan?

Aku mengeliat kecil lalu membelakangi Aqil yang sedang bertungkus-lumus mengejutkan aku.

"Hmm..." Hanya itu yang keluar.

"Bangun, Mia." Tegas suaranya.

"Aku tak boleh solatkan." Ujarku dengan malas. Mata masih terpejam rapat seperti tidak mahu buka. Letih betul.

"Mia kau mimpi ke?" Pipi aku ditampar berkali-kali.

Tangannya aku tepis.

"Tak." Jawab aku lalu menarik semula selimut.

"Otak kau, kau mengandung. Dah bangun, jangan nak buat alasan." Selimut aku ditarik dengan kasar.

Aku buka mata dan pandang Aqil.

"Eh? Ni bukan mimpi ke?" Soalku sambil mengenyeh mata dengan belakang tapak tangan.

"Tak," Jawab Aqil.

"Esok kita akan nikah. Jangan nak buat-buat lupa." Tambahnya sambil bercekak pinggang.

Aku hanya buat-buat tak tahu dan terus bangkit, menapak masuk ke dalam bilik air.

Pintu bilik air aku tutup dan kunci.

"Lepas solat kau jangan tidur dah. Keluar makan." Suruh Aqil dari luar bilik air.

Aku hanya anggukkan kepala sambil pulas kepala paip.Telingga aku menangkap bunyi pintu dikatup. Lengan baju aku disingsing sehingga ke siku.

Aku terus ambil wudhuk.



──



Gruu~

Aku buka mata. Perut aku disentuh. Malam-malam pun buat pasal? Padahal tadi dah makan.

Jam didinding aku kerling dengan berbekalkan cahaya samar-samar dari luar tingkap bilik.

"1 pagi? Ugh! Aku lapar pisang goreng." Monolog aku sendirian dan mengelongsor turun dari katil.

Aku keluar dari bilik dan menapak ke bilik yang terletak bertentangan dengan bilik aku iaitu bilik Aqil. Pintunya yang bercat coklat aku ketuk.

Diam.

Aku ketuk lagi.

Sumpah tak boleh tahan sabar nak makan pisang. Aku nak sekarang jugak.

Masih tiada sebarang respon.

Aku terus kuakkan pintu dan masuk kedalam. Baru beberapa tapak, langkah aku terhenti.

Diatas mejanya terdapat 3 komputer dan satu papan kekunci diekori dengan beberapa lagi alat peranti. Nota lekat berwarna-warni dilekat dikeliling bingkai komputer.

Aku pandang Aqil yang terlelap diatas katil dikelilingi dengan kertas dan buku yang berteraburan. Ada yang dironyok dan ada yang diselit dalam buku. Ditangannya ada pensel.

Aku menapak mendekati Aqil yang sedang nyenyak diulit mimpi.

Di hadapannya ada buku lukisan. 

Kening aku berkerut. Dia lukis gambar aku? Tengah tidur pulak tu! Aku terus ambil buku lukisan milik Aqil yang bersaiz A5 dengan anggaran ketebalan 1 cm.

Lukisan tadi berada dibahagian tengah. Ada tarikh dihujung penjuru lukisan, masa pun ada!

Eh? Dia lukis petang tadi? Kenapa aku tak sedar langsung dia  masuk dalam bilik aku? Kenapa?!

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now