05 - Kotak

24 10 7
                                    

"Sudikah kau menjadi pasangan sehidup semati aku?" Soalannya mengetuk gegendang telingga aku.

Aku kaku.

Kata-kata abah tahun lepas tergiang-giang dalam kepala aku.

"Selagi belum habis belajar, Maya dan Mia tidak dibenarkan untuk berkahwin atau bercinta. Kalau abah tahu, nasiblah kamu."

"Sudahlah Aqil. Bangun." Aku mengeluh berat. 

Aku belum bersedia nak jadi pasangan sehidup semati sesiapa. Tambahan pula nak hadap 27/7 lelaki yang dah rosakkan maruah aku.

Memang taklah.

"Aku tahu kau mengandung, Mia. Biar aku bertanggungjawab." Kata Aqil. 

Aku tergamam. Macam mana dia...

Aku tarik nafas dalam-dalam. "Ya, aku mengandung. Aku dah buat pregnancy test tapi aku tak boleh nak setuju dengan permintaan kau." Jujur aku.

"Mana bukti?" Aqil gamitkan tangannya meminta alat ujian tersebut. Aku buka beg sandang yang aku sentiasa bawa. 

Tak ada?

"Aku rasa aku tertinggal. Aqil, aku kena pergi." Aku kuakkan pintu buat aku tetapi Aqil mengenggam tangan aku.

"Aku ayah pada anak kau, Mia." Jari telunjuknya dihalakan ke perut aku yang masih kempis. Aku yakin itu sebuah peringatan. 

"Dahlah, bagi aku masa untuk fikirkan semua ni. Aku balik dulu." Aku tarik tangan aku dan terus pergi dari situ. 

Aku langkah seluas yang mungkin. 

Aku rasa aku letak kotak pregnancy test atas meja. Mampuslah kalau ada sesiapa masuk bilik aku.



──



Aku berhenti berlari. Pagar rumah aku buka bersama debaran di dada. Pantas aku melangkah mendekati pintu rumah yang terkatup rapat.

Selalu mak akan buka tapi kenapa hari ini tak?

"Assalamualaikum." Ucapku seraya membuka kasut yang aku pakai. Kereta abah dan kak Maya ada dekat garaj. Mesti semua orang ada dekat rumah sekarang.

Aku kuakkan pintu. Sunyi.

Dengan pantas, aku mendaki anak tangga dan masuk kedalam bilik.

Meja yang digunakan untuk ulang kaji aku perhati sehabis baik tetapi alat ujian tersebut tiada. Aku betul-betul berdebar sekarang.

"Dekat mana aku letak?"

Laci aku buka dan selak segala fail yang ada. Bantal aku buang cadar begitu juga katil. Almari baju aku buka lalu aku selak-selakkan baju yang tersangkut kemas.

Buk klekk...

Kotak alat ujian yang aku cari jatuh, terkeluar dari almari, tergolek jauh dari aku terkena kaki seseorang.

Aku telan air liur.

"Mak." Sebut aku sepatah. Tangan aku mengeletar hebat.

"Kenapa bersepah bilik ni?" Tanya mak lalu membongkokkan badan untuk mengutip kotak tadi. Aku dah rasa sesak nafas.

"Apa ni Mia?" Tanya Mak sambil membuka kotak tersebut. Dikeluarkan alat ujian dari kotak. Mata mak jatuh kepada garisan yang terhasil disitu.

Mak jatuh terduduk. Mata mak membulat dan berkaca. Aku tak mampu nak kata apa-apa, mulut aku terasa melekat.

"Mak?" Kak Maya muncul ni muka pintu. Aku hanya mendiamkan diri di sudut bilik.

Mutiara jernih mengalir di pipi mak.

"Ya allah, kenapa mak menangis... positif?" Kak Maya terpandang 2 garisan yang terhasil dialat ujian aku. Aku ketap gigi.

"Mia, ni kau punya ke?" Tanya Kak Maya sambil mengangkat alat ujian milik aku. Aku hanya diam terkaku. Soalan kak Maya dibiar tidak terjawab.

Dia tahu jawapannya. Dia bijak, dia mesti tahu.

Mata aku terpandang susuk tubuh abah di luar. Abah nampak apa yang kak Maya pegang.

"Semua turun bawah sekarang. Mia, abah kecewa." Abah terus pergi dari situ.

Nyawa aku sekarang, berada di ambang maut.



──



Aku gigit bibir sendiri.

"Abah tak sangka Mia buat perkara tak senonoh." Mendatar sekali bicara abah. Kak Maya menenangkan mak di kerusi berkembar tiga sebelah kanan aku manakala abah bertentangan dengan aku.

Diam.

"Apa lagi yang tak cukup Mia?" Tanya abah.

"Abah dah bagi semua yang Mia nak, tapi ini yang Mia balas kat abah?" Ayat abah kedengaran simpati sekali ditelingga aku.

Aku hanya mampu menunduk.

"Mana abah nak letak muka, Mia?" Abah tepuk dadanya beberapa kali.

Aku genggam tangan erat.

"Mia, jawab." Tegas.

Aku ketap gigi. Tangan aku, tak... satu badan aku menggigil. Kenapa aku kena hadap semua ni?

Ini semua salah Aqil.

"Mia kena rogol abah bukan Mia sedar masa tu." Perlahan sahaja tetapi cukup untuk abah, mak dan kak Maya dengar.

"Jangan nak buat alasan." Kak Maya menyampuk.

"Benda betul, kak. Kak Maya ada dekat tempat kejadian ke?" Aku panggung kepala menghadap kak Maya.

"Mia Ameera," kata-kata abah terhenti.

"Mulai hari ini, kau bukan lagi anak aku. Haram kau jejakkan kaki kau ke rumah ni lagi." Putus abah.

Guruh yang kuat memanah hati aku. Aku putus kata-kata.

"Abang!" Jerit Mak.

Aku terus lari naik ke atas. Segala barang yang aku perlu aku sumbatkan ke dalam beg bagasi sandang.

Laptop, ipad dan telefon pintar aku masukkan dalam beg galas. Mungkin memang ini takdir aku. Aku redha.

Siap mengambil semuanya.

Aku turun kebawah.

"Mak, abah, Kak Maya, halalkan makan dan minum Mia. Terima kasih sebab besarkan Mia." Aku terus keluar dari rumah banglo 2 tingkat, tempat dimana aku membesar selama 18 tahun.

"Mia, jangan buat mak macam ni."

"Sudah mak. Biarkan dia."

Aku gigit bibir. Empagan air mata aku akhirnya pecah. Sampai hati Kak Maya.

Sesungguhnya aku tak kuat nak hadap semua ni.

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now