19 - Hadir

14 6 3
                                    

Bahu aku ditepuk oleh Mia berkali-kali. 

"Aqil banguunnn!" Jeritnya membuatkan mata aku terus terbuntang luas, mencari susuk tubuhnya. 

Mukanya merah, sebelah tangannya memegang perut dan sebelah lagi mengenggam lengan kiri aku.

"Kenapa ni?"

"B...baby."

"Baby?!" Aku pandang perut mia. Dia anggukkan kepala laju-laju.

"Dia dah nak keluar ke?" Soalku hairan bersama mata terbeliak.

"AQIL CEPATLAH AKU TERBERANAK KAT SINI JUGAK KANG!"



——



Keringat jernih kelihatan didahinya. Tangannya menggenggam erat sebelah tangan aku, memaksa aku untuk melangkah bersama jururawat yang bertugas menolak katilnya.

Matanya terpejam rapat menahan kesakitan yang hanya para ibu dapat mengalaminya.

"Encik boleh ikut sekali untuk bagi dia kata-kata semangat." Ujar seorang doktor yang turut menolak katil mia sebaik sahaja kami hampir tiba di bilik bersalin.

Aku anggukkan kepala sekali dan bantu 3 orang lagi jururawat sambil mengenggam kemas tangan Mia.

Hampir 1 jam berlalu, bukaan sudah cukup tetapi Mia sudah kepenatan. Rintihannya membuatkan aku merasa perasaan yang berbaur, gembira, bahagia, sedih, semualah.

"Aqil, sakit..."

"Mia, kau boleh." mia gelengkan kepala, keringat yang mengalir didahi semakin banyak. Bajunya sudah basah.

"Tarik nafas, puan," Mia tarik nafas dalam-dalam. Anak mata kami berdua masih bersambungan. 

"Hembus." Mia hembus nafasnya. 

"Tarik nafas." sekali lagi dia menarik nafas.

"Bila saya kata push, puan teran." Kata Doktor tersebut tanpa memandangnya.

"Push!"

"ARGHHH!!" Kepala mia terbenam atas bantal yang turut basah kerana peluhnya. Air mata jernih mengalir dari tubir matanya. 

Jantung aku bertambah debar sebaik sahaja mendengar jeritan mia yang sedang menahan sakit tambahan pula melihat keadaannya yang basah bermandian peluh. 

Mia berhenti menjerit lalu memandang ke arah aku dengan wajah memucat. Tangannya aku genggam dengan kemas dan erat. Deruan nafasnya dapat didengari oleh telingga aku.

"Mia Ameera, kau kena selamatkan anak kita." Ucapku perlahan.

"Anak kita?"

Aqil mengangguk. Tangannya aku kucup, "Anak kita." dengan perlahan. 

"ARGHHHHHHH!"

Aku terus pandang Mia. Tangan aku digenggam erat olehnya seperti bakal retak tulang jemariku tetapi aku hanya biarkan.

Bunyi esakan bayi baru lahir bergema memenuhi setiap sudut bilik ini. Aku tersenyum lebar sambil memalingkan wajah ke arah punca bunyi. Bayi yang dipegang oleh seorang jururawat dipandangku.

Genggaman ditangan aku mula terlerai tetapi aku cepat-cepat genggam tangannya semula. Aku pandang mia bersama sengihan yang lebar. Dia sudah pejamkan mata bersama sengihan kecil dibibir. 

"Mia, kau berjaya." Bisikku ditelingganya sebelum umbun-umbun gadis 19 tahun itu dicium olehku. 

"Encik," Namaku diseru oleh doktor yang berjaya menyelematkan anak aku. Bayi yang matanya masih terpejam rapat dihulurkan kepada aku. 

Aku terus sambut tanpa sepatah kata. Terlalu banyak perasaan yang aku alami untuk diucapkan dalam kata-kata.

Kedudukanku diarahkan ke kiblat. Bibirku didekatkan dengan telingga anak kecilku. 

"Allahu Akbar..." 



——



"Pelan-pelan jalan tu." Pesan Aqil. Aku teruskan melangkah masuk ke dalam rumah. Akhirnya, selepas hampir 2 minggu aku dapat pulang.

"Meh sini nak tolong." Tangan kiri aku tiba-tiba dipeluk olehnya, membantu aku untuk seimbangkan badan. 

Bayi kami, Hakim dikendong olehnya. Mata dan mulut dia sama macam Aqil. Kening tak beberapa tebalnya sama macam aku. Heheh comel! 

Inilah permulaan aku sebagai 'parents' kepada seorang bayi pada usia 19 tahun. Mak dengan Abah pun kahwin pada umur 22 tahun, Kak Maya dah 24 tapi masih belum berkahwin. Aku kahwin mudalah, kan?

Rasa macam novel kahwin muda pula.

"Ha, duduk sini dulu." Punggungku dilabuhkan atas sofa di ruang tamu. "Pegangkan Hakim. Aku nak masak, kau mesti lapar kan?" Keningnya terjongket sebelah sambil menghulurkan Hakim.

Aku hanya menyambut dengan anggukan dikepala. 

"Ok, kejap." Aqil terus berlalu ke dapur. 

Aku pandang muka Hakim. Semoga dengan kehadiran dia ni, hubungan kami berdua bertambah rapat eh bukan itu saja tetapi sentiasa bertambah rasa sayang setiap hari. 

Tanpa aku perasan, aku dah kembali sayang dia sekali lagi.

"Penat move on 4 tahun. Haih."



...
HAHAHAHAAHH CHAPTER NI PENDEK HUWAAAAAAAAA

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now