02 - Keluar

30 11 5
                                    

Buat pertama kalinya aku keluar malam. Nasib baiklah mood abah baik harini. Kalau tak, nak bercakap pun tak boleh.

Aku goyangkan kaki yang tergantung. Maklumlah pendek, kaki tak cecah tanah. Kerusi besi tempat tunggu dekat perhentian bas ni pula tinggi. Memanglah tak sampai.

"Mia." Panggil Aqil. Aku toleh memandangnya.

"Baju kita samalah!" Jeritku teruja. Aku pakai baju t-shirt hitam dan seluar denim hitam, jaket putih jenama Nike disarung luar. Yelah, sejuk malam-malam.

Tak sangka Aqil pun pakai baju yang sama, cuma jaket dia jenama yang berbeza iaitu Puma. Aku pandang sekeliling.

"Kau jalan kaki ke?" Soalan aku dijawab dengan anggukan.

"Senanglah kita nak pergi mana-mana. Kalau naik moto susah pulak." Kata Aqil. Ok, aku faham.

"So, nak pergi mana dulu?"

"Kita lepaklah mana-mana, rindu aku nak borak dengan kau." Aqil labuhkan punggung sebelah aku. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

"Kita lepak kat cafe favourite aku nak?" Kening aku terjongket sebelah.

"Boleh jugak."

Serentak dengan itu, bas tiba tepat pada masanya. Kami berdua terus naik dan yang pasti, Aqil bayar sebab dia masuk dulu.

"Berapa tadi?" Aku keluarkan dompet, nak bayar balik.

"Tak payah."

"Kau ada duit ke? Dahlah tinggal sorang. Nanti kalau duit kau habis macam mana?" Kening aku terjongket.

"Aku carilah kerja. Bukan selalu nak belanja awek macam kau." Dia tersengih.

"Aku bukan girlfriend kaulah!" Jerkah aku. Dadanya aku pukul dengan penumbuk. Padan muka!

Nasib baik dalam bas ni ada kami berdua sahaja.

 

──

"Taddaaa!" Aku depakan tangan dihadapan sebuah cafe.

Aqil pandang sekeliling. "Mia, kau okey tak ni?" Tanya Aqil, kepala aku diketuk-ketuk beberapa kali.

"Aduh sakitlah!"

"Ni cafe ke kelab?" Berkerut dahi Aqil. Aku jeling Aqil lalu menepis tangannya yang memegang kepala aku.

"Ni cafelah!" Tegas aku dan menapak kearah pintu lalu kuakkan buat Aqil.

Dia melangkah masuk ke dalam seperti melihat dunia baru. Aku masuk ke dalam dan tutup pintu. Lampu yang berputar dan berkelipan seiringan dengan lagu rancak membuatkan aku teruja.

Lama tak datang sini.

Aqil tarik tangan aku. Dia kemaskan genggaman apabila aku mahu melangkah.

"Kita duduk dan tengok saja. Jangan minum apa-apa." Pesan Aqil pada aku.

Aku memang budak yang liar, tak seperti kakak yang sentiasa sibuk kerja. Aku cuma nakkan kebebasan. Itu saja.

Kami duduk disofa. Pelayan hidangkan air kosong buat kami. Selagi tak minta, diorang takkan hidang. Jadi, abaikan.

Aku nak tengok orang menari dan menyanyi. Lainnya kat sini adalah... tak ada penari tiang dan tak ada orang menari seperti orang mabuk. Yang ada cuma penyanyi dan pelayan serta tetamu.

Cafe ni sama macam consert. Sebab itu aku suka.

Aku toleh pandang Aqil. "Kau buat apa?" Tanya aku hairan.

Aqil pantas sembunyikan sesuatu dari aku. Aku cuba untuk lihat tapi terhalang dengan begnya.

"Minumlah. Kau mesti penat jalan jauh-jauh." Botol mineral dihulurkan kearah aku.

Aku tersengih. "Macam tahu-tahu kau ni." Aku capai dan buka penutupnya. Air jernih didalam botol tersebut aku teguk sehingga separuh.

Aku tutup dan letakkan diatas meja.

"Minumlah bagi habis." Kata Aqil. Aku gelengkan kepala.

"Nanti perut aku penuh air. Boroi kang." Aku ketawa. Aqil juga ketawa.

Kepala aku mula rasa berdenyut. Telingga aku pula berdesing. Mata aku kabur.

Aku pegang bahu Aqil. "A-aku peninglah."

"Pening? Kau okey tak ni? Mia!"

Suara Aqil bergema. Yang aku nampak adalah gelap.

Tapi badan aku rasa panas. Aku dapat rasa badan aku diangkat. Kenapa... kenapa mata aku berat sangat?

Aku betul-betul rasa macam ada benda tak kena dengan badan aku. Aku panas sangat. Aku dahaga. Padahal tadi aku dah minum banyak air.

Air.

Air tu... ada apa-apa ke?

"Tolong." Perlahan sahaja suara aku. Aku cuba buka mata.

Tempat sekarang ni bukan lagi Cafe tadi tapi bilik. Aku sekarang, berada di atas katil.

Macam mana aku boleh ada kat sini? Lama sangatkah aku dalam keadaan macam ni?

"Mia? Kau okey tak?" Suara Aqil kedengaran ditelingga aku. Aku cari dari mana punca suaranya.

"Aqil... panas." Mata aku kabur. Aku tak dapat nak tengok keadaan sekeliling dengan jelas. Aku tak dapat nak kawal badan aku.

Aku rasa seperti baju aku diselak dan telingga aku menangkap suara bisikan.

"Maafkan aku, Mia."

Aku tak tahu kenapa tapi aku tersenyum.

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now