01 - Menyesal

34 12 1
                                    

"Aku ingatkan kita dah takkan jumpa lagi." Kata aku sebaik sahaja kami melabuhkan punggung didalam dewan dimana tepat pelajar tahun pertama dikehendaki untuk berkumpul.

"4 tahun kau menghilang. Ke mana kau?" Aqil jongketkan sebelah keningnya.

Aku hanya pasang wajah tidak bersalah sambil memandang sekeliling dewan.

"Bila aku tak nampak kau, aku rasa macam tak puas hati. Dia macam... takkan kau dah mengalah kut?" Luah Aqil.

Aku terus pandang tepat ke wajahnya.

"Mana ada aku kalah!" Bantah aku.

"Apa-apa jelah." Dia tongkatkan dagu.

"Aku terpaksa ikut family aku pindah tinggal sini... tapi aku tak sangka pula kau belajar kat sini." Aku pandang Aqil atas bawah.

"Kau pindah sini?" Dia toleh pandang aku. Aku mengangguk.

"Patutlah dah tak nampak." Aqil hembus nafas. Dia pandang ke hadapan semula, memerhati pelajar lain sedang menapak masuk ke dalam dewan.

"Aku tak tahulah kenapa tapi..." Kata-katanya terhenti.

"Aku rindu kau." Ucapnya perlahan. Hanya dapat dengar kalau fokus tapi malangnya aku tak fokus.

"Apa?" Soalku sekali lagi.

"Tak ada apa. Uhm... kau dapat bilik ke?" Tanya Aqil, mengubah topik tadi.

"Aku kan tinggal sini jadi... tak mohonlah. Kau?" Aku pulangkan soalan yang sama.

"Aku tinggal apartment tak jauh dari sini." Jawab Aqil. Aku hanya mengangguk.

Suasana sunyi mula memenuhi atmosfera antara kami. Aku tarik zip beg galas dan keluarkan buku nota berserta ipad, bersedia untuk merakam dan mencatat.

"Nanti aku teman kau balik." Aqil bersuara.

Aku kerdipkan mata beberapa kali. "Aku rasa tak perlu kut. Lagipun aku boleh..."

"Kau jangan tolak peluang keemasan. Bukan selalu tahu aku nak teman orang balik sampai rumah. Macam watak utama drama korea gitu!" Aqil ketawa mengekek.

Kening aku terjongket. "Kau tengok drama ke weh? Hahaha!" Ketawa aku mulai retak. Aku pegang perut yang sakit akibat ketawa. Suasana dewan yang bising membuatkan ketawa aku tenggelam dalam suara ribuan pelajar fakulti seni bina.

Aqil terdiam seribu bahasa.

"Haahlah, aku start tengok masa kau pindah tu." Jujur Aqil. Dia garu belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Bapaklah, kau terpengaruh dengan aku ke? Haha." Air jernih ditubir mata aku lap. Rambut yang terjurai menutupi mata aku selit ditelingga.

"Dah habis?" Soal Aqil bersama muka pasrah.

Aku angguk perlahan.

"Aku tak puas hati kenapa kau hilang jadi aku tengoklah kdrama, mana tahu ada jawapankan... aku rasa bersalah bila aku tak nampak kau." Luahnya sambil memandang tepat ke dalam anak mata aku.

Aku tunjuk mimik tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

"Mia, aku penat hidup dalam perasaan bersalah." Bahu aku dipegang.

Menegak bulu roma aku. Jantung yang baru sahaja tenang selepas lari tadi kini berdetak laju semula. Aku dapat rasa yang muka aku dah makin panas.

"T-tapi kau tak salah." Aku toleh memandang tempat lain. Muka kami dekat sangat.

Aku tak boleh brain argh!

Aqil tarik tangannya semula. "Sorry." Ucapnya perlahan apabila tersedar dari emosinya.

"Aku pun penat hidup dalam perasaan bersalah." Tuturku perlahan. Aqil pandang aku.

"Andailah waktu tu aku tak ikut cakap kakak aku. Mesti aku dan kau..." Aku balas pandangan Aqil.

"...tak putus." Sambung aku. Aqil ingin membuka mulut tapi aku menghalang.

"Aku belum habis lagi."

"Aku minta maaf sebab dah buat kau rasa bersalah. Padahal aku yang salah. Aku tak patut marah kau masa tu, depan orang ramai. Kalau aku boleh putar semula masa, aku nak cakap kat kau yang aku masih sayang dan cintakan kau." Aku senyum nipis dihujung ayat.

Kami berpandangan. Lama.

"Tapi itu dululah." Swag. Aku ketawa mengekek.

"Cis. Aku ingatkan sekarang pun sama." Aqil putar bebola matanya lalu mengeluarkan buku nota dan pen dari beg.

"Pensyarah dah masuk. Baik kita fokus." Dia pandang ke hadapan selepas membetulkan kedudukannya.




──


"Hujung minggu kau free?" Soal Aqil sebaik sahaja kami keluar dari pagar universiti. Aku lilitkan tangan didada.

"Tak tahu lagi. Kenapa?" Aku utarakan soalan.

"Jom keluar nak? Kitakan dah lama tak jumpa. Dah 3 bulan uni sekali, kos pun sekali tapi tak pernah terserempak sebelum ni. Jomlah." Pujuk Aqil.

"Entahlah." Aku garu leher yang tidak gatal. "Parents aku garang. Kau tahu, kan?" Aku kedutkan kening.

"Tambahan pula, sini bandar bukan macam kampung dulu." Aku cuba mendapatkan balasan dari Aqil tetapi dia hanya mendiamkan diri.

Tangan aku tiba-tiba ditarik.

"Jom aku hantar kau balik." Ujarnya. Aku yang terkejut dengan tindakannya hanya menapak tanpa soalan.

Aku pandang tangan aku yang digenggam erat olehnya. Pertama kali, seumur hidup aku bersentuhan dengan lelaki dan Aqil adalah orang tersebut.

"Lepaskan tangan aku, aku boleh jalan sendiri." Gumam aku.

Aqil hanya buat tak tahu. Aku mengeluh.

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now