07 - Bincang

20 7 6
                                    

"Kita rahsiakan perkahwinan kita." Kata aku.

Aqil ketawa membuatkan aku keliru dengan syarat aku sendiri.

"Aku ada salah cakap ke?" Soal aku hairan. Rasa macam nak menangis bila diketawakan macam tu. Teruk sangat ke syarat aku?

"Mia kau sedar tak?"

Aku tayang mimik pelik sambil gelengkan kepala. Iyalah, dia tiba-tiba gelak dan tanya aku sedar ke tak? Apakah--

"Kau mengandung Mia. Nanti perut kau tu akan membesar. Semua orang akan tahu juga, jadi lebih baik kita kawin secara rasmi..." Belum sempat Aqil habiskan ayatnya, aku bersuara. 

"Kalau macam tu biar aku gugurkan kandungan ni." Kataku bersahaja sambil menyuapkan potongan ayam yang terakhir ke dalam mulut. 

Air muka Aqil berubah. Tegang macam nak marah tapi dia pendam dalam hati. Aku kadang tertanya-tanya. 

"Kenapa kau sayang sangat kat budak ni?" 

Diam. 

"Malam tu... kau sebenarnya sengaja atau tak?" Kening aku terjongket sebelah. 

"Mia, belajar terima aku boleh tak?" Aqil cuba mengubah topik. Topik yang tak masuk akal sekali dalam sejarah hidup aku. Aku yang tinggalkan dia 4 tahun dulu dan dialah yang sepatutnya belajar semua benda tu. Aku tak perlu semua tu.

"Jangan mengelak, Aqil." Tegas.

Dia tarik nafas lalu hembus perlahan. Aku menanti jawapan dari mulutnya dengan penuh sabar. Apa yang dia nak tipu kali ni?

"Sengaja." Sepatah sahaja tetapi cukup untuk membuatkan aku tersedak. 

"Uhuk uhuk!" 

Laju sahaja Aqil bangun tuangkan air lalu dihulurkan kepada aku. Aku terus teguk sehingga tiada yang tersisa. 

Lega.

Aku pandang Aqil tajam. Gelas air dan pinggan aku angkat dan dibawa ke sinki. 

Otak aku tak boleh nak berfungsi dengan baik sekarang. Dia cakap dia sengaja. Aku tak percaya yang dia akan cakap macam tu. Jadi betullah dalam air tu ada 'sesuatu'?

"Mia, aku buat semua benda ni bersebab." Aqil membontoti aku dari belakang. Dia bawa juga pinggannya. 

Aku basuh pinggan tanpa sedikit pun tidak menghiraukan dia. 

"Please, Mia. Maafkan aku." Dia sentuh bahu aku. 

Aku berhenti bilas pinggan dan tolehkan kepala ke arah Aqil, "Lepaskan bahu aku." Mendatar sahaja.

Pantas dia ubah tangannya. 

"Mia, aku ada sebab kenapa aku buat semua tu."

Aku tutup paip air, susun pinggan dan mula mengatur langkah. 

"Mia, selangkah lagi kau pergi," Aku buat tak tahu dan terus mengorak langkah.

 "Aku ulang semula apa yang jadi malam tu." Kaki kiri aku yang baru sahaja hendak mencecah lantai terhenti diudara. Aku tarik semula kaki aku dan berdiri tegak. 

"Kau tunggu kat sofa. Aku belum habis bincang lagi." Arahannya jatuh membuatkan aku merengus kasar. 

Aku melangkah ke arah sofa dan labuhkan punggung di situ sambil menjeling Aqil yang sedang mencuci pinggannya. 

Selesai susun pinggan dia datang ke arah aku. Aqil duduk di sofa yang bertentangan dengan aku. 

"Macam ni, sebenarnya aku dah atur rancangan untuk kawin dengan kau tapi kau dah tolak aku secara terang-terangan buat kali ke berapa aku tak tahu." Dia mula berbicara.

"Padan muka." Sampuk aku.

"Berdasarkan permintaan kau... aku setuju. Cuma aku nak kita tinggal sebilik, boleh?" Soalnya dengan nada memujuk.

"Tak boleh." Tekan aku. Aku lilitkan tangan didada dan silangkan kaki. Aku tetap dengan jawapan aku.

Kepala Aqil terangguk-angguk.

"Kau kena tangguh belajar selepas tamat sem 1. Aku tak nak risikokan kau." Arahan jatuh lagi. Aku kerutkan dahi, tidak berpuas hati.

"Risikokan aku atau budak ni?" Jari telunjuk aku dihalakan ke perut aku yang kempis. Dah masuk minggu kedua rasanya. 

"Dua-dua sekali." Jawab Aqil dengan tenang. 

"Kalau boleh aku nak suruh kau berhenti belajar tapi cara kau macam bersungguh-sungguh nak berlajar. Jadi, aku cadangkan kau tangguh dulu." Jujur Aqil. Aku hanya diam mendengar, malas nak menyampuk lagi. 

"Lusa kita nikah." Putus Aqil. 

Mulut aku ternganga. Sekali lagi dia buat keputusan tak dapat persetujuan daripada aku.

"Apa kau..."

"Lusa kita nikah." Katanya sekali lagi. Aku bangun berdiri.

"Aku nak masuk tidur." Gumam aku geram. 

"Okey."

Aku berhenti melangkah dan pusingkan badan secara drastik. 

"Kau tak ada perkataan lain ke selain okey? Selamat malam sayang ke goodnight sayang ke... ini tak, okey kau bagi? Baik cakap 'K' je." Bebel aku. Boleh begang kalau macam ni.

Aqil ketawa dan aku baru tersedar. Mulut aku terus ditekup dengan kedua belah tapak tangan. Buat malu keturunan baik tok nenek aku saja. Aku rasa macam nak tanam kepala dalam tanah sama macam burung unta.

Kenapa aku nak terasa dengan okey dia pulak ni? Aduhai.

Aqil bangun mendekati aku bersama senyuman lebar. 

"Selamat malam, sayang." Dia ketawa mengejek di hujung ayat. Aku kembungkan pipi. 

"Aqil!" Jerkah aku geram. Dia ketawa mengekek sambil melangkah masuk ke dalam biliknya dan tutup pintu. 

Aku terus masuk ke dalam bilik. 

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now