13 - Hilang

9 6 2
                                    

Ika tarik aku ke dalam pelukannya. Dia peluk aku erat sekali. Aku balas pelukannya semula.

"Aku akan rindu kau weh." Luahnya padaku.

Aku tersenyum nipis, "Aku pun." Kataku. Aku pandang Aqil yang sedang bersandar pada dinding koridor di hujung sana. Dia tunjuk jam tangannya lalu jongketkan kening sebelah sambil sengetkan sedikit kepalanya.

"Kau jagakan parent aku untuk aku boleh?" Tanyaku pada Ika.

"Ok." Hanya itu yang keluar dari bibirnya.

"Kau jagakan diri kau untuk aku boleh?" Tanya Ika pula seraya meleraikan pelukan kami berdua. Soalannya membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

"Jaga budak ni jugak." Pesan Ika. Perlahan-lahan aku anggukkan kepala.

"Kau tangguh je, kan?" Soalnya lagi.

Aku kemam bibir seketika. Perlukah dia tanya soalan tersebut?

"A-aku berhenti belajar." Jawabku jujur sambil mengenggam tangan sendiri.

Ika nampak terkejut dengan jawapan aku.

"Kenapa kau berhenti huwaa!!" Getus Ika sehingga bergema ruangan koridor yang dipenuhi pelajar yang sedang bersuka ria kerana selesai berperang didalam dewan peperiksaan sebentar tadi.

Aku mengeluh kecil lalu menyentuh lembut bahunya, "Aku tak ada duit nak tampung pelajaran. Kau faham, kan?" Soalan aku dijawab dengan anggukan.

"Aku doakan terbaik untuk kau." Katanya lalu tersenyum.

"Kau pun." Ika tenyeh matanya yang berair sambil tersenyum kelat.

Aku peluk bahu Ika.

Selamat tinggal, sahabat.

Drrt drrt!

Aku leraikan pelukan. Sesiapa pun yang telefon, betul-betul buat aku rasa nak maki sekarang. Potong stim betul!

Aku keluarkan telefon dari poket seluar dan pandang skrin. Nama Aqil tertera pada skrin membuatkan anak mata aku terus memandangnya yang sedang mengeluh sambil memandang ke arah aku.

"Ika, aku kena gerak." Aku tepuk bahunya dua kali. Dia anggukkan kepala.

Aku terus melangkah pergi. Sempat aku toleh kebelakang

"Bila-bila call lah." Ujarku sambil mengangkat tangan kiri dengan jari ibu dan jari kelinking dikeluarkan ketika menyebut perkataan 'call'.

"Bye!" Tangannya dilambaikan diudara.

Aku turut lambaikan tangan tinggi diudara. Kami semakin lama semakin jauh.

Tiba-tiba beg aku ditarik, "Akhh-" Jeritan aku terbantut kerana mulut aku ditekup oleh Aqil.

Dia lepaskan aku dan terus menampak tanpa sedikit pun menunggu aku.

"Cepatlah." Arahnya, aku pantas melangkah.

Kepala aku tunduk memandang tanah. Bibir diketap rapat sambil mengekori langkah Aqil.

Sampai sahaja di tempat letak kereta aku terus masuk ke dalam perut kereta tanpa banyak suara. Aqil mengeluh berat sambil memerhati aku melalui cermin pandang belakang.

"Kau lapar, tak?" Soalnya.

"Tak." Sepatah.

Dia mengeluh sekali lagi dan terus menghidupkan enjin.



──

Sampai sahaja ke rumah, Mia terus masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang suara. Aku pegang tombol pintu sambil memandang kearah pintu biliknya.

Sampai bila dia nak membisu? Tak tahu ke aku dah penat dah hadap bisu dia tiap hari. Ada emas dalam mulut sangat ke yang tak nak bercakap?

Aku masuk ke dalam bilik. Langkah aku dibawa ke katil dengan tenang. Beg galas dibahu disandarkan pada bucu katil.

Aku labuhkan punggung dan terus baring atas katil. Nafas berat dihembus panjang.

Mata aku terpandang buku lukisan aku yang terbaru. Buku yang aku beli tahun ini. Tanganku pantas mencapainya dan diselak satu persatu.

Setiap lukisan mengigatkan aku akan kejadian yang lepas, kejadian yang tidak akan aku lupakan tentang seorang gadis yang namanya Mia Ameera.

Aku selak lagi sehingga ke lukisan yang aku paling istimewa. Gambar seorang gadis berkaca mata dan bertuduh labuh. Dia sangat istemewa pada aku. Walau apa pun yang jadi, aku akan tetap harunginya.

"Abang janji sayang." Gumamku perlahan dan peluk buku lukisan aku.

Klak bum!

Mata aku yang baru sahaja mahu terpejam kembali terbuka sebaik sahaja dengar bunyi pintu. Aku bangun dan terus berlari anak ke arah pintu bilikku. Perlahan-lahan aku kuakkan dan jenggukkan kepala keluar.

Pintu bilik Mia masih terkatup rapat. Aku langkah ke pintu biliknya lalu diketuk 3 kali.

"Mia." Panggil aku.

Senyap.

"Mia." Panggil aku sekali lagi.

Senyap.

"Mia Ameera, buka pintu ni." Tegas aku. Macam-macam anggapan buruk mula menyerbu masuk dalam kepala aku.

Aku terus pulas tombol pintu dan kuak seluas yang mungkin.

Dia sedang tidur atas katil. Patutlah tak menyahut langsung. Aku hembus nafas lega sambil melangkah mendekatinya, ingatkan apalah tapi tadi bunyi apa?

"Mia, kau dengar tak bunyi tadi?" Tanya aku sambil menyelak selimutnya.

Aku terkaku.

Bantal?

"Mia!" Laung aku. Mia ada di mana? Kenapa bantal yang diselimutkan?

Aku pandang lampu tidur yang masih menyala, ada nota lekat padanya. Aku ambil dan baca isinya dengan teliti.

"Maafkan aku?"

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now