03 - Dosa

23 11 4
                                    

Cahaya terang dari luar mengejutkan aku. Aku buka kelopak mata perlahan. Pening semalam masih tersisa.

Apa yang jadi semalam?

Perkara terakhir aku ingat semalam... Aku atas katil dan baju aku diselak?

Aku terus pusing memandang ke sebelah sebaik sahaja terdengar bunyi nafas seseorang di telingga aku.

Aqil?

Aku selak sedikit selimut yang menutupi badan kami berdua. Mata aku membulat. Kornea mata aku terasa panas. Mulut aku ditutup dengan kedua belah tapak tangan. Aku bangun dari perbaringan dan peluk lutut.

"Huwarghhhh!" Nangis aku sekuat hati. Nak saja aku terjun dari bangunan yang tinggi ni.

"Tapi kenapaaa?!" Jerit aku. Air mata mengalir makin laju dipipi.

"Mia, kau okey tak?" Aqil tiba-tiba bangun menyentuh bahu aku.

Pang!

Aku tampar pipinya. Kuat, kuat sekali sehingga bergema didalam ruang ini. Kesan merah berbentuk telapak tangan aku mula kelihatan dipipinya.

Aku sambung menangis. Dah tak ada gunanya aku nak hidup dalam keadaan macam ni. Kenapa aku langsung tak sedar semalam?

"Apa kau dah buat dengan aku gila?" Marah aku. Mata aku terasa bengkak. Tapi hati aku lagi sakit. Dada Aqil aku pukul berkali-kali berselang-seli dengan tangisan aku.

"A-aku tak buat apa-apa." Aqil larikan anak matanya memandang dinding.

Aku gigit bibir sehingga terlekat kesan gigitan pada bibirku. Aku dapat rasakan cecair panas mengalir keluar dari hujung bibir.

"Mia!" Aqil pegang rahang aku lalu dia picit dengan kuat sehingga mulut aku terbuka.

Dia lap darah dimulut aku. Aku tepis tangan aqil. Selimut yang menutupi badan aku, aku selak. Malu tak malu belakang kira!

"Habis ni apa? Kenapa ada semua kesan ni?" Soal aku geram sambil menunjukkan badan aku yang dipenuhi tompok kemerahan seperti kesan gigitan.

Diam.

"Kenapa? Oh! Ni kesan nyamuk gigit. So, maknanya kau memang betullah tak sentuh aku, kan?" Aku ketawa habar, air mata masih deras mengalir.

"Aku masih ada dara... kan?" Aku pegang bahu Aqil. Aku nak jawapan dari mulut dia walaupun jawapan tu perit.

Tolonglah cakap yang kami hanya tidur.

"Aku minta maaf, Mia." Aqil peluk tubuh aku erat. Aku terus menangis semahuku.

"Kenapa... hiks!"

Apa yang mak dan abah akan buat dekat aku nanti? Macam mana dengan universiti? Masyarakat luar? Aku akan kawin dengan bekas kekasih aku kah?

Ini semua... mimpikan?

──

"Assalamualaikum." Ucapku sambil menapak kedalam rumah dengan kaki kanan.

Pintu terbuka luas tapi kemana orangnya?

Peluang!

Aku melangkah perlahan-lahan kedalam bilik. Berlagak
seperti tiada apa yang berlaku. Penghadang tangga aku pegang. Baru sahaja hendak mendaki anak tangga, telingga aku menangkap deheman dari belakang.

"Ehem ehem." Aku terus pusing. Matilah aku!

"Kakak." Aku tersengih. Kak Maya berpeluk tubuh sambil memandang aku atas bawah. Habislah, pegawai rumah yang tegur.

"Dari mana ni? Kenapa baru balik pagi ni?"

"Dari rumah Ika." Jawabku pantas. Nama Ika seorang saja yang terlintas dalam kepala orang aku. Dia saja sepupu aku yang boleh selindung semua kerja jahat aku.

"Kenapa baju lain?" Aku pandang baju yang aku pakai. Aku terpaksa pinjam baju Aqil sebab baju aku basah tertumpah air. Teruk betul!

"Pinjam baju Ika, Kak Maya." Jawabku dengan tenang. Walaupun jantung dah dupdap dupdap!

"Haih, buat risau mak dengan abah je. Lain kali cakaplah nak tidur rumah Ika. Dah pergi naik siap, kejap lagi kau nak pergi Uni pulak." Arah Kak Maya. Aku anggukkan kepala.

Kaki terus panjat anak tangga dengan pantas. Nafas lega dihembus. Nasib baik Kak Maya tak kesan apa-apa kat aku.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik, langkah aku terhenti.

Kalau aku mengandung... semua orang akan nampak dan aku akan dimarah, bukan?

Tombol pintu aku pulas dengan tidak bermaya. Roh dalam badan aku bagaikan terapung ke udara apabila terfikir yang perut aku bakal membesar nanti.

Aku masuk ke dalam bilik dan kunci pintu. Jam loceng di atas meja aku pandang. Masih ada lagi 2 jam sebelum kelas pertama hari ini.

Aku duduk diatas kerusi. Komputer riba aku buka. Ikon google ditekan dan aku mula menaip sesuatu.

Satu laman sesawang yang menarik perhatian aku, dibuka. Aku baca rangkap pertama.

"Usia kandungan umumnya mula membesar ketika memasuki 16 minggu atau sekitar 4 bulan, pada usia tersebut ukuran panjang janin sekitar 16 cm dengan berat sekitar 300 gram, namun setiap orang berbeza..." Aku berhenti baca.

Sunyi.

Aku telan air liur yang terasa berpasir.

Tangan aku dililitkan didada. Badan aku sandarkan pada kerusi. Mata terpejam rapat.

"Dalam tempoh 4 bulan ni, aku akan ada simptom macam orang mengandung betul tak?" Aku tarik nafas dan hembus.

"Tapi kalau aku tak mengandung?" Soal aku pada diri sendiri.

"Aku dah buat dosa besar. Astagfirullahaladzim."

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now