09 - Sedondon

18 7 6
                                    

"Kau baliklah dulu." Kataku pada Ika. Dia galas beg dibahu. 

"Jaga diri tau. Minum air banyak-banyak, rehat cukup-cukup. Gerak dulu, assalamualakum." Pesan Ika dan terus melangkah keluar dari kelas. 

"Waalaikummussalam."Jawab aku.

Badan disandar pada kerusi. Mana Aqil ni? Lambat betul.

Dia tipu aku ke apa? Sengaja nak buat aku tertunggu-tunggu macam orang tak ada arah.  Dia sengaja buat aku macam ni, kan?

Aku bangun dan galas beg. 

"Tunggu lepastu tunggu lagi sampai tahun depan... eh?" Aku berhenti melangkah. 

Aqil bersandar pada bingkai pintu, tangannya dililitkan di dada sambil memerhati aku. 

Aku sambung melangkah dan berhenti betul-betul di hadapan Aqil.

"Kenapa lambat?" Mata aku dikecilkan.

Dia garu belakang lehernya sambil tersengih janggal, "Aku ada masalah sikit tadi. Baru tadi settle." Jawab Aqil sebelum kembali bertentang mata dengan aku semula.

"Alasan."

Aku hayunkan kaki keluar dari situ. Aqil jalan dibelakang aku tanpa banyak suara.

Sampai di tempat letak kereta, aku terus masuk dalam perut kereta dan yang pasti, aku duduk belakang. Aqil masuk ke dalam dan kereta yang dinaiki kami terus meluncur ke jalan tar.

"Kau nak sewa atau beli?" Aku bersuara tiba-tiba, dia tengok aku melalui cermin pandang belakang.

Aku lilitkan tangan didada dan balingkan pandangan keluar tingkap.

"Ikut kaulah."

"Kau marah ke?" Soalnya. Kereta dibelok masuk ke kanan.

Diam.

Gila aku tak marah. Aku marahlah ni. Tengok ni, tengah silang tangan. Buat-buat tak nampak pulak. Rembat kang!

"Apa salah aku kali ni?" Soalnya lagi.

Diam.

Apa salah kau? Eh, kau lambat 20 minit dan buat Ika rasa bersalah nak tinggalkan aku sorang-sorang tadi. Lepastu boleh pulak terjegat dekat pintu sampai aku kena pergi dulu baru nak bersuara.

"Kau lapar?"

Diam.

Aku makan bubur tadi sikit saja. Dah 4 jam, semestinya lapar tapi arh aku nak selesaikan cepat semua benda alah ni dan balik rehat.

"Betul ni? Aku baru ingat nak belanja kau KFC." Aku nampak hujung bibir Aqil terangkat sedikit.

Gruuu...

Aku pegang perut. Tak guna! Dasar perut si pengkhianat.

"Okey, baby. Papa bawak pergi makan." Kata Aqil bersama senyuman yang lebar dibibirnya.

Mulut aku dah ternganga luas bila dia gelarkan dirinya sebagai 'papa'.

"Sorang-sorang dia." Gumam aku.

"Ya, mama? Mama cakap apa mama?" Sengaja dia mengelar diri aku sebagai 'mama' pula.

Aku tolak pipi dengan lidah. Sumpah aku rasa macam akan ada yang bakal masuk ICU kejap lagi.

"Kau jangan sampai..." Tekan aku.

Aqil hanya ketawa sambil matanya fokus pada jalan tar. Dia hentikan kereta sebaik sahaja masuk kedalam kotak letak kereta.

Aku terus keluar begitu juga dia.

Di hadapan kami ada sebuah kedai butik yang agak ternama tetapi jarang didengari oleh orang. Yelah, nak kawin baru cari. Bila dah kawin lupa terus.

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now