06 - Rahsia

19 9 6
                                    

Aku duduk termenung ni stesen perhentian bas.

Aku dah tak ada hala tuju. Ke mana saja tempat yang aku boleh pergi? Dapatkah mereka terima aku yang sudah tidak suci ini?

Pon ponnn!

Aku cari dari mana punca bunyi tadi.

Pantas sahaja aku bangkit, galas beg dan mengatur langkah ingin pergi dari situ tetapi tali beg aku pantas ditarik membuatkan aku tak boleh bergerak.

"Mana kau nak pergi?"

"Jauh dari sini."

Dia ketawa. "Tak payah nak berdrama sangat. Dah jom ikut aku." Aqil tarik beg aku lalu disangkutkan pada bahunya.

Aku malas nak bergaduh tapi dia yang mula.

"Kau nak buat apa kat aku kali ni? Cukuplah kau dah rosakkan hidup aku. Jangan rosakkan nyawa aku pulak." Marah aku.

Aqil berhenti melangkah.

"Kau nak tinggal kat sini macam pengemis dan biar anak aku kebuluran atau ikut aku?" Sinis sekali soalannya. Dia teruskan langkahnya kearah kereta hitam yang dinaikinya tadi.

"Isk!" Aku menapak dengan geram. Rasanya macam boleh retak tanah.

Dia tersenyum senget sambil bukakan pintu sebelah pemandu buat aku. Aku jeling dia lalu buka pintu bahagian belakang.

Tanpa lengahkan masa, aku masuk ke dalam perut kereta. Tangan aku dililitkan didada.

Aqil masuk ke dalam dan memulakan perjalan.

Aku balingkan pandangan ke luar tingkap.

Selamat tinggal rumah.



──



"Ni bilik kau. Kalau ada apa-apa, kau tahu bilik aku yang mana satu, kan?" Soalan Aqil dijawab dengan anggukan dikepala aku. 

"Kau mandi lepastu rehat." Titah Aqil lalu meletakkan beg pakaian aku diatas katil. Aku masih kaku berdiri dihadapan pintu. 

Aku akan tinggal dengan dia? Seumur hidupkah?

Kalau malam-malam dia kacau aku lagi macam mana? Dia dah berubah sekarang. Aqil dah tak sama macam Aqil yang aku kenal 4 tahun lalu. 

Seorang yang pendiam dan hanya ikut saja apa yang aku cakap. Aku tak suka Aqil yang dulu sebenarnya. Aku rasa macam aku terabai.

"Mia, dengar tak apa aku cakap?" Aqil tepuk bahu aku tiba-tiba. Aku terus sedar ke dunia sekarang. 

"A-apa?" Aku pandang wajahnya.

Dia mengeluh kecil. "Aku cakap lepas dah solat keluar makan, aku nak bincang sesuatu dengan kau." Katanya dan kemudian terus keluar dari sini. 

Aku terdiam. 

"Bincang?" 

Aku tutup pintu dan kunci. Kaki aku dihayun mendekati katil. Aku labuhkan punggung dan buka zip beg pakaian. 

Aku keluarkan tuala dan baju. 

"Let's take a bath!" Aku terus masuk ke dalam bilik mandi khas yang berada di dalam bilik ini. Baguslah, tak perlu nak kongsi.

Selesai mandi dan solat, aku baring atas katil. 

Perut aku yang masih kempis aku sentuh. Aku macam tak percaya aku mengandung. Aku tak percaya yang aku bakal melahirkan seorang hamba ke dunia ni.

Love you to the moon, sayang.Where stories live. Discover now