PESTA SETUBUH
HANG JEBAT
DAN
SKANDAL SEKS MELAYU ZAMAN LAMPAUArtikel asal daripada FMT pada Jun 13 2019.
Di dalam karya tradisional Melayu, sebagaimana hari ini, seks pernah sahaja muncul sebagai lambang pergolakan politik dan kekuasaan.
Terdapat beberapa skandal seks dalam istana Melayu yang cukup menggemparkan. Raja Ali Haji misalnya pernah mengutip perihal sejarah bangsawan Melayu Melaka dalam karangan besar beliau Tuhfat al-Nafis.
Sudah tentu, pertamanya, pesta seks Hang Jebat tatkala melakukan protes lantaran Hang Tuah, sahabatnya dianiayai akan mendapat sorotan. Ia pesta seks yang pasti membuatkan siapa pun termenung. Raja Ali menyatakan begini:
"...Laksamana Hang Tuah. Dialah hulubalang perkasa yang masyhur di dalam Melaka dan dialah yang membunuh Hang Jebat yang menderhaka dan mengambil gundik raja yang dilawannya untuk bersetubuh".
Tentu, tidak seperti karya seks Barat, atau novel erotik tempatan 1950-an dan 1960-an, kita tidak menemukan banyak perincian.
Misalnya kita tidak dihidangkan dengan episod terperinci bagaimana Jebat melakukan pesta seks itu. Apakah Jebat bertelanjang atau gundik-gundik raja yang dibuat main itu berkemban, atau apakah ada muzik latar seperti gamelan ketika kejadian.
Akan tetapi, kita cukup tahu pesta seks itu memang mencengangkan ramai umat Melayu pada masa itu.Kedua, ketika era Kesultanan Melayu Melaka terdapat pembunuhan Raja Zainal yang diketahui sangat kacak dan banyak menganjurkan pesta atau hubungan seks di istana.
Sekali lagi saya petik Raja Ali Haji yang menukilkan begini:
"Lalu apabila Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat, menggantikan kerajaannya adalah puteranya yang bernama Raja Mahmud bergelar Sultan Mahmud Syah. Masa kerajaan baginda inilah, dia membunuh saudaranya yang bernama Raja Zainal, kerana Raja Zainal baik parasnya, cantik manis, menimbulkan rasa ghairah segala hati perempuan yang melihatnya."Banyaklah anak-anak orang Melaka berahi padanya hingga anak isteri orang jadi tidak tentu, mengidam Raja Zainal dengan bunga bergubah dan sirih bersulur. Mana-mana yang perkenan diambilnya, dan mana-mana yang baginda tidak berkenan diberi kepada segala orang suruhannya. Maka cabullah negeri Melaka dengan hal yang demikian. Maka Sultan Mahmud memerintahkan seorang hambanya menikam Raja Zainal pada waktu malam di tempat tidurnya. Maka mangkatlah Raja Zainal, dan digemparkan oleh orang dalam negeri itu Raja Zainal mangkat ditikam pencuri kononnya".
Perenggan di atas menjelaskan kepada kita perihal Raja Zainal yang kacak sehingga mengakibatkan ramai wanita bergetar tulang rusuk. Tentu sahaja pesona ini digunakan oleh baginda untuk membazirkan air maninya sehingga menjadi skandal pada masa itu. Ini mendorong pembunuhan Raja Zainal dilakukan oleh saudaranya sendiri.
YOU ARE READING
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2
Short StoryMenukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan