92) Saya dan Awak (6/akhir) aka The Story of Clive Christian (2)

34 9 4
                                    

Hari itu datang juga

Saya
Duduk di restoran Aseana
Pada bahagian luar
Menikmati nasi goreng kampung
Menyudahkan suapan-suapan terakhir
Lalu menyalakan sebatang Marlboro
Dengan wajah mengadap Mandarin Hotel

Awak
Datang dari arah kiri ku
Dengan handbag di bahu kiri
Menjinjing beg kertas agak besar di tangan kanan

Saya
Melihat wajah awak yang semakin menghampiri
Dan tahulah saya
Ini perjumpaan yang kali penghabisan

Awak
Dengan mata berkaca-kaca
Meletakan beg kertas besar itu dan berkata
"Ambil lah kembali. Semuanya. Mana yang tak dapat, harap awak halalkan."

Saya
"Mestikah begini, untuk kali penghabisan pertemuan?"

Awak
Tidak berkata
Diam membisu
Hanya menangis

Saya dan awak
Sepuluh hari lepas disini
Tatkala saya berkata :

Saya
Bukan jenis menghancurkan istana yang terbina
Walau peratusan berjaya diselamatkan
Hanyalah 0.0001%

Awak
Setelah berantakkan
Berikrar menyerah kepada Yang Esa
Apa jua keputusan
Awak dan saya kena akur

Saya ingatkan
Kau sudah kata begitu
Setelah keputusan Yang Maha Esa jelas
Maka jangan ditolak lagi
Kerana
Awak yang meminta Dia memilih

Keajaiban akal yang merancang
Melakukan solat istikharah nun jauh di Holiday Villa Beach Resort Cherating
Dengan niat
Wajah yang pertama dia lihat selepas melakukan solat
Samada wajah aku atau dia
Bersemadi sebagai pasangan nya

Keajaiban Yang Esa pula mengatasidan  semuanya
Tak kala berhenti mengisi minyak
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan saya
Kereta awak telah dihantam oleh Pajero buruk
Penuh lumpur dan selut
Seperti dari construction site

Dengan keadaan terperanjat tapi marah
Awak membuka pintu ke arah Pajero itu
Serentak dengan pemandu Pajero keluar dari kenderaan nya

Mata bertentangan mata
Awak tidak percaya
Di hadapan awak adalah dia
Bukannya saya

Awak terus melutut
Menangis
Meraung
Seperti kemasukan iblis
"Ya Tuhan ku, kenapa ini terjadi???"

Jika awak boleh mendengar
Mungkin jawabnya adalah
"Wahai hamba Ku, bukan kah engkau yang meminta Aku memiihkan bagi pihak mu??!!!!"

Kini awak hadir
Untuk melunaskan janji mu pada Tuhan
Makan berakhirlah sebuah impian
Yang tiada siapa antara kita mau kenangkan

Ketika awak melangkah pergi
Saya memanggil
Itu lah panggilan saya pada awak untuk kali terakhir

Awak
Ambil lah semua ini
Kecuali yang ini

Saya rasa ini tidak baik untuk awak
Atau untuk sesiapa pun

Awak memandang dengan penuh kehairanan
Apakah salah kotak yang berisi .....

SayaMenghabiskan masa beberapa bulanMelihat awak dari kejauhanTak kala awak balik lunch atau habis kerja di Public BankSehingga satu hariSaya lihatAku disambut balik dari tempat kerjaOleh sorang diaSerta seorang anak kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Saya
Menghabiskan masa beberapa bulan
Melihat awak dari kejauhan
Tak kala awak balik lunch atau habis kerja di Public Bank
Sehingga satu hari
Saya lihat
Aku disambut balik dari tempat kerja
Oleh sorang dia
Serta seorang anak kecil

Syukur
Semuanya telah selamat

Saya
Hmm....
Tak perlu hiraukan saya
No worries k !!!

Saya
Setiap kali terdengar lagu ni
Mesti teringatkan awak dengan rasa bersalah yang menebal

Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosa ku.

TAMAT

KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2Where stories live. Discover now