93) The Story of Clive Christian (3)

31 9 3
                                    

Sambungan chapter Isme - My Housemate dari Ku Abadikan Sekalung ingatan untuk Kenangan 1.

Sambungan chapter Isme - My Housemate dari Ku Abadikan Sekalung ingatan untuk Kenangan 1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dan kami berjumpa, for the last time.

Aku pick-up Ain di rumah. Dia kelihatan cantik dan ranggi dengan blouse merah dan jeans biru.

Sebelum bergerak aku berkata "Sebelum lupa, nah I bagi you!" sambil menghulur paper bag kecil.

Ain melihat isi di dalamnya dan bersuara "Wahhh!!! Clive Christian .... Mahal ni!!!"

"Ala, orang dah bagi, ambik je la."

"Tq ... Tq!!!" balas Ain

Aku membawa dia ke Mid Valley kerana dia nak beli beberapa barangan sebelum berangkat tiga hari lagi.

Kami habiskan masa di sana sehingga petang sebelum menghantar dia balik.

"Gi airport camne?"

"Cab lah!! You nak hantar ke? Kalau nak lagi bagus!!!" kata Ain.

"Ialah, I hantarkan!" kata ku.

"Hmmm... Best! Suka tengok you susah!!" gurau Ain.

Dia tiba-tiba memberi kucupan terima kasih di pipi kiri, melangkah keluar, membuka pintu belakang dan mengambil semua barang-barangnya.

Sesampai sahaja aku di rumah, baru aku perasan semua barangnya dia ambil kecuali Clive Christian yang terselit rapi di kocek belakang driver seat.

"Hmmm..... Takpe lah. Nanti hantar dia gi airport boleh bagi dia."
.
.
.
Kami tiba di airport awal sebab luggage bag Ain banyak. Tak mengapa katanya. Dia bayar extra.

Yang ada bersamanya hanya hand carry luggage dan beg kertas Clive Christian.

Kami duduk menunggu sambil berbual seketika.

Tiba masanya, aku pun menghantar Ain ke pintu masuk balai berlepas. Sebelum masuk, Ain buat gilanya memberi ciuman di bibir.

Naw! Naw!

Nak tak nak.... Aku balas lah juga .... Hehehe.... Dah orang nak kiss 💋 kan.

Setelah pesanan terakhir, lambai-melambai, aku berpusing untuk berjalan ke parking lot. Serentak itu, seorang budak remaja berada di hadapan ku " Abang, ni barang kawan abang tertinggal."

"Laaaa.... Tertinggal lagi...." Nada yang sebenarnya keluhan dari ku.

Ibu gadis tersebut rupanya duduk selang tiga seat dari Ain. Dia kemudiannya tersedar paper bag Ain tertinggal di sebelah tempat yang Ain duduk. Namun terlambat. Ain sudah pun menghilang.

Aku mengucapkan berbanyak terima kasih. Aku ingin memberi Clive Christian tu pada gadis tersebut, tapi dia tidak mahu. Dia cakap, mahal ni. Tak berani nak terima.

Aku pun berjalan hala ke parking lot dan niat untuk ke toilet sebelum keluar dari ruang menunggu.

Sebelum masuk ke toilet, aku sengaja duduk sekejap dan meletakkan paper bag di bangku sebelah.

Kemudian aku bangun seolah-olah terlupa akan paper bag tu dan terus ke toilet.

Keluar je dari toilet, rupanya aku di sambut oleh dua pegawai sekuriti airport. Sorang memegang paper bag Clive Christian. Puas aku di soal siasat. Berpeluh aku menjawab. Nasib baik tak de apa untuk aku di tahan.

Minyak wangi ni pepasal???  Tak mo lak berenggang dari ku. Ada puaka duduk dalam parfume ni kut.

Sigh!!!! (Mengeluh)

KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2Where stories live. Discover now