Z POV (POINT OF VIEW)
Kami semua keluar dari kereta. Orang yang ditugaskan membawa dulang hantaran membawa barang-barang keluar bersama.
Aku lihat Uda terjongkok di dalam kereta 5 series nya. Dia sedang cuba membawa dulang besar yang disusun duit US Dollars seberat 10kg.
Anak kelahiran Klang, keturunan Jawa, bekas kapten (ketua murid) sekolah asrama penuh di Selangor. Dia mewakli Selangor dalam sukan bolasepak dan rugby (juga pernah mewakili Malaysia).
Ketinggian hanya 5' 4". Berbadan sasa. Sejak akhir-akhir ni aktive boxing dan MMA (mix martial art). Berkerjaya sebagai seorang engineer semestinya dia berhati kering.
Ketika jasadnya keluar dari seat belakang kereta, satu suara menerjah telinga kami semua di situ :
"Ni apa hal ni kecuh-kecuh??"
Suara yang membuat kami semua tertumpu kepada empunya suara, lelaki bertubuh sasa, berkulit cerah, ketinggian 5' 5" dan bermuka agak serius.
Uda berbaling melihat jasad tersebut yang berada 5 kaki di hadapannya.
Menahan geram, Uda menjawab "Walaikumsalam warahnatullahi wabarokatu"
Lelaki yang bersinglet warna kuning emas LA Lakers, berseluar jorts (jean shorts) dan ber-sneakers Adidas berubah air muka. Terasa dirinya dicabar.
Sebelum dia berkata-kata lanjut, satu suara kedengaran ... "Assalamualaikum ... "
Semua menoleh ke arah suara itu.
Seorang lelaki memakai baju t-berkolar berwarna biru, jenis yang digunakan untuk bermain golf.
Dia berdiri dihadapan pintu kayu jenis kayu keras dan mahal.
Dato Kam menyambut salamnya lalu menaiki anak tangga. Ada tiga anak tangga. Mereka bertemu di anak tangga kedua, bersalam silang ibu jari (adab pelajar-pelajar MCKK - Maktab Melayu Kuala Kangsar) dan berpelukan.
Mereka bercakap sebentar sebelum si tuan rumah perasan Tan Sri Aman, Dato Leman dan Dato Halim hadir bersama. Dia menuruni anak tangga, mendapatkan mereka, bersalaman dengan bertanya khabar secara ringkas.
Memberi salam sejahtera kepada semua di situ dan menjemput semua masuk ke dalam "teratak hamba ni." Amat berlawanan dengan lelaki awal tadi (kemudian diketahui sebagai adik kepada Dr Nurul).
Dia mendahului anak tangga ke dalam rumah. Waktu ini ada seorang wanita mengarah pembantunya membuka pintu kayu tersebut, seluasnya.
Dia sempat berbisik kepada perempuan itu (kemudian di ketahui bonda Dr Nurul)
Bahagian dalam rumah terasa seperti berada di lobby hotel mewah klasik Wardoft Astoria New York.
Terdapat lift ke tingkat atas.
Kami dibawa ke satu sayap (wing) mahligai tersebut, memasuki satu ruang besar yang sebenarnya satu dewan tamu (master hall).
YOU ARE READING
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2
NouvellesMenukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan