Untuk mengubat hati yang tersakiti
Si Penglipur Lara berputus
Untuk mencoret segala perjalanan duka
Yang terkunci sekian lama
Dipendam di lubuk hatiDi sebalik wajah yang girang
Dan canda ketawa
Tersembunyi seribu rasa keperitan
Dan tangisan yang berterusan
Si Penglipur Lara mencoret isi hati
Untuk merungkai kisah silamnya
Mencari kekuatan diri yang sekian lama matiPuas mencari
Kunci bahagia
Dalam teman yang hadir dalam hidupnya
Hanya kecewa mendapat
Sedangkan kuncinya
Dalam dirinya sendiri
Si Penglipur Lara cuma perlu
Melihat ke dalam cermin hatinya
Di situ
Dia akan dapat cinta yang sebenar
Cinta
Dari Sang Pencipta
Kepada hamba-Nya yang dikasihi*********************************
Reader ni spesis brutal ni. Geng gaduh jugak ni. Dia head of all girls buaya school ni. Spesis bahaya. Harapan sekolah tu tutup cepat. Hehehe....
Semoga menempah kejayaan dalam hidup, karier.dan penulisan.
Aamin.Tqvm kerana menyokong setiap penulisan saya.
YOU ARE READING
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2
Cerita PendekMenukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan