73) PDR : Sajak HANA

73 9 54
                                    

Ha! Ni dia sajak dari geng gaduh saya HannahIzzatie . Sajak pertama dia tulis dalam seumur hidup dia.

BANGUN

Bangun
Duduk dan berdiri
Dilakukan dari tadi
Cuba mengusir galau di hati
Semoga cepat berlalu pergi

Bangun
Duduk dan cuba berlari
Berlaku tatkala memori bertandang sesekali
Tidak mudah melepas pergi

Kadang kekal di kotak hati
Sesekali ada yang disesali
Namun pantas dipujuk sendiri

Semangat harus terus bertali
Bila jatuh harus bangun lagi
Jangan asyik berdiam diri
Biar berdiri tukar berlari
Ulang berulang beribu kali
Supaya kelak tidak disesali

Fuhhh...penat ni..terabur kak el....pengsan rasa
Buruk nauuu rasa...tapi janji buat...bolelah kot
😅😅😅

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Amboiiii siap mengadu kat akak dia. Mujur saya tak kena baling dengan frying pan.

Ha.... Ni sajak balasan saya.

TERUS TAK BANGUN

Bangun duduk pastu tidur kembali
Dibuat berulang kali
Kurang-kurang 4 kali
Pagi petang siang dan malam
Dilakukan beribu-ribu kali
Dalam kehidupan
Kaka & Hana

Bangun duduk
Ekh ... ekh ...  tergolek dog pulakkkk
Kadang-kadang kita lalui
Dalam menjalani kehidupan ini
Diketawakan org itu ini

Duduk
Dah tu
Tak bangun-bangun lagi
Bila tiba dihujung usia ini
Berlaku hanya sekali
Mustahil berulang kali
Harap bukan dalam keadaan kita kesali

🤜🏼🎀🤛🏼

Cik Hana tak puas hati tu. Dia ketik jari, jadi lagi satu sajak. Kemain lagi.

7812

Hana datang tanpa diundang
Hahaha... jenis-jenis tak malu punya orang
Suka ketawa..
Suka menyibuk..
Kemudian peningkan orang

Suka baca
Kemudian paksa
Satu kemestian..
Baru author-author penat melayan

Dia datang dah macam hantu
Buli...perasan tipu-tipu
Ugut ugutan sekadar gurau
Tanda authorr!!!!
Arghhh cepat habiskan

>> Da...habis idea...hahahaha jela Kaka sampai 7812 patah perkataan

>> Dengan geng gaduh, mana boleh kalah. Saya jawab dengan pantun :

8,212

Datang tak berundang tidak mengapa
Kalau memang dah tahu diri
Ketawa menyibuk tidak mengapa
Kalau pening jauhkan diri

Hana datang macam hantu
Suka buli perasan orang
Jangan selalu perangai begitu
Malam Jumaat dipaku orang

🤜🏼🎀🤛🏼

Tamat. Pantun 8,212 rangkap.

Selepas menjadi penyajak professional, Cik Hana kita ni nak beralih kepada bidang nyanyian pulak.

Sebagai permulaan, dia bersetuju menyumbang lagu nyanyiannya untuk chapter dia.

Sesama kita tunggu video nyanyian beliau.

Cepat sikit tau Cik Hana. Ramai menunggu ni tau.

KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2Where stories live. Discover now