Jika tetiba pandai mengalunkan madah
Sanggup berenang di lautan api
Rentikan
Jauhi perempuan itu
Nanti mati rentungJika diminati perempuan yang glamour
Jauhi dia
Nanti ayam terlepas
Tangan bau tahiJika pandang langit di siang hari
Terlihat wajah si dia di antara awan
Pergilah berubat
Anda telah terkena sihirJika meronda untuk melihat bumbung rumah si dia
Sedangkan si dia sudah bersuami
Jangan gusar
Cinta anda suciJika duduk melihat whatsapp
Menanti-nanti mesej dari si dia yang tak mungkin tiba
Kerana si dia tidak tahu nombor telefon anda
Juga jangan gusar
Sebab anda peminat setiaJika perempuan anda inginkan telefon jenama Apple
Pergi belikan satu atau dua atau tiga saham syarikat Apple
Jauh lagi murah
Serta anda menjadikan perempuan anda
Salah seorang pemegang saham syarikat Apple
Dan diberi hak menghadiri dan mengundi tahunan di Annual General Meeting Apple Inc.
Satu tanda keagungan cinta anda pada dia
Dia pasti memanggil anda jejaka hebat sambil memegang telefon buatan China atau KoreaJika anda membaca novel Tf612 di Watpadd
Dan suka ya amat keterampilan watak-watak Kaka dan Ris
Memang nyata
Anda jejaka budiman
Bukan buaya
Bukan....
Bukan....
YOU ARE READING
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2
Krótkie OpowiadaniaMenukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan