Dr Nurul .... Dia pergi ...
Petang Rabu itu seperti petang hari bekerja lain, jalan selepas Istana Negara (lama) arah ke bulatan Jalan Kucing cukup sibuk. Jem.
Terdegar bunyi "Bluk bluk bluk bluk bluk ...."
"Ah sudah!" Kata Dr Nurul.
Dia pernah mengalaminya dan dia pasti tayar belakang sebelah kanannya pancit. Mungkin terkena paku. Nasib baik dia berada di lorong sebelah kiri sekali.
Dengan cepat dimemasang lampu isyarat kecemasan dan memandu keretanya berhenti dia lorong kecemasan.
Dia mengeluh. BMW atau bukan BMW .... Kalau tayar kena paku .... Sama je.
Dengan hati-hati dia membuka pintu kereta 3 series berwarna putihnya itu, berjalan kebelakang untuk mengesahkan masalah tayarnya.
Seperti kebanyakkan perempuan, dia tidak tahu bagaimana mengantikan tayar yang bocor dengan tayar spare.
Terkebil-kebil seketika dia berjalan balik ke pintu hadapan kereta sambil berkira-kira untuk siapa perlu dia minta bantuan.
Dr Nurul membuka pintu kereta, seperti ingin merangkak di atas kerusi pemandu untuk cuba mengambil telefonnya di kerusi sebelah pemandu.
Dia gagal kerana semasa membongkokkan dirinya untuk masuk ke dalam kereta, satu superbike laju meluru dan menghentam Dr Nurul dan pintu kereta ... Diikuti dengan sebuah lagi motorsikal bergerak laju jenis kapcai.
3 mayat bergelimpangan.
Dr Nurul telah kembali ....
YOU ARE READING
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2
Short StoryMenukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan