Nota :
Dr Nurul 1,2,3 muncul di KASIUK 1Petikan dari Kaka :
Chapter 1/15 NDE (2) DIADari makan tengah hari yang tidak dirancang, perhubungan Dia dengan seorang lagi doktor yang bernama Nurul memasuki fasa baru. Fasa terbit kasih.
Dalam fasa ini - semua pertemuan dirancang. Tiada istilah ter seperti TER jumpa.Seperti selalu
Mula-mula kawan
Lepas tu rapat
Lepas tu kenal kasih
Kenal sayang
CintaMereka juga melalui semua fasa perasan orang bercinta seperti rindu, bergaduh, mengediks, berbahas-bahas, merajuk, pujuk memujuk, cumbu rayu, cumbu tanpa rayu ..... (klik pada semua gambar & icon)
Kini Dia tiba di fasa penentuan. Fasa terkandas Dia mengelarkannya kerana Dia tidak pernah melepasi fasa ini.
Selepas makan tengah hari di Restoran Bunga Raya di tingkat bawah Kompleks Bukit Bintang, topik itu timbul dalam perbualan mereka.
Nurul : You dapat I, is the easiest part. Now ... Part yang susah, my parents. Macamana you nak buat?
Dia : You nak I buat macamana?
Nurul senyap seketika.
Nurul : Macam ni lah. I nak tanya you ni. You sanggup ke go all the way dengan I?
Dia : Ya, sanggup!
Nurul : Sanggup meaning kalau my parents tolak you, you bawak I gi Siam nikah kat sana. Boleh?
Dia : You sanggup nikah kat Siam dengan I?
Nurul : Sanggup!
Dia : Why Siam? Takde tempat lain lagi on earth yang kita boleh nikah ke?
Nurul : Like where?
Dia : Like Bahrain, Dubai, London, New York, Toronto .....Nurul tergelak.
Nurul : Ya lah Cik Abang. You're the genius here. I tak kisah. Kalau you cakap bulan pun takpe. I ikut je.
Kata Nurul seperti menyindir.
YOU ARE READING
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2
Historia CortaMenukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan