KEMALUANNYA DIRAMAS TEDUNG
Terdapat sebuah manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden berjudul Syair Raja Tedung dan Raja Katak. Syair ini satira politik mengisahkan krisis politik orang Melayu pada awal kurun ke-18.
Pada 1721, Sultan Johor, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah membuat muafakat dengan 5 orang putera Bugis. Namun, mengapakah Sultan Sulaiman membelakangkan rakyatnya, orang Melayu, dan bergagasan secara sejahteranya dengan putera Bugis?
Kita mesti ingat, tatkala itu; Bugis tidak dianggap sebagai Melayu
Begini, Sultan Sulaiman putera kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Syah. Ayahandanya perdana menteri kepada Sultan Mahmud Syah yang zalim, homoseks, dan simbol tirani orang Melayu. Apabila Sultan Mahmud mangkat dalam keadaan dijulang yakni ketika ditandu untuk ke masjid bersembahyang Jumaat, rakyat yang marah membiarkan jasad Sultan Mahmud dalam keadaan telanjang dan digantung di masjid selama 3 hari.
Oleh keadaan huru-hara, bendahara atau perdana menteri ketika itu tidak mempunyai pilihan lain melainkan menerima saranan agar ditabalkan sebagai raja. Bonda Sultan Mahmud, yang malu anaknya seorang homoseks dan gila, membuat propaganda yang puteranya itu sebetulnya berkahwin dengan jin atau mambang.
Malah pendokong Sultan Mahmud yang terkejut melihat rakyat menjatuhkan baginda sedemikian rupa menyusun kempen agar takhta Johor dapat dikembalikan. Sultan Abdul Jalil yang ingin melakukan reformasi tidak mendapat sokongan dalam kalangan istana.
Tersebar kempen oleh pendokong Sultan Mahmud, yang baginda ada melakukan hubungan seks di saat akhir dengan seorang gundik dan beroleh zuriat lelaki yang namanya Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah). Sejak itu kempen untuk mengangkat Raja Kecil yang merupakan hasil persetubuhan haram seorang gundik dengan Sultan Mahmud diketengahkan. Raja Kecil yang ditampilkan sebagai boneka mendapat bantuan Orang Laut.
Tatkala itu, tanpa bantuan Orang Laut sukar untuk seseorang raja itu dapat menegakkan kerajaan yang stabil. Ini kerana Orang Laut menguasai pesisir pantai, iaitu sumber kekayaan Johor-Riau dan juga mengawal segala hubungan inter-wilayah serantau yang kompleks.
Raja Kecil bagaimanapun berjaya mengusir Sultan Abdul Jalil yang terpaksa melarikan diri ke Pahang dan dibunuh di sana. Maka gagallah satu usaha reformasi orang Melayu yang pertama.
Pengganti Sultan Abdul Jalil Syah adalah anakandanya, Sultan Sulaiman yang menerima aib kerana tidak mampu mempertahankan bapanya sendiri. Kumpulan yang ingin mengembalikan keturunan Sultan Mahmud yang korup ini menyebarkan propaganda ibu Sultan Sulaiman hamba bernama Nusamah (ingat, mereka bukan keturunan raja pun) yang ditebus dengan tudung periuk emas.
YOU ARE READING
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2
Short StoryMenukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan