Jarum jam terus bergerak dan aku masih duduk di atas bonet kereta. Dah hampir tiga jam aku di situ.
Fikiran ku rasa penuh ketenangan jika berada di rumah mama terutama jika ketiadaan suami ku.
Sesekali aku ketawa sambil sekadar melayan perasaan.
Aku baru sedar bahawa suara cengkerik sangat indah berbanding dengan suara Ris yang sumbeng.
Tiber je wajah seorang lelaki menjelma mematikan perasaan ku.
Dato Kameel adalah boss tempat kerja lama aku dulu. Lelaki
kacukan Malayanam dan Melayu.
Aku hampir tercekik melihatnya. Kehadirannya di rumah mama memang memberi kejutan padaku.Dia pulak bersama sorang lelaki yang selalu mengambil berat dari suami ku Ris. Satu pejabat lagi tu dengan aku dan Ris. Tapi musuh besar Ris.
Kenalkan anak saya dan kawan sepejabat Hanna .... Hafeez!!
.
.Hafeez dari belakangnya menegur aku ... "How are you Hanna?"
Jujurnya aku gugup. Mungkin sebab ayahnya dulu hampir menggagalkan semangat ku untuk berkareer?
"G.. g.. good.... Thx"
"Kenapa gugup???"
"Kenapa you tak cakap bapak you ex boss I ??"
"I bukan macam hubby you, jual nama Dato' macam Dato' ayah kandung dia. I tak macam tu. I jejaka kool"
"Sebenarnya I heran you boleh terjerat dengan Ris. Ris tu jahat. Boya. Tak kan awak tak perasan?!!"
"Walaupun you tak kenal I waktu tu, tapi I akan sokong you dengan Luq."
Aku menitiskan air mata.
"Apa nak buat Hafeez. Dah jodoh I dengan Ris!!"
Sigh !!! Hafeez mendengar keluhan ku.
Aku akui, sepanjang hidupku lelaki yang aku kenal bernama Hafeez semuanya baik-baik tahap malaikat.
Wajah mama berseri ketika menyambut Dato Kameel di hadapan rumah.
"Mari Hafeez masuk ke dalam" aku dengar suara mama memanggil Hafeez. Tinggal lah aku sorang di luar rumah dan masih duduk di atas bonet kereta.
Sebuah patrol car polis berhenti dan seorang pegawai polis menjengah ke luar tingkap "Cik, tak elok sorang waktu begini. Bahaya. Harap Cik dapat menunggu di dalam rumah."
Aku akur dan gagahi langkah masuk ke dalam rumah mama dan terus memerap di dalam bilik. Telefon aku hanya ada kerdipan lampu sedari tadi. Bunyinya aku diamkan.
Bingit! Lantak la siapa yang hantar mesej mahupun panggil.
Senyuman manis Hafeez yang semakin kacak tu menemani ku. Dia memang kacak tapi entah, kalau aku berkenan pun boleh buat apa. Aku dah bersuami.
Mama tak pernah bercerita padaku
tentang inginkan pengganti abah.Mama tak pernah rapat dengan mana mana lelaki. Mama bulan seorang MILF setelah ketiadaan ayah. Dunia mama hanyalah kerja dan aku.
Ketika aku duduk bersama mereka setelah di jengah oleh mama suruh ke bawah..... "Hanna, saya dah berbincang dengan Puan Ainun. Tapi dia nak persetujuan Hanna dulu. Dari pihak saya, Hafeez dah lama bersetuju".
"Lama? Sejak bila?", soal ku.
Pandangan terarah pada Hafeez.
"Selepas mama you pertama kali datang ke office menunggu you untuk ajak balik sama", jawab Hafeez.
"Tapiiii waktu tu kan Datin masih ada?"
"Ya, pertemuan itu menamatkan penderitaan papa saya yang tak dipedulikan oleh amma saya!!"
"Aku makin jadi hilang akal!!"
Aku membatu sehinggalah mereka balik.
Mama mengambil kesempatan menenangkan keadaan dan memujuk aku.
"Mama tak paksa Hanna. Kalau mama tak nak, mama tak akan...." dan selepas itu naik ke atas ke biliknya.
Aku tau, mama cuba saiko aku. Tapi entahlah. Aku buntu. Trauma dengan senario tak hujan tak de ribut.... Tak de angin daun bergoyang!!!
Nak bercerita pada siapa pun aku tak tahu. Ada laki tak boleh harap. Asyik berkepit dengan pompuan Siam.
Tiba-tiba fon aku menyala. Sempat aku jengah ... Luq call.
Luq berjanji untuk berjumpa ku di restoran mamak kat jalan masuk taman perumahan ku.
"Mr Ris... We are tired" (En Ris, kami penat)
"We're taking a break" (kami nak berehat kejap"
Tanpa menoleh dengan jari jemari yang tengah bz Ris bersuara kepada dua contract staff Jepun nya "Yes you better, it takes sometimes for the data to migrate to the new data base format." (Pergi, lama lagi nak habis salin maklumat ke data base baru)
Dari luar, Rini berbisik kepada Khu... Kesian En Ris. Kerja tak habis-habis. Ni semua salah Hafeez. Dia database manager. Dah lah tak tau buat, lagak macam boss. Kita semua jadi susah sebab dia. Dia sesenang je kat rumah.
Hanna menjawab mesej Luq ... "Jap sweetheart, tengah cari kunci kereta ni..."
Selang 3 minit Hanna perasan Luq call dan menjawab panggilan Luq. Selepas Line dimatikan, Hanna terus memeriksa mesej yang dihantar pada Luq....
"Shit... Padan Luq call, rupanya aku terhantar kat Ris!!!! Adoiiii...."
"Macamana ni. Bukan boleh padam mesej tu!!!"
Bertalu-talu fon Ris berbunyi memaksa Khu menyambutnya ....
"Ris tak de la Hanna, dia pergi bilik server...."
.
"Ha tu la.... Tengah kecoh sikit ni..."
.
"Ni semua angkara Hafeez la. Dah lah tak tau buat kerja, dah tu tinggalkan. Staff lain yang pening kepala."
.
Sesudah habis call, Hanna berkata pada dirinya... "Tak payah la Khu kalau you nak cover boss you, nak salahkan Hafeez la bagai. Cakap je dia tengah enjoy dengan dua ekor budak Jepun tu. Kan senang!!"Bergerak je kereta selepas masuk gear D, Hanna mengangkat talipon dan berkata "Kejap la sayang, I otw ni!!"
Kemudian dia mendengar suara "On the way pergi mana??"
"Oh Shittt" kata Hanna perlahan. Kemudian dia tengok tulisan di atas skrin fon .... "ABANG SAYANG CALL !"
Tamat
YOU ARE READING
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2
Short StoryMenukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan