bab 4

1.1K 228 15
                                    


Tyler melangkah masuk kedalam sebelum menutup kembali pintu wad. Dia mengatur langkah mendekati mummy dan kakak nya.

" Mummy..daddy macam mana?"Tyler mengambil tempat berhadapan mereka berdua.

" Keadaan Daddy dah stabil...cuma tak sedarkan diri lagi. Nasib baiklah keadaan Daddy kamu tak teruk mana " jelas Mummynya sayu.

Tyler mengangguk, mata nya melirik pada wajah Tania yang ralit merenung Daddynya, dia tersenyum sinis, dah lama rasa nya tak cari gaduh dengan Tania.

"Hye sis.."

Tania menoleh sekilas, jelingan maut diberikan.

"Jangan cakap dengan aku"

Tyler tertawa, nampak nya amarah Tania bulan lepas tak habis lagi,

"Bukan salah aku, salah lantai"

Tania hanya 'roll eyes'. Tyler dengan bengap nya berpisah tiada.

Berbeza dengan Tania..Tyler seorang yang mudah terhibur lagi-lagi bila dia bersama Tania, panas baran kakak nya yang buatkan dia suka mengusik dan menguji kesabaran gadis itu.

"Takpelah..Mummy balik lah dulu..rest, biar Tania jaga Daddy" kata Tania setelah lama berdiam diri.

"Tapi..kamu pun tak rehat lagi kan.. Kamu baru je sampai" Puan Diya menatap wajah anak gadis nya,

"Takpe.. Kau balik lah sekali dengan Mummy biar aku teman Daddy malam ni " Tyler mengangkat-angkat kening.

Puan Diya pandang Tania meminta kata putus. Tania mengangguk. Dia dan Mummy nya mula mengatur langkah keluar dari wad dan di iringi oleh seorang bodyguard ke tempat parking kereta.

.*****

Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah agam yang indah dan 'elite'. Tania dan Mummy nya keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam rumah itu bersama. Pekerja yang menyambut kedatangan majikan mereka itu menundukkan kepala tanda hormat.

"Tania naik lah atas dulu..rehat, esok kita nak jenguk Daddy"

Tania mengangguk.

"Mummy pun jangan lupa rest"pesan tania.

Mummy nya tersenyum dan mengangguk.

Tania masuk ke dalam lift untuk naik ke atas. Dia membuka pintu bilik nya dan memandang sekeliling bilik tu..still macam dulu. Bilik itu bertema kan hitam dan kelabu..memang favorite colour dia. Bende yang ada dalam bilik itu masih nampak sama. Itu tanda barang yang ada dalam bilik dia memang tak pernah di usik..kecuali di bersih kan. Dia mengambil tuala dan masuk kedalam bilik air.

Setelah selesai membersihkan diri. Dia merebahkan tubuh ke atas katil, siling bilik menjadi tatapan. Selepas seminggu, dia akan kembali lagi ke England, ada satu semester lagi yang dia perlu habiskan sebelum dia graduate, lepas graduate, dia mungkin ada berpindah ke sini terus.

Sedang dia asyik memikirkan masa depan, tiba tiba satu kelibat menembusi pintu balkoni nya. Seorang jejaka terduduk di situ dengan nafas tercungap-cungap. Terasa seperti di perhatikan, dia menoleh dan bertentangan mata dengan seorang gadis. Muka nya berubah terkejut, dia nampak aku!. Belum sempat dia hendak berkata, seseorang muncul dan menarik kolar baju jejaka itu sebelum mereka tiba tiba lesap.

Tania hanya memandang kosong sebelum mengelengkan kepala nya.

To be continue...

_________________________

Jangan lupa vote and comment guys

The Immortal SpiritWhere stories live. Discover now