bab 19

914 174 36
                                    


"Hye" Sapa Luke.

"Siapa benarkan kau masuk bilik aku" Soal Tania mendatar.

"Huh?Apa? Bukan you dah bagi kebenaran ke tahun lepas.." Elys terpinga-pinga dengan soalan mengejut Tania.

Tania pejam mata nya seketika,orang lain yang di tanya, orang lain yang menjawap.Luke tersenyum mendengar bisik hati gadis itu.

"Tak.. Bukan kau, kau nak shopping kan?Pergi lah" Halau Tania lembut.

"Habis tu, you cakap dengan siapa..Jangan cakap you~"

"Takde siapa, dah pergilah, nanti kerja aku dah settle aku follow kau" potong Tania.

Elys tersenyum suka.

"Allright, apa apa nanti call i tau.. Byee " Elys keluar meninggalkan Tania berseorangan.Tania menghela nafas sebelum memandang Luke yang berpeluk tubuh.

"Jangan suka suka masuk bilik aku boleh tak, ni bilik perempuan" Kata Tania tegas.

Luke berjalan mendekati gadis itu.

"Hari tu okay je kau bawa aku masuk bilik ni " Kata Luke dan berdiri di hadapan Tania, Tania tidak perlu terlalu mendongak ke atas kerana dia juga boleh tahan tinggi. Paras bibir Luke.

"Hari tu aku bawa. Kali ni kau masuk suka hati je. Kalau aku baru lepas mandi ke apa. Macam mana" bebel Tania marah. Tak tahu ke apa tu privasi ?

" Rezeki aku lah kut " Balas Luke selamba, dia tersenyum sinis.

"Kau ni memang makhluk gatal erk, memang tak sedar diri betul. Malang betul nasib aku ni jumpa kau " Bidas Tania pedas, langsung tak hirau kan perasaan orang itu.

Luke tersenyum sinis lagi, dia langsung tak terkesan dengan hinaan gadis itu, malah dia rasa sedikit kagum, Dekat Dunia dia, takde siapa yang berani bertentang mata dengan dia, ini kan lagi nak bertekak dan menghina nya bagai.

"Well, I'm a man and about your fate? That's not my problem" Kata Luke lalu bergerak ke katil Tania. Dia dengan selamba merebahkan tubuh nya di katil gadis itu.

"Tak kesah lah, sekarang kau keluar dari bilik aku, aku nak rehat nak tidur" Tania menghalau Luke keluar, dia menolak tubuh jejaka itu turun dari katil king milik nya, tapi langsung tiada pergerakkan dari Luke

Semalam entah kenapa dia tak dapat melelapkan mata, pagi ni baru mata dia rasa memberat.

"Let's sleep together princess" Usik Luke dan menarik lengan gadis itu lalu dengan tak sengaja Tania jatuh di atas tubuh Luke. Tania terkejut dan tak semenanya tubuh Luke di tendang kuat.

Bukkkk

Luke jatuh mencium lantai dengan bunyi yang cukup kuat, mungkin tendangan Tania itu terlalu padu.

"Kau jangan nak melebih erk. Jangan sampai aku bunuh kau kat sini" Kata Tania dengan wajah dingin nya. Nada suara nya juga bertukar serius.

Luke mengerang perlahan. Dia cuma tarik gadis itu tuk baring di sebelah nya saja, takde niat pun nak peluk bagai.Luke bangun dan berdiri menghadap Tania, Boleh tahan kuat perempuan ni.

Dia kemudian tersenyum sinis.

"Aku tarik kau je pun, kau yang melebih jatuh atas aku pulak pastu kau cakap apa?..nak bunuh aku huh mampu ke?" Sambung Luke sinis.

Tania turut tersenyum sinis. Lebih dari mampu.

Tok tok tok

Baru saja dia ingin membalas kata lelaki itu. Tiba tiba pintu bilik nya di ketuk dan di buka dari luar. Wajah Tyler menyapa pandangan. Mata lelaki itu meliar melihat sekeliling. Takde orang pun.

Luke and Tania serentak memandang ke arah nya. Tyler menatap Tania, perempuan ni cakap dengan siapa.

"Kau cakap dengan siapa" soal Tyler dengan suara serak basah nya. Sah baru bangun tido.

"Takde sapa"balas Tania datar.

"Yeke? Habis bising bising tadi apa, bukan kau ke?"

"Tak..kau mimpi je tu. Aku baru bangun" kelentong Tania. Nada nya masih sama.

"Ye erk ? Hmm okay lah bye" Tyler percaya dan berlalu pergi selepas menutup pintu bilik itu kembali.

Tania menghela nafas perlahan.

"Keluar" Kata nya sepatah lalu menarik comforter hingga ke paras leher.

Luke tersenyum kemenangan.

Dia terus lesap ke bilik lelaki tadi. Tyler yang tidur kembali di atas katil King itu di pandang.

Luke merenung Tyler dengan renungan yang sukar tuk di tafsir kan.'Aku jumpa Tania, Aku dapat rasa aura tu dan aku jumpa kau, aku dapat rasa bende yang sama. Apa sebenarnya yang tak kena ni, Siapa korang. Kenapa ada 1 aura dalam 2 orang, Dan kenapa aura orang tu ada kat korang berdua Bisik hati Luke. Wajah nya langsung tak menunjuk kan sebarang riak.

"Kau lagi...Kau nak apa datang sini?"

Luke yang mendengar suara Tania itu berkerut kening. Patut lah lelaki ni boleh dengar bising bising kat bilik Tania tadi. Dia kembali teleport ke bilik Tania tuk melihat apa yang jadi.

"Kata nak tidur" Kata Luke setelah sampai di bilik gadis itu.Tiba tiba langkah nya terhenti. Dia memandang satu kelibat jejaka di dalam bilik Tania.

Tania dan jejaka itu serentak memandang ke arah nya.Fellex yang bertentang mata dengan Luke terkejut. Tak sangka boleh jumpa kat sini.

Luke tersenyum senget.

"Captain?" Mata Fellex membulat.




To be continue.......

_______________________________

The Immortal SpiritWhere stories live. Discover now