Mata Tania berkelip sesaat sebelum terus berdiri tegak.Dia menolak Fellex ke belakang dan memandang sekeliling..ramai yang memandang dia dengan pandangan pelik..ada juga yang masik teguh merakam dan ramai yang berbisik sesama sendiri.Mana tak nya, bila badan dia membengkok tanpa ada yang menahan tapi tak jatuh..seolah seolah ada sesuatu yang menahan nya.. Sudah pasti situasi itu menarik perhatian ramai orang.
Tidak betah berada lama di situ dia mula berjalan keluar..tetapi belum sempat dia ingin melangkah seorang budak bertepuk tangan.
"Yeahhhhh...pandainya akak buat magic" kata nya sambil bertepuk tangan dengan kuat dan melompat lompat teruja.
Tania berkerut kening sebelum semua orang di situ turut bertepuk tangan. Riaksi yang pelik tadi bertukar kepada riaksi suka dan kagum.
"Magic cengitu pun ada erk"
"aku ingat apalah tadi"
"smooth giler"
"cam pelik je, bole pulak tak jatuh"
Bisik orang orang di situ.
Tanpa mempedulikan, Tania berjalan keluar dari kerumunan itu dengan riak kosong.Dia menuju ke parking kereta dan mula bergerak pulang ke rumah. Dia terus terlupa tentang keberadaan Fellex. Fellex hanya mengeleng kepala, dia terus lesap begitu saja.
******
Fellex membuka pintu rumah dan masuk kedalam. Dia bergerak ke ruang tamu lalu duduk di salah satu sofa di ruang itu.
" Yoww..lambat balik " sapa Bryan sambil membawa aiskrim di tangan.
Dia menuju ke arah sofa yang bertentang dengan Fellex, sesudu yang penuh dengan aiskrim disua ke dalam mulut. Fellex geleng kepala, makan aiskrim macam tak pernah makan, dasar mulut besar.
"Suka hati aku lah..kau sebok pahal" balas Fellex kasar.
"Relax arr..kau marah marah ni asal ? Period ke bro?"
Merah padam muka Fellex mendengar gurauan Bryan. Fellex melempar bantal kecil ke arah Bryan dengan kelajuan 260kms/j.
"Auchhhh"
"Ambik tu..kau sehari tak buat aku panas tak sah"
"Kau memang nak kena" Bryan ingin melempar kembali bantal itu tetapi....
"SIAPA YANG AMBIK AIS KRIM AKUUUU" pekik seseorang dari dapur.
Mendengar jeritan itu..Bryan terus menyembunyikan tangan kiri nya ke belakang badan. Fellex tersengih jahat.
"Kau jangan Lex..kau"
"Char.. Bryan yang ambik aiskrim kau" jerit Fellex sambil menghadapkan muka nya ke arah dapur.
Bryan tepuk dahi..tak guna punya Fellex..matilah aku.
Charles keluar dari dapur dengan senduk di tangan. Dia berjalan ke ruang tamu dengan muka yang di buat buat bengis.
"Kau !!!" Charles menuding senduk ke arah Bryan.
"S-sorry Char.. A-aku tak sengaja sumpah aku lapar tadi dho.." Bryan bangun dari duduk nya.
"Charr.. C-charr sumpah aku tak sengaja..ni je yang sedap kat peti ais..so apa lagi..aku ngap je lah " sambung Bryan sambil membuat muka di akhir ayat nya. Dia tersengih memandang muka Charles yang serupa udang rebus.
"Kau sini.. Kau memang cari nahas dengan aku... SINI !!!" Charles terus mengejar Bryan..
"Weyyy jangan kejar aku, Aku tak makan lagi ni..aku takde tenaga nak lari" Bryan berlari ke luar dan..
DEBUSHHHHHHH
Bryan jatuh ke dalam kolam selepas di tolak kuat oleh Charles. Dia mengambil leaf skimmer yang bertongkat panjang dan mengetuk kepala Bryan sekuat hati nya.
"Woiii yoiii.. Sakit lahnatt " Bryan mempertahankan kepalanya, ais krim sudah pun sebati dengan air.
"Ambik tu...siapa suruh kau makan makanan aku!!! " Charles terus-menerus mengetuk kepala Bryan.
Fellex mengeleng kepala saja.. Takde rasa nak tolong pun..dah biasa.
"So macam mana? " soal seseorang yang baru saja turun dari tingkat atas.
"Kau dah jumpa perempuan tu? " sambungnya sambil berjalan ke arah Fellex dan duduk di sofa sebelahnya. Dia meng'on' kan tv dan menyilangkan kaki nya di atas meja.
"Dah" balas Fellex sepatah.
"So?"Hans menekan nekan remote control.
"Dia boleh nampak kita" balas Fellex sepatah juga. Dia akan jadi orang yang normal bila dengan Hans.
Berbeza dengan dua ekor beruk tu, Hans seorang yang tak suka bercakap banyak ini kan lagi nak membebel..jauh sekali..tapi sekali dia buka mulut, segala kebodohan kau yang tersimpan rapi akan keluar dari mulut seorang yang bernama hans dan boleh di katakan dia dan Fellex saja yang normal di dalam rumah itu.
"Kau ade tanya macam mana dia boleh nampak kita? "Hans memandang tepat ke arah Fellex
"Aku dah tanya..tapi dia tak bagitau" jawap Fellex bersahaja..Takpe, masa panjang lagi..bila bila masa je dia boleh cari gadis tu.
"Kau tak rasa ke perempuan tu pun sama macam kita ? Sebab tu lah dia boleh nampak" teka Hans.
"tak aku rasa" Fellex mengeleng kepala.
Hans hanya mengangkat sebelah kening dengan kenyataan Fellex.
"Sebab manusia lain boleh nampak dia..so mungkin dia manusia but boleh nampak bende ghaib pastu boleh pulak dia fikir aku ni hantu" Fellex membuat muka dia akhir ayatnya.
Hans tertawa,
" Muka kau memang macam hantu pun " Hans berdiri dan berjalan ke arah dapur.
Fellex melempar bantal kecil dan tepat mengenai belakang kepala Hans dengan kuat.
"Ambik tu" Fellex berlari naik ke atas. Lari lah kejap lagi ada singa terlepas.
" FELLEXXX " Suara Hans bergema satu rumah ..Pantang sangat orang pukul kepala dia. Macam ade emas je dalam kepala tu.
Adeen dan Kenneth terhenti bermain game seketika. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengeleng kepala sahaja.
Hakikatnya..semua orang dalam rumah ni tak normal. Hmmm
To be continue.....
YOU ARE READING
The Immortal Spirit
Mystery / Thriller[ Mystery + Fantasy ] Tania.. Seorang gadis cantik yang kasar dan dingin. Mempunyai mata berwarna Emas yang indah Tetapi... Mata itu juga mempunyai rahsia tersendiri Mata yang boleh melihat makhluk selain manusia. Luke.. Jejaka dari dunia magic yan...