Tania membuka pintu kereta dan masuk ke dalam sebelum Fellex juga turut sama masuk dan duduk di seat sebelah." Kau keluar " arah Tania malas. Dia nak luangkan masa dengan diri sendiri pun susah.
"Aku tak ambik masa lama pun, lepas kau jawab aku blah"
"Now..aku nak tau macam mana kau boleh nampak kitorang..maksud aku, Aku" sambung Fellex sambil membetulkan ayat nya.
"None of you business"
"Ofcouse tu akan jadi hal aku..sebab kau boleh nampak aku"Fellex membalas renungan Tania.
"And tu hak aku nak bagitahu kau ke tak "bidas Tania mempertahan kan rahsia nya. Walaupun takde masalah kalau dia bagitahu, tapi dia takkan beritahu"
"See, takde masalah kan kalau kau bagitahu je," balas Fellex. Sekali lagi dia mendengar bisik hati gadis itu.
Tania merenung Fellex tajam.
"Kau baca fikiran aku ke?"
"Ha'ah" jawap Fellex selamba.
Tania mati kata, seriously..hantu boleh baca fikiran dia, kuasa hantu dah upgrade ke apa
"Ohh god little girl, I'm not ghost"
"Apa apa jelah, stop panggil aku macam tu" Tania mula meng'start' kan enjin kereta.
"Kau tak jawab lagi soalan aku, jangan ingat nak lari and kau tak kenalkan diri, so ikut suka aku lah kan nak panggil apa " Walaupun dia boleh baca fikiran, tapi dia tak dapat tahu semua tentang gadis itu. Dia hanya tahu apa yang orang lain fikirkan.
"Aku takkan jawap ni lagi nak kenalkan diri and aku tak lari, kau yang ikut aku"
" Okey, nampak nya aku akan ikut kau pergi mana je sehari ni sampai kau bagitahu aku " Fellex tersenyum senget. Dia tahu gadis ini tak suka di ganggu.
"Aku akan buat kau macam tunggul berjalan" jawap Tania tanpa perasaan. Tapi betul lah..lelaki ni mana boleh di lihat orang..so takde masalah kalau dia buat lelaki ni cam tak wujud. Kang kalau dia bercakap..orang cop dia gila pulak.
Fellex mengangkat kening
"It's okay, Aku akan buat kau bercakap dengan aku nanti..biar orang cop kau gila "
*****
Restaurant Wettrue
Tania melangkah masuk ke dalam di ikuti Fellex. Tania mula mencari tempat yang tersorok dari pandang orang tetapi kebanyakkan nya semua penuh. Nak tak nak, dia terpaksa mengambil tempat di tengah tengah restaurant itu.
Selepas membuat pesanan. Waiter itu terus berlalu pergi. Tidak sampai sejam, makanan yang dipesan sudah terhidang di atas meja. Tania mula menjamah tanpa menghiraukan Fellex.. Nak sangat ikut dia kan..ambik tu.
Fellex tersenyum sinis, kau palau aku erk..kau tunggu.
Fellex perlahan lahan menjatuh kan kunci kereta yang berada di tepi meja.
Ktrrinnngggg
Semua pandangan orang di restaurant tu menghala ke arah Tania. Restaurant itu agak hening, mungkin kerana pelanggan restaurant ini semua dari keluarga ternama yang sangat mengutamakan adab ketika makan, semestinya bunyi yang nyaring itu menarik perhatian mereka.
Tania memejam mata sesaat kemudian menundukkan sedikit kepala tanda maaf pada semua mata yang memandang.
Dia kembali menghadap Fellex yang tersenyum senget itu. Dia merenung tajam sebelum kembali menjamah makanan nya. Dia buat tak peduli. Kalau dia marah nanti lelaki ni berjaya buat dia bercakap.
Trrrrttttteeee
Kerusinya di tendang oleh Fellex menyebabkan kerusi itu tertolak ke belakang dan menghasil kan bunyi.
Sekali lagi dia menjadi perhatian di situ. Dia terus memandang Fellex. Nak je cucuk mata tu dengan garpu ni.Dan sekali nya dia menundukkan sedikit kepala pada pada yang memandang, wajahnya beriak kosong.
Fellex tersenyum dalam diam. Sikit lagi.
Dia melihat ke arah pasu kecil di tengah meja mereka. Tiba tiba idea muncul di kotak fikiran nya.
Dia dengan selamba menolak pasu itu sehingga terjatuh dan air di dalam pasu itu tertumpah, pasu itu pecah berderai.
Tania terus mengangkat wajah nya. Dia memandang tak percaya ke arah Fellex.
"Apa kau buat ni?" soal Tania berang. Tanpa dia sedar. Dia telah mengeluarkan suaranya. Perhatian orang di restaurant itu sudah tertumpuh kepada nya.
" dah kenapa dengan minah saleh itu "
" masalah mental kut"
" tak pasu tu gerak sendiri tadi "
Kedengaran bisik orang orang di dalam restaurant itu. Tania menahan sabar. Dia memandang Fellex tajam.
Fellex berpeluk tubuh. Dia tersenyum kemenangan.
"What's wrong miss?" Soal seorang waiter lelaki datang menghampiri. Dia melihat pasu itu kemudian memandang wajah Tania.
" Sorry, Saya tak sengaja jatuhkan, saya akan ganti rugi" Nada Tania sedikit berlembut.
Waiter itu nampak terkejut, lah melayu rupa nya. Ingatkan minah saleh mana tadi.
"Lahh takpelah. It's okay lagipun awak tak sengajakan, so hal ini biar saya saja uruskan. Awak tak payah lah ganti rugi apa semua. Kecil je ni " Balas waiter itu ramah. Senyuman manis menghiasi wajah nya. Bukan selalu dapat berbual dengan gadis cantik. Ehek.
"Thanks and ni saya bayar 200 ringgit sekali dengan pesanan saya. Sekali lagi saya minta maaf" Tania terus berlalu pergi.
"Ehh Miss, Miss "Tania hanya buat tak dengar dan terus berjalan.
Fellex menjadi pengikut setia nya.
" Hye little girl.." panggil Fellex..Tania hanya buat buat pekak.
" Kau nak tau tak.."
" Diam boleh tak "
" Ada bende melekat kat rambut kau" sambung Fellex.
Dengan selamba Tania meraba kepala nya.
Fellex tahan senyum..
Terasa tertipu..Tania terus merenung Fellex tajam. Fellex hanya memandang Tania sambil mengangkat kening nya.
Malas nak layan. Tania terus berjalan laju ke hadapan, Tanpa sedar 'tumit' heels nya terpijak satu barang mainan yang agak kecil, Lego. Dia tersentak tanpa sempat mengimbangkan badan. Tania terdorong ke belakang. Fellex dengan selamba memaut pinggang gadis itu sebelum Tania jatuh menyembah lantai.
Situasi tu mengundang ramai mata memandang. Ada juga yang sempat menangkap gambar. Dan tidak kurang juga orang berbisik sesama sendiri.
To be continue....
__________________________
Jgn lupa vote and komen..
YOU ARE READING
The Immortal Spirit
Mystery / Thriller[ Mystery + Fantasy ] Tania.. Seorang gadis cantik yang kasar dan dingin. Mempunyai mata berwarna Emas yang indah Tetapi... Mata itu juga mempunyai rahsia tersendiri Mata yang boleh melihat makhluk selain manusia. Luke.. Jejaka dari dunia magic yan...