"Tania...are you done? cepat sikit sayang" jerit Mrs. Diya dari tingkat satu sambil menyarungkan heels di kaki nya." I'm here mum " Tania sedang duduk santai di halaman rumah. Dia hanya memandang Mummy nya yang menuju ke arah nya dengan senyuman nipis.
" Cepat nya anak Mummy ni siap " Puan Diya mengosok kepala anak gadis nya. Dia memandang mata hitam Tania. Tania akan mengenakan lens bila berada di Malaysia. Taknak jadi perhatian kata nya.
"Mum" Tania menolak lembut tangan Mummy nya.
"Okay I'm sorry, let's go" Tangan Tania di capai, mereka masuk bersama ke dalam kereta yang sedia menunggu.
Takhh
Tania membuka pintu wad dan melangkah masuk ke dalam di ikuti oleh Puan Diya.
"Morning Daddy" sapa Tania apabila melihat Daddy nya sedang duduk bersandar di kepala katil.
"Morning Nia" Tersenyum Tuan Nathan melihat kehadiran anak gadis nya.
"Bila awak sedar?" Puan Diya duduk di sebelah suami nya.
"Awal pagi tadi " Tuan Nathan mengangkat sedikit badan untuk duduk tegak menghadap isterinya.
Mata Tania meliar mencari kelibat Tyler,sebelum memandang ke arah sofa. Tyler yang lena itu di pandang tajam. Orang suruh dia jaga, dia boleh pula buat taih mata kat situ, memang nak kena budak ni,
Tania ingin mendekati jejaka itu. Tetapi, Daddynya sempat menghalang.
" Nia.. Jangan salah kan adik kamu..Daddy yang suruh dia rehat. Pagi tadi mata dia dah macam mata panda Daddy tengok " halang Tuan Nathan lembut. Tahu sangat baran anak gadisnya.
Tania mengeluh dan kembali mendekati Tyler
"Wake up, balik rumah.. " bahu Tyler ditolak-tolak dengan kasar. Tyler mencelikkan mata sebelum mengangguk kan kepala, 'takpe, dia dah biasa dilayan kasar oleh sorang kakak yang berasal dari kutub utara'. Dia bangun dan melangkah keluar dari wad Daddy nya.
****
Setelah lama berborak bersama kedua orang tua nya, Tania meminta izin tuk keluar. Dia membiarkan mereka berdua meluangkan masa bersama.
Dia mengatur langkah ke tempat parking kereta dan perasan ada seseorang yang sedang perhatikan dia. Tapi dia hanya membiarkan dan terus berjalan.
Seseorang itu memerhati gerak geri Tania. Dia yakin bahawa orang yang bertentang mata dengan nya semalam adalah gadis ini. Tetapi ada satu yang kelihatan 'janggal'. Mata itu. Itu bukan mata yang dia tatap semalam. Mata gadis malam itu berwarna emas dan mata gadis ni berwarna hitam.
Tapi mustahil lah dia salah tengok. Dah beberapa tahun dia menetap di dunia ini dan mata , serta firasat nya tidak pernah salah. Dia yakin ada sesuatu yang di disembunyikan oleh gadis ini. Dia perlu maklum kan hal ini pada kawan nya yang lain. Setelah kereta Tania hilang dari pandangan, dia melangkah satu langkah kehadapan sebelum lesap begitu saja.
*****
Tania menolak pintu masuk cafe dan di sambut mesra oleh pelayan di situ. Dia hanya mengangguk kepala tanpa mengukir segaris senyuman. Setelah membuat pesanan, dia mengambil tempat yang sedikit tersorok dari pandangan orang.
Dia mengeluarkan novel yang di bawa bersama dan mula membaca dengan tenang. Namun ketenangan itu tidak lama selepas seseorang muncul dan duduk di seat hadapannya dengan selamba.
Tania mendongakkan kepala memandang gerangan itu. Dia mempamerkan riak dingin dan hanya diam menanti kata dari lelaki yang tiba tiba saja duduk di hadapannya kini.
Lelaki itu hanya diam kemudian perlahan lahan mengukirkan senyuman manis. Tania hanya memerhati tanpa membalas senyum manis itu kembali.
"Excuse me ?" mendatar saja nada Tania menegur jejaka itu.
"Hye" sapa lelaki itu sambil tersenyum manis.
"What your want ?"
"Just wanna talk to you" jawab lelaki itu bersahaja.
"I don't talk to stranger"
" It's Okay, Let's get to know each other then,I'm Fellex " kata lelaki bernama Fellex. Dia menghulurkan tangan ke arah Tania sambil tersenyum manis.
Tania hanya memandang kosong tangan Jejaka itu.
"I don't think I want to know you now say what you want then get lost " Kata Tania senafas.
Fellex terdiam. Senyuman nya mati. Tak sangka gadis ini begitu dingin.
"Okay, I just want to ask you something" kata Fellex mengalah. Dan nada nya bertukar serius
" What's it ? " Soal Tania juga serius.
" How--- "
Kata kata Fellex terhenti bila seorang pelayan datang dan meletakkan pesanan Tania di atas meja. Tania menurunkan novel nya memberi ruang.
Pelayan itu kemudian berura untuk pergi tetapi dia kembali memandang ke arah Tania dan seat di hadapan gadis itu.. Dia berfikir sama ada perlu tanya atau pun tidak. Akhir nya dia mengambil keputusan tuk bertanya sahaja.
"Err maaf menganggu miss but..miss cakap dengan siapa ye ?" soal waiter itu berhati hati. Dia perasan gadis ini bercakap dengan seseorang dari tadi..'kalau nak cakap gadis ni on the phone,tak juga sebab dia bercakap sambil pandang ke hadapan seolah olah ada seseorang yang duduk di hadapan dia ni'. Bisik hati nya.
Tania mengangkat kening.
"I'm talk to him..why? " Tania menuding jari ke hadapan.
"But..err no one was there " jawap waiter tu teragak agak. dah agak dah memang minah saleh ni cakap sorang-sorang.
Tania terdiam.
Dia memandang ke arah lelaki itu. Fellex perlahan lahan mengukir senyuman. Tania mula faham dengan situasi sekarang ni. Dia mengeluh
"Sorry..I means..I'm on the phone" cover Tania sambil menyentuh telinga nya tanda dia memakai earphone.
Waiter itu hanya mampu mengangguk saja sebelum berlalu pergi.
Tania merenung lelaki di hadapan nya kini. Hantu rupanya, macam mana lah aku nak perasan kalau hantu nya sebegini rupa. Wajah langsung takde cacat celah dan tak nampak lesuh langsung. Seolah dia hidup seperti manusia biasa.
Fellex tertawa kecil mendengar bisik hati Tania. Well dia boleh dengar dan baca fikiran seseorang.
"I'm not ghost little girl" balas Fellex. Senyuman tidak lekang dari bibir nya. Perwatakan dingin gadis tadi terus hilang dari fikiran.
Dan betul apa yang di sampai kan oleh Bryan. Gadis ini boleh melihat mereka.
Tania hanya diam..dia malas nak balas kata lelaki itu di sini. Takut nanti orang cop dia gila pulak bila bercakap sorang-sorang. Dia berdiri dan terus berjalan keluar dari cafe itu.
To be continue..
__________________________
Jangan lupa vote and comment guys
![](https://img.wattpad.com/cover/277228125-288-k89473.jpg)
YOU ARE READING
The Immortal Spirit
Misterio / Suspenso[ Mystery + Fantasy ] Tania.. Seorang gadis cantik yang kasar dan dingin. Mempunyai mata berwarna Emas yang indah Tetapi... Mata itu juga mempunyai rahsia tersendiri Mata yang boleh melihat makhluk selain manusia. Luke.. Jejaka dari dunia magic yan...