" TANIAAA...WOIIIII "Jerit Tyler dari dalam bilik sambil mengetuk getuk pintu dengan kuat.
" byee " kata Tania sinis dan terus menuju ke arah lift..di sebabkan bilik nya di aras tiga. Jadi takde siapa pun yang akan dengar lelaki tu menjerit kecuali orang tu naik ke aras tiga. Dia mengeleng kepala dengan bengap adik nya itu..siapa suruh jadi pembaris sangat.
**************
Dinner
Tania bergerak ke arah ruang makan, Daddy dan Mummy nya sudah sedia menunggu di meja panjang ruang itu. Tania mengambil tempat sebelah Daddynya yang berhadapan dengan Mummy nya.
"Adik kamu mana Nia?" soal Daddy nya.
"kat atas kut" balas tania ringkas.
"kenapa tak ajak dia turun sekali" kata Mummy pula.
"Lah nanti dia turun lah tu Mummy"
"hurm Takpelah..kita tunggu dia turun lah dulu"
Tania terdiam sesaat. ' kalau centu..sampai ke sudah tak makan makan ni nanti..haihhh '
Tania berdiri,
"Kamu nak kemana pula?"
"Nia panggil budak tu jap"
****
Tania perlahan lahan membuka pintu bilik nya. Dia lihat Tyler sedang duduk di tepi katil sambil memeluk lutut dan menyembamkan muka di situ. Buka kasihan..malah Tania ketawa kecil sebelum bergerak mendekati adik nya itu.
"Wey bangun " kejut Tania sebelum...
Aaarrgghhhh
" Pergi..pergii..jangan kacau akuu..pergi !!" jerit Tyler seperti orang gila..tangan nya tergapai gapai di udara tanpa mendongakkan kepala nya.
Tania memandang Tyler pelik..'parah betul budak ni'
" Wey ni aku lah... Bangunn "
Tyler mendongakkan kepala nya ke atas dengan muka takut sebelum bertukar muka merah padam. Hilang terus takut nya itu memandang muka Tania.. Betapa lemah nya jantung nya tadi, bila dia rasa seperti ada seseorang dalam bilik kakaknya itu.
" Kau !! " jerit Tyler sebelum melepaskan penumbuk ke muka Tania..tapi tania lebih pantas mengenggam tangan itu. Tidak berputus asa. Tyler melayangkan lagi penyepak ke arah tania tapi sempat di tepis oleh nya dan memutar tangan adiknya yang di genggam itu ke belakang.
"arrghhh tangan aku..sakit lah wey lepass !!"jerit Tyler kesakitan..memang cari nahas lah dia nak lawan Tania.
"Berlagak lagi" Tangan Tyler di lepaskan.
" Kau lah.. Yang kau tipu aku konon nak halau bende tu apa ? Kalau aku mati kena cekik hantu dalam ni macam mana ?"
"Kau tengok muka aku..ada aku kesah" ucap Tania selambah dan berlalu pergi ke tingkat bawah.
Tyler menahan sabar ' menyesal betul dapat kakak annoying macam ni ' bisik nya perlahan dan terus membuntuti kakak nya itu dari belakang.
Sebelum memasuki lift. Di menoleh kembali ke bilik Tania.
Selepas dia mengetuk getuk pintu bilik itu dengan kuat tadi. Tiba tiba ada seseorang yang mengetuk pintu itu dari luar. Dia ingatkan itu adalah kakak nya. Tapi orang itu kembali mengetuk pintu 3 kali dengan rentak perlahan dan bunyi yang cukup kuat. Itu yang menyebabkan dia duduk di tepi katil sambil menyembamkan kepala nya di lutut. Peristiwa 7 tahun lalu kembali menerjah masuk ke kotak fikiran.
*****
" Lah kenapa tak turun tahun depan je anak anak Mummy " perli Mummy nya sambil tersenyum manis.
Tyler hanya tersengih menayangkan barisan gigi nya yang tersusun cantik. Tania pula hanya tersenyum nipis.
" Sorry Mum"balas Tyler dan duduk di sebelah Tania.
Masing masing mula diam dan menjamah makanan sendiri sebelum Daddy nya memulakan perbualan.
"Kamu bila nak balik ke England Nia?" Soal Daddy nya memandang mata emas anak nya itu.
Kadang kala dia ada rasa pelik juga kerana mata Tania tidak mewarisi mata mereka. Mereka bertiga mempunyai mata berwarna hazel..Manakala Tania pula berwarna emas. Setahu dia..tidak ada pula keluarga nya mahupun keluarga isterinya yang mempunyai mata berwarna keemasan. Tapi dia biarkan saja rasa itu berlalu. Tania memang anak dia..dia sendiri yang sambut kelahiran anak pertama mereka itu. Dan apa salah nya kalau mata anak nya itu berwarna emas..warna itu sangat cantik dan sesuai dengan nya.
" Memandangkan Daddy dah pulih..mungkin esok Nia akan balik sana " balas Tania.
" Elok lah kalau macam tu..cepat habiskan study kamu kat sana then pindah sini terus tau " sampuk Mummy nya.
" Yes Mum.. Nanti Nia nak kerja dengan Mummy boleh ?" sebelum tunggu panggilan dari mana-mana hospital, baik dia kerja dengan Mummy dulu.
" Boleh sangat..Mummy memang nak Nia ganti tempat Mummy pun " balas Mummy nya ceria.
Tania hanya mengangguk kan kepala, walaupun pun dia ingin menjadi seorang doktor.
*********
Kuala Lumpur International Airport
Tania bergerak masuk ke dalam private jet Daddy nya di iringi oleh seorang bodyguard. Dia terus saja masuk ke dalam bilik dan merebah kan tubuh.. Dia memejamkan mata dan terlelap.
Bilik Tania
(saya bg gambar tuk membantu imaginasi anda)London Heathrow International Airport
Tania keluar bersama dua orang bodyguard di sisi. Kali ini dia tidak jadi perhatian ramai kerana dia mengenakan lens hitam di mata. Dia tersenyum suka. Nampak nya lepas ni dia akan terus memakai lens bila keluar. Takdelah dia jadi perhatian saja." Hyee..we meet again " sapa seseorang dari tepi.
Dia menyamai jalan nya bersama Tania.
Tania menoleh ke tepi sebelum dahi nya berkerut sedikit.
" Luke ? "
To be continue...
YOU ARE READING
The Immortal Spirit
Mystery / Thriller[ Mystery + Fantasy ] Tania.. Seorang gadis cantik yang kasar dan dingin. Mempunyai mata berwarna Emas yang indah Tetapi... Mata itu juga mempunyai rahsia tersendiri Mata yang boleh melihat makhluk selain manusia. Luke.. Jejaka dari dunia magic yan...