Kuala Lumpur International AirportLuke memerhati sekeliling, semua orang di situ sibuk menarik dan mendorong bagasi masing-masing. Dia melangkah keluar dari bangunan KLIA, keadaan di luar lebih sibuk dan sesak berbanding di dalam bangunan tadi.Tanpa membuang masa, Luke memejam kan mata nya dan mula menjejak lokasi Tania, Aura nya mula keluar sedikit demi sedikit, kerana menjejaki seseorang memerlukan tenaga yang banyak.
" I see " bisik nya perlahan dan terus lesap.
***
Hans tersentak, dia mengangkat wajah nya dari buku yang ia baca, Dia merasa Aura seseorang tapi hanya sekilas sahaja.
Tiba tiba pintu bilik nya di terjah oleh seseorang.
"Kau rasa tak apa yang aku rasa?"terjah Fellex, muka nya nampak terkejut. Dia yakin Hans juga rasa aura yang sama, Aura itu tidak asing bagi mereka malah sangat dekat. Seperti aura seseorang yang mereka tunggu.
Hans mengangguk.
"Maknanya dia ada kat sini lah kan, kita kena cari dia"
"Biar aku uruskan, kau duk diam" Arah Hans sebelum kembali membaca buku nya. Fellex merengus menyampah. Dia melangkah keluar dari bilik Hans,
***
Puan Diya datang ke ruang tamu bersama dulang di tangan, dia perlahan lahan meletakkan air manis itu di hadapan Tuan Nathan dan juga kedua anak nya, mereka duduk santai dan berbual kosong di ruang keluarga.
"Thankyou Mum" ucap Tyler sebelum mengangkat cawan itu lalu di bawa ke mulut dan di minum perlahan.Tania melakukan hal yang sama sebelum bahu nya di tepuk sedikit kuat.
prrttttt
Tak semenanya air manis itu tersembur keluar. Puan Diya, Tuan Nathan dan Tyler serentak memandang Tania. Manakala Tania memandang ke tepi melihat gerangan yang sesuka hati menepuk bahu nya.
Luke mengangkat bahu.
Tania merenung lelaki itu tajam 'Kau buat apa kat sini? Bisik hati nya, dia tahu Luke boleh dengar.
"Cari kau"balas Luke sepatah.
"Woii kau dah kenapa?" Tyler menegur, pelik melihat gelagat Tania, dengan wajah yang nampak marah, tiba-tiba je.
"Takde apa lah" Tania mengelap tepi bibirnya.
"Ni sampai tersembur air bagai, kena sampuk hantu ke apa" sambung Tyler bersahaja.Tiba-tiba mata nya berbulat. Dia memandang Tania,keningnya diangkat ke atas dengan maksud 'ada hantu ke?'
Tania mengangguk, air muka Tyler dapat dibacanya, Dengan laju jejaka itu bangun dan duduk di tepi Mummy nya.
"Kenapa ni"Puan Diya menyoal, gelas diletak ke atas meja, tumpuan nya berahli sepenuhnya pada Tyler, pelik dengan tingkah laku anak teruna nya itu.
"Takde apa..saje duduk sebelah mummy, tak boleh ke?" Tyler muncungkan bibirnya, tangan naik memeluk tubuh, merajuk konon.
"Boleh, apa pulak tak boleh, tapi pelik lah, tiba-tiba aje, ke..nak sesuatu ni hm? Tyler nak apa?" Puan Diya mengusap perlahan bahu Tyler. Tania pula ingin muntah melihat aksi manja lelaki itu. Dasar penakut.
YOU ARE READING
The Immortal Spirit
Mystery / Thriller[ Mystery + Fantasy ] Tania.. Seorang gadis cantik yang kasar dan dingin. Mempunyai mata berwarna Emas yang indah Tetapi... Mata itu juga mempunyai rahsia tersendiri Mata yang boleh melihat makhluk selain manusia. Luke.. Jejaka dari dunia magic yan...