Bab 5 | Mamat Annoying

1.4K 56 3
                                    

     AKU duduk berehat di pangkin yang terletak di hadapan rumah. Dia melepaskan lelah setelah selesai bersenam. Cuaca di pangkin itu sedikit redup kerana terdapat pokok besar di situ.

    Aku menikmati udara segar di waktu pagi. Arh! Tenangnya.... Hilang serabut! Angin yang bertiup lembut membuatkan aku rasa nak tidur di pangkin ini.

     Fiya pula? Tak usah di tanya! Masih terbongkang tidur di rumah. Mentang-mentang tengah 'cuti'.

     Seronok juga sebenarnya sekali sekala ambil cuti ni. Iya lah. Diri sendiri pun perlukan rehat juga. Nasib baik ada Adam dan Zamrul yang boleh menjaga studio. Setelah hampir setengah jam aku berehat di luar, aku mula melangkah masuk ke dalam rumah. Nak mandi! Berpeluh habis satu badan.

    Belum sempat aku ingin memulas tombol pintu bilik, Maktok menyapa dari pintu dapur.

    "Ya Maktok?"

    "Sha boleh tolong Maktok dak?" soalnya.

    Terangkat kening aku. "Tolong apa Maktok?"

    "Sat lagi tolong Maktok pi kedai runcit Pak Samad tu. Tolong pi beli barang dapur.  Maktok ingat nak masak nasi ayam untuk makan tengah hari ni. Boleh?" pintanya.

    Wahh! Nasi ayam! 

    Aku angguk. "Boleh Maktok. Lepas Sha dah mandi nanti Sha pergi beli."

    Maktok mengangguk lalu kelibatnya hilang disebalik langsir yang disangkut di pintu dapur.

     Aku pula terus masuk ke dalam bilik. Nak siap-siap pergi beli barang dapur.












     KAKIKU jejak ke dalam kedai runcit tersebut. Langkah ku laju menuju ke rak-rak yang tinggi itu. Aku mencapai barang yang dipesan oleh Maktok.

     Aku hanya berjalan kaki ke kedai runcit Pak Samad. Jarak antara rumah Maktok dan kedai runcit Pak Samad tidak lah terlalu jauh. Hanya mengambil masa selama 10 minit apabila berjalan kaki. Sambil-sambil tu, boleh bersiar-siar di kawasan kampung ini.

    Senarai barang pesanan Maktok aku teliti. Yang mana aku sudah ambil, aku tandakan tick.

   Aha!

   Gula dan garam.

     Terkocoh-kocoh aku berjalan mencari garam dan gula. Tanpa sedar, aku terlanggar bahu seseorang.

    "Aduh!"

    "Eh! Maafkan saya." kataku serba salah. Halah Qai, yang kau gelabah sangat nak cari gula dengan garam tu kenapa?

     Pemuda itu tidak menjawab. Dia memandang gerangan yang melanggarnya. Terkedu dia seketika.

    Erk? Aku jadi kejung seketika melihat orang yang aku langgar tadi. Oh oh... Petanda tidak baik. Apa yang dia buat dekat sini?

    "Qaisara?" soalnya ingin kepastian.

     Aku tidak menjawab sebaliknya langkah kakiku laju meninggalkan lelaki itu. Lari Qai!

     Qash mengejar langkah gadis itu. Apa pasal laju sangat dia jalan ni?

    "Qaisara!" panggil Qash.

    Aku buat tak dengar dengan panggilan Qash. Mataku meliar mencari gula dan garam. Wahai gula dan garam oi! Dimanakah kau menyorok?

    Tiba-tiba ada tangan memegang lenganku membuatkan pergerakan kaki aku terhenti.

    "Woi, asal kau lari?" soal Qash dengan mengah.

    "Mana ada lari. Kau tak nampak ke aku tengah jalan ni?" jawabku tanpa memandangnya.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now