Ni baju yang Qash pakai ⇧
*****
"ASSALAMUALAIKUM!"
Spontan kami bertiga tertoleh ke arah pintu utama.
"Siapa pulak tu?" soal Fiya.
"Mak ngah dengan Pak ngah kamu lah tu." tebak Maktok.
Maktok berjalan menuju ke pintu utama. Aku dan Fiya juga menyibuk mengikut langkah Maktok. Nak tahu jugak, betul ke tu Pak ngah dan Mak ngah?
"Waalaikumussalam..." jawab Maktok di muka pintu.
Aku mengintai di celah-celah Maktok. Kemudian mata aku terbeliak. Okay ni bukan Pak ngah dengan Mak ngah.
Tapi orang lain. Terdapat dua orang wanita dan dua orang lelaki. Tapi aku rasa macam familiar sangat dengan diorang ni. Siapa eh?
Maktok bersalaman dengan seorang wanita berumur. Mereka saling berbalas senyuman. Kemudian muncul seorang wanita muda dari belakang. Dia juga turut bersalaman dengan Maktok.
Oh tidak! Aku kenal perempuan ni. Dia Kak Sal!
"Saya Maya, ibu kepada Qash." wanita tua itu memperkenalkan diri.
"Oh! Ini lah orang tua Qash ya? Masya-allah, berjumpa jugak kita." sambut Maktok dengan gembira.
"Ya saya. Ni anak perempuan saya, Salsabila. Ini suami saya, Adwa. Dan itu, Farizam, menantu saya." terang auntie Maya.
"Oh... Eh, Qash mana? Tak datang?" soal Maktok.
"Assalamualaikum Maktok." sapa satu suara garau.
Mata aku pantas mencari tuan empunya suara. Kemudian mata aku terkaku pada satu susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapan Maktok sambil mendukung seorang kanak-kanak perempuan.
"Laaa Qash! Lamanya Maktok tak jumpa dengan kamu..."
Qash tunduk bersalaman dengan Maktok. Senyuman manis dihadiahkan buat Maktok.
"Qash minta maaf sebab dah lama tak datang jenguk Maktok. Maktok sihat?" soal Qash mesra.
Maktok tersenyum lebar.
"Alhamdulillah... Maktok sihat. Eh, mai lah masuk. Apa duduk dekat luar ni. Mai masuk dalam." ajak Maktok dengan senyuman tak lekang dari bibir.
Aku dah Fiya saling berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya, ni rombongan Cik Kiah ke apa?
KINI ruang tamu di rumah Maktok gamat dengan suara keluarga Qash, Maktok dan Pak ngah dan Mak ngah. Suasana pada raya pertama kali ni sangat meriah.
Aku di dapur sedang sibuk membancuh air oren. Manakala Fiya pula sibuk menyediakan hidangan seperti ketupat palas, nasi impit, rendang daging, rendang ayam dan kuah kacang.
Selepas selesai aku membancuh air oren, aku membantu Fiya pula.
"Beb! Kau tak rasa pelik ke?" soal Fiya tiba-tiba.
Aku mengerling sekilas ke arah Fiya.
"Pelik apa?"
"Pelik lah. Dah kenapa Qash bawak family dia jumpa Maktok?"
Aku mengeluh kecil.
"Fiya, dah nama pun raya. Tak ada yang peliknya. Biar lah dia nak bawak satu kampung ke apa ke..."
YOU ARE READING
Mr Annoying Vs Miss Beku
Romantik[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan orang sekeliling, atau dalam erti kata lain tidak 'friendly'. Seorang photographer dan mempunyai studio sendiri. QASH ANAQI - Seorang je...