Bab 41 | Rahsia

938 39 2
                                    

   AKU membilas muka dengan air. Mulut aku di kumur beberapa kali. Terasa berat kepala aku kini. Tambahan pula aku tiba-tiba sahaja muntah hari ini. Terasa lemah seluruh tubuh aku.

   Tak tahu lah kenapa tiba-tiba rasa tak sedap badan. Siap muntah-muntah lagi. Keracunan makanan ke? Setahu aku, aku tak ada lah melantak benda pelik-pelik semalam. Pagi ni pula aku belum sempat menjamah apa-apa lagi. Sekarang pula dah nak masuk waktu tengah hari.

   Mungkin sebab perut aku kosong? Hmm, boleh jadi. Aku ni bila perut kosong, mula lah rasa nak muntah.

   Aku membasahkan muka buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari tandas di studio.

   "Qai? Kau okay tak ni?" tegur Adam yang baru melangkah masuk ke dalam studio.

   Aku mengangguk perlahan.

   "Kau dari mana ni?" soalku.

   "Aku baru balik dari photoshoot." jawabnya.

   Aku mengangguk faham. Kaki aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bahagian belakang studio.

   "Kau okay tak ni Qai? Pucat semacam je muka kau ni. Tak sihat ke?" soal Adam bimbang.

   "Aku tak sedap badan sikit. Tapi tak apa, aku okay." balasku dengan senyuman kecil.

   Adam tayang riak tidak percaya.

   "Are you sure? Kalau tak sihat, aku nak bawak kau pergi klinik." ujar Adam.

   Pantas aku menggeleng laju.

   "Tak payah lah sampai pergi klinik. Aku okay Dam. Jangan risau."

   "Hmm, yelah. Apa-apa hal kau bagitahu aku. Ni, dah makan ke belum?" soalnya.

   Aku menggeleng.

   "Lah, patutlah... Apasal kau tak makan lagi? Karang kalau kau pengsan, laki kau yang menggelabah biawak bawak kau pergi klinik." bebel Adam.

   Aku menggaru kepala aku yang ditutupi dengan tudung.

   "Kejap lagi aku keluar lah pergi makan. Hish, macam atok-atok lah kau ni. Membebel je kerja. Kalah Maktok aku." ejek aku.

   "Aku membebel sebab tak nak kau sakit, gila!" tempik Adam.

   Aku memutarkan bebola mata. Punggung aku labuhkan di kerusi. Kepala aku sandar di kerusi. Haih, pening betul kepala aku ni.

   "Dam, kau ada minyak tak?" soalku.

   "Minyak? Kau nak minyak apa? Minyak dagu? Minyak masak? Minyak hitam?" seloroh Adam.

   Tangan aku dah naik memicit kepala. Susah betul ada kawan mereng macam ni.

   "Kau ni kalau aku kata kau bebal, kau marah. Dah nampak aku tengah sakit macam ni, dah sah-sah lah aku mintak minyak angin!" bidas aku geram.

   "Oh! Cakap lah nak minyak angin. Aku ni bukan ahli nujum pak belalang. Boleh baca apa yang ada dalam kepala otak kau tu." sindir Adam.

   Aku pamerkan wajah tiada perasaan. Malas nak balas, nanti makin menjadi-jadi perang mulut.

   "Hmm, ada tak?"

   Adam mengangguk mengiakan.

   "Ada. Kejap aku pergi ambil." ujarnya lantas berlalu ke meja kerjanya.

   Buat seketika, dia kembali bersama sebotol kecil minyak angin di tangan.

   "Nah! Nasib baik aku selalu bawak minyak angin ni pergi merata." bicaranya.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now