HARI ini seperti biasa, setiap kali selepas solat subuh, aku akan keluar pada pukul tujuh pagi untuk bersenam.
Memang sejak dulu lagi, setiap kali dia pulang ke kampung, aku akan bersenam setiap pagi. Orang kata, ambil peluang hirup udara segar di kampung ini.
Di Kuala Lumpur pun aku kerap bersenam. Tetapi bila tiba waktu cuti sahaja lah.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah setelah puas bersenam. Tak larat dah. Lutut ni rasa macam nak tercabut je rasa.
Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di perkarangan rumah Maktok, aku berasa hairan.
Kereta siapa pulak ni? Pagi-pagi dah datang.
Otak aku cuba memproses. Aku seperti pernah nampak kereta ini. Tapi otaknya lambat proses.
Ting!
Tiba-tiba muncul wajah seseorang yang aku anti. Ohh jangan cakap dia datang hari ni. Memang pembawa masalah!
Masalah aku kian bertambah apabila ternampak kereta kepunyaan Pak Ngah dan Mak Ngah.
Aku dah memicit dahi. Ni nanti ada lah ni drama waktu pagi macam ni. Tengok sudah lah.
Kaki aku perlahan-lahan melangkah. Apabila hampir di hadapan pintu rumah, aku sudah dengar gelak tawa dari orang dalam.
Okay Qai, kau buat macam biasa je okay? Relax. .
"Assalamualaikum." aku beri salam.
Orang di dalam rumah menjawab salamku. Aku melangkah masuk, ketika itu semua berada di ruang tamu.
Aku berjalan menuju ke arah Pak Ngah dan Mak Ngah untuk bersalam.
Apabila aku menghulurkan tangan untuk salam, huluran aku tidak disambut. Dua orang tua di situ buat tak tahu seperti aku tidak wujud.
Maktok dan Fiya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati juga terkedu. Qash pula menayangkan riak hairan, hairan dengan layanan dua orang pasangan suami isteri itu terhadap Qaisara. Namun dia hanya mendiamkan diri.
Aku yang sedar huluran aku tidak disambut perlahan-lahan menarik tangan aku semula. Tak apa Qai, macam kau tak biasa hadap benda macam ni.
Aku duduk di sebelah Maktok.
Maktok merenung Qaisara di sebelah. Dia tahu cucunya terasa hati. Tangannya naik membuka cap yang aku pakai, rambut aku yang diikat satu yang tadinya tersorok di sebalik cap terlerai akhirnya. Anak rambut aku basah dek kerana berpeluh. Tangan Maktok dengan lembut mengesat peluh yang meleleh di dahi dan muka aku.
Aku yang sedikit terkejut dengan tindakan Maktok itu terasa sebak seketika. Kasih sayang Maktok terhadap aku tidak pernah berkurangan. Terasa amat dihargai.
"Terima kasih Maktok." ucapku seraya senyum sedikit. Aku melentok kan kepala di bahu Maktok.
Aku tiada tempat untuk bermanja melainkan dengan Maktok. Orang tua aku sudah lama tiada. Hanya pada Maktok aku menumpang kasih.
Qash yang melihat adegan tersebut jadi tersentuh hati. Sejuk hatinya melihat keakraban antara Maktok dan Qaisara. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Qaisara. Kejadian tadi nampak benar yang bapa dan ibu saudara Qaisara tidak suka pada gadis itu. Tiba-tiba timbul rasa ingin tahu.
"Qash kerja apa sekarang?" soal Saleha iaitu mak ngah.
"Saya ada restoran sendiri. Berniaga biasa je." jawab Qash sopan.
YOU ARE READING
Mr Annoying Vs Miss Beku
Romansa[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan orang sekeliling, atau dalam erti kata lain tidak 'friendly'. Seorang photographer dan mempunyai studio sendiri. QASH ANAQI - Seorang je...