"EH! Sayang! Apa angkat bakul ni? Ish, berat lah. Bagi saya angkat."
Untuk kali ke berapa entah, aku mengeluh penat. Bukan penat kerana buat kerja, tapi penat mendengar Qash membebel. Semua benda yang aku nak buat, dia tak bagi. Habis tu? Aku nak buat apa dekat rumah ni?
"Ish! Mana ada berat. Baju dalam bakul ni sikit je lah. Takpa saya boleh angkat," balasku. Masih tak mahu berikan bakul berisi kain baju itu kepada Qash.
"Eee, awak jangan degil boleh tak? Doktor dah pesan kan jangan buat kerja berat?" Qash menyoal tidak puas hati. Dia mula bercekak pinggang.
"Iya, memang doktor pesan jangan buat kerja berat. Tapi bakul ni tak berat. Dah, tepi sikit!" halauku.
Aku mula ingin menapak ke belakang rumah bersama sebakul kain yang sudah dibasuh. Dan tak semena-mena, Qash merampas bakul itu dari tangan aku.
"Orang dah kata jangan tu jangan lah. Degil sangat kenapa entah."
Qash terus laju menapak ke belakang rumah meninggalkan aku yang terpinga-pinga di situ. Tak lama selepas itu, aku mempamerkan raut wajah cemberut. Kaki aku laju membuntuti langkah Qash.
"Qash, bagi lah saya buat... Saya dah tak tahu nak buat apa dekat rumah ni," rayu aku mencuba nasib.
Qash menggeleng laju.
"Awak duduk diam-diam. Biar saya yang jemur kain."
Bertambah mencuka muka aku. Eee, jemur kain pun dikira kerja berat ke? Ya Allah, sabarkan lah aku.
"Jemur kain je pun... Bukan kerja berat. Bagi lah saya buat Qash..."
"Cannot."
"Please..."
"When i said cannot, that's mean NO WAY."
"Jemur kain je..."
"Tetap tak boleh."
Terus muncung sedepa bibir aku. Kejam! Tanpa kata, aku terus masuk ke dalam rumah membiarkan Qash menjemur kain.
Punggung aku dihenyakkan di atas sofa. Televisyen aku hidupkan. Tangan aku secara rambang menekan punat pada remote control itu. Suara televisyen aku kuatkan. Nak tunjuk protes!
Selang beberapa minit, Qash muncul di ruang tamu. Perlahan-lahan dia menapak ke arah aku dan Qash melabuhkan punggungnya di sisi aku. Aku pula hanya buat-buat tak nampak dengan kewujudannya. Tiba-tiba aku terdengar dia mengeluh kecil.
"Qaisara..."
Buat-buat tak dengar Qai.
"Qaisara sayang..." serunya lagi.
Mata aku kekal menatap kaca TV. Masih tak mahu menjawab panggilannya.
Tangan Qash tiba-tiba mencapai remote TV itu lalu dimatikan. Gelap terus kaca TV itu. Kemudian tangannya mula mencapai tangan aku yang berada di atas paha. Lalu digenggamnya.
"Sayang, look at me."
Jeda. Kalau dah namanya Qaisara Alysha, memang perangai keras kepala tak ke mana. Dan sekali lagi aku dengar Qash mengeluh kecil.
"Saya bukan tak nak bagi awak buat kerja dekat rumah ni. Tapi saya tak nak apa-apa jadi pada awak dan anak kita. Lagipun kan doktor dah pesan yang awak tak boleh buat kerja-kerja berat," pujuknya.
"Jemur kain tu bukan kerja berat," aku mencelah.
"Habis tu yang awak angkat bakul tu tadi?"
YOU ARE READING
Mr Annoying Vs Miss Beku
Romance[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan orang sekeliling, atau dalam erti kata lain tidak 'friendly'. Seorang photographer dan mempunyai studio sendiri. QASH ANAQI - Seorang je...