HARI kedua aku di hospital, aku dikejutkan dengan kehadiran Maktok. Serius aku rasa seperti hendak menangis bila terlihat wajah insan yang paling bermakna dalam hidup aku.
Dan biasanya kalau orang sakit, akan dapat layanan istimewa daripada orang tua, kan? Tapi tidak bagi situasi aku.
Awal-awal lagi apabila Maktok melangkah masuk ke dalam wad aku, terus keluar leteran dia.
"Berapa kali dah Maktok pesan, makan tu ikut masa! Ni suka hati hang ja nak makan, tak mahu makan. Ni dah kena gastrik macam ni, dah tak pasai-pasai terlantar sakit dekat sini. Hah! Tu dahi tu. Elok Maktok jaga hang, tak ada sikit pun parut dekat kulit hang. Ni dah berparut dah muka cucu aku ni. Susah betul ada cucu keras kepala macam hang ni Sha!"
Aku di situ dah habis pasrah mendengar leteran Maktok. Tadah sahaja lah telinga. Siapa suruh aku tak dengar cakap?
Kepala aku hanya menekur lantai. Dengar sahaja Maktok memarahi aku.
Si Fiya pula aku perasan sejak tadi lagi bahunya terhinjut-hinjut sedang menahan ketawa.
Kurang asam betul minah tu! Bukan nak tolong aku! Lagi diketawakan adalah!
Oh! Malam semalam, Qash tidak datang menjenguk aku. Barangkali sedang sibuk. Iyalah, dia masih ada restoran yang perlu diuruskan. Aku faham.
"Hang dengaq ka tidak apa yang Maktok cakap ni? Ka masuk telinga kiri keluar telinga kanan?" sindir Maktok.
Aku mengeluh kecil lalu mengangguk.
"Iya Maktok, Sha dengar.... Sha minta maaf sebab dah susahkan Maktok."
"Sedar pun diri tu! Dah tahu menyusahkan, lagi buat perangai! Hang tu daripada dulu sampai sekarang tak pernah nak menyenangkan orang. Dasar budak menyusahkan!"
Pedih telinga aku mendengar cemuhan dari ibu saudara aku.
Ya, ibu dan bapa saudara aku turut datang ke sini. Disebabkan Maktok memaksa mereka membawa Maktok untuk datang menjenguk aku, mereka terpaksa turutkan sahaja.
Wawa aku lihat sudah tersenyum sinis. Pandangan mata yang penuh dengan benci dihadiahkan kepadaku.
"Leha! Jaga sikit mulut kamu tu!" suara Maktok memetir di segenap ruang bilik pesakit itu.
Pantang betul dia apabila orang berkata demikian kepada cucu kesayangannya.
"Apa? Tak betul ka apa yang Leha cakap? Budak ni memang suka menyusahkan orang! Yang mak ni, daripada dulu asyik nak bela dia ja. Tak pernah pun nak sebelah saya! Dia siapa? Leha ni siapa? Leha ni anak mak!"
"Dan Alysha ni cucu mak! Dia tetap darah daging mak! Anak saudara kamu! Kamu ni kenapa Leha? Dengan anak saudara sendiri pun nak berdendam? Kamu tu dah besar panjang! Masih tak boleh fikir baik dan buruk ka?" marah Maktok.
"Dia bukan anak saudara Leha mak! Sampai bila-bila pun saya takkan mengaku dia darah daging saya!" balas Saleha. Langsung tiada rasa hormatnya pada ibu.
"Betul apa yang Leha cakapkan tu mak. Lagipun mak terlampau bagi muka pada si Sha ni. Itu yang sampai naik tanduk. Mak dengan abah tak pernah berlaku adil dengan kami. Semua yang baik, semua di cucu dan menantu kesayangan mak tu." sokong Kamal, suami kepada Saleha.
Maktok sudah menayangkan raut wajah bengis. Panas telinganya mendengar kata-kata anak dan menantunya.
Tidak berlaku adil? Bagaimana lagi cara untuk dia berlaku adil. Apa yang anak dan menantu sulungnya dapat, mereka juga dapat. Tak pernah terlintas di fikiran untuk memilih kasih. Semua dilayan sama rata.
YOU ARE READING
Mr Annoying Vs Miss Beku
Romance[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan orang sekeliling, atau dalam erti kata lain tidak 'friendly'. Seorang photographer dan mempunyai studio sendiri. QASH ANAQI - Seorang je...