Bab 38 | Japanese Village

969 41 1
                                    

   AKU masih tak berhenti ketawa. Bukan aku tak cuba nak tahan ketawa, tapi aku tak boleh!

   Kelakar rasa bila Qash menjerit tadi. Aku yang pada mulanya nak menikmati panorama alam sekitar ni tak jadi bila asyik gelakkan Qash. Muka tu pucat tak berdarah!

   Qash yang berjalan di sebelah menayangkan muka masam mencuka.

   "Tak habis lagi nak ketawa?" soal Qash tidak puas hati.

   Aku ketawa lalu menggeleng.

   Qash berpeluk tubuh. Dia merenung aku tajam.

   "Sudah lah tu!" katanya.

   Aku? Nak berhenti? Lagi kuat aku ketawa ada lah!

   "Haa... Itu lah... Lain kali kalau gayat tu, jujur. Ni acah berani." bidasku dengan sisa tawa di bibir.

   Qash mengetap bibir tidak puas hati. Aku dapat lihat telinganya mula kemerah-merahan. Tahu lah aku yang dia tengah malu!

   "Iya lah! Saya mengaku yang saya ni gayat! Dah, puas hati?" katanya dengan wajah kelat.

   Aku tersenyum apabila melihat Qash merajuk. Comel jugak dia ni kalau merajuk!

   "Okay lah okay. Saya tak gelak dah. Berhenti lah merajuk. Saya tak pandai nak pujuk." kataku.

   Namun Qash masih tidak memberi sebarang riaksi. Serius sahaja mukanya.

   Aku pula diam memikirkan cara untuk memujuk Qash.

   "Hmm, lelaki kalau merajuk ni, buruk tau! Hilang terus macho dia." ujarku mencuba nasib.

   Namun masih sama. Wajah serius ditayangkan.

   Aku menggaru kepala yang ditutupi dengan tudung. Aduh, parah! Aku ni dah lah tak pandai pujuk.  Mata aku memandang sekeliling. Fikir Qai, fikir.

   Kemudian mata aku tertacap pada satu sudut. Aha! Kaki aku laju melangkah meninggalkan Qash. Kedai aiskrim dituju.

   Selesai membeli, aku mengejar langkah Qash yang sudah jauh. Hampeh betul! Bukannya nak tunggu aku.

   Tiba sahaja di sebelahnya, aku menghulurkan aiskrim itu dengan harapan dia terima.

   Qash memandang dengan sebelah mata.

   "Untuk apa?" soalnya.

   "Untuk pujuk awak. Ambil lah." jawabku. Tangan masih kekal menghulurkan aiskrim tersebut.

   Serentak itu Qash mengukir senyuman. Dia ketawa.

   "Haa... Tahu cuak. Gelakkan orang lagi." katanya. Dia mengambil aiskrim di tangan.

   Memang dia sengaja ingin menguji Qaisara.

   Aku pula menghembuskan nafas lega. Alhamdulillah. Tak bazir air liur aku nak kena pujuk.

   "Yelah. Saya main-main je." balasku.

   Qash hanya senyum. Dia mula menjamah aiskrim tersebut.

   "Pandai jugak awak pujuk. Siap bagi aiskrim lagi. Kalau macam tu, saya nak merajuk lagi lah lepas ni. Mana tahu dapat benda lain pulak." ujarnya dengan sengihan penuh makna.

   Aku yang melihat pantas mencubit lengan sasanya.

   "Jangan nak mula mengarut eh!"

   Qash ketawa lucu.

   Dan tiba-tiba dia suakan aiskrim itu ke arah mulut aku.

   "Bukak mulut." arahnya.

   Aku tanpa bantah hanya bukak. Aiskrim itu aku jamah. Hmm, sedap!

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now