KEESOKAN harinya, kami akan berangkat pulang. Sebelum pulang, kami akan bersarapan terlebih dahulu di gerai berhampiran.
Aku sedang menyimpan barang keperluan aku ke dalam beg pakaian. Mata aku meliar memerhati segenap ruang bilik tersebut cuba memastikan barang aku tidak ketinggalan.
"Dah siap ke Qai?"
Fiya yang baru keluar dari tandas aku pandang. Dia sudah lengkap berpakaian.
"Dah."
Aku menggalas beg pakaian aku. Kemudian aku memandang Fiya yang sedang sibuk menyimpan pakaiannya ke dalam beg.
"Aku tunggu kau dekat luar." kataku seraya keluar dari bilik.
Langkah kaki aku mendekati gazebo yang berada di hadapan chalet aku. Beg pakaian aku letak di atas lantai berkayu itu. Aku kemudian melabuhkan punggung di situ.
Tangan aku naik membetulkan snow cap di kepala. Angin pada waktu pagi ketika ini agak sejuk. Dengan kawasan sekeliling yang dikelilingi pokok-pokok besar membuatkan udara pada pagi itu segar.
Jaket yang tersarung di tubuh aku, aku tanggalkan. Jaket itu diikatkan di kawasan pinggang. Hanya tinggal t-shirt berlengan pendek sahaja di tubuh aku. Sengaja ingin rasa angin pagi yang bertiup lembut.
Beberapa minit kemudian, kelihatan Qash baru keluar dari chalet yang dihuninya. Mata lelaki itu meliar ke kiri dan ke kanan. Setelah matanya menangkap figura yang sedang duduk bersantai di gazebo yang tidak jauh darinya, kakinya laju melangkah ke arah itu.
Aku memejamkan mata sambil bersandar pada kayu berukir di situ. Angin yang bertiup lembut membuatkan aku rasa seperti mahu tidur.
"Morning."
Terus tercelik mata aku apabila terdengar suara garau itu. Sebaik sahaja mata aku dibuka, Qash sudah duduk di hadapan aku sambil merenung aku.
Aik? Bila masa dia duduk sini? Kenapa aku tak sedar langsung?
Aku berdehem kecil. Kedudukan aku dibetulkan. Aku duduk bersila di hadapannya.
"Morning." balasku pendek.
"Awal bangun?" soal Qash.
Aku memerhati penampilan Qash. Lelaki itu hanya mengenakan hoodie berwarna pastel turquoise bersama seluar jeans hitam.
"Dah terbiasa." balasku perlahan.
"Bagus lah tu. Dah jadi isteri nanti tak ada lah suami pulak yang tolong kejutkan." katanya selamba.
Berkerut dahi aku memandang Qash. Dia ni merepek apa pagi-pagi ni?
"Kau merepek apa ni?"
"What? Betul lah kan? Takkan kau tak nak khawin kot?"
Terdiam aku mendengar soalan lelaki itu. Khawin? Hmm, tak pernah pulak terfikir sampai ke situ.
"Aku tak terfikir pun nak khawin." balasku ringkas.
Terangkat sebelah kening Qash.
"Takkan kau tak teringin langsung nak khawin? Ke....kau ni....'bengkok'?" tebak Qash.
"Kau ingat aku bodoh sangat ke?"
Qash memutarkan bebola matanya.
"Aku tanya je. Yang kau nak serius sangat tu kenapa?"
YOU ARE READING
Mr Annoying Vs Miss Beku
Romance[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan orang sekeliling, atau dalam erti kata lain tidak 'friendly'. Seorang photographer dan mempunyai studio sendiri. QASH ANAQI - Seorang je...