"ASTAGHFIRULLAHALAZIM, apa yang hangpa berdua buat ni?" tinggi intonasi suara milik Maktok memenuhi di segenap ruang bilik itu.
Aku di muka pintu masih tercengang. Kedua-dua wajah itu aku pandang dengan perasaan yang bercelaru. Qash di katil sedang duduk, wajahnya kelihatan merona merah. Tiada secalit senyuman langsung yang menghiasi bibirnya. Manakala Wawa yang sedang berdiri pula terkaku dengan wajahnya yang sudah pucat.
Maktok dengan wajahnya yang garang, dia melangkah masuk ke dalam kamar tidur aku. Pak ngah dengan mak ngah juga turut mengikuti langkah Maktok.
"Wawa, pasai apa ni? Dia buat apa dekat hang? Hah?" serbu pak ngah juga kelihatan marah.
Wawa di situ seperti takut-takut untuk bersuara. Lagi-lagi apabila terpandang wajah Maktok yang berubah ketara menjadi serius.
"Qash... Dia.. Dia cuba nak..." Wawa takut-takut ingin bersuara.
Mak ngah pula sepantas kilat mengalihkan pandangannya ke arah Qash.
"Eh, hang nak buat apa dekat anak aku, hah? Cakap!" sembur mak ngah bengis.
"Mak ngah tanya saya? Mak ngah tanya lah dengan anak kesayangan mak ngah ni! Apa yang dia buat dekat dalam bilik ni!" sembur Qash. Urat di dahinya timbul oleh kerana menahan amarah.
"Wawa! Apa kamu buat dekat sini? Mak kamu cakap kamu tak sihat. Ni, macam mana kamu boleh ada dekat sini?" soal Maktok garang.
"Wawa... Err... Wawa...,"
"Wawa, wawa apa? Hah? Tiba-tiba dah jadi gagap? Cerita lah dekat diorang apa yang kau buat tadi! Kau jangan nak cuba reka cerita eh! Yang kau suka-suka hati masuk dalam bilik aku ni, lepas tu pegang-pegang aku masa aku tengah tidur tu kenapa? Apa kau dah gatal sangat?" tempik Qash berang. Dia yang masih duduk di katil itu tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan keadaan kakinya masih belum sembuh.
"Eh Qash! Hang jangan sesuka hati nak tuduh anak aku yang bukan-bukan ya! Aku kenal anak aku! Entah-entah hang yang panggil dia datang sini. Lepas tu, nak buat benda yang bukan-bukan dekat anak aku. Jangan nak buat fitnah!" herdik mak ngah. Mukanya kelihatan bengis.
"Fitnah apanya mak ngah? Dah kenapa pulak saya nak kena panggil dia datang sini? Saya tak bodoh lagi lah mak ngah. Mak ngah pergi lah tanya sesiapa dekat luar tu. Mesti ada orang nampak dia masuk dalam rumah ni!" balas Qash cuba membela diri.
"Sudah!" tempik Maktok sekaligus menghentikan pertengkaran tersebut. Satu persatu wajah di dalam bilik itu ditenungnya. Kemudian pandangannya terhenti pada Wawa.
"Ni, Maktok nak tanya betul-betul dengan Wawa. Wawa buat apa dekat sini? Jangan nak cuba tipu Maktok." keras suara Maktok menyoal.
Wawa jeda seketika. Dia hanya menekur lantai sedari tadi.
"Wa... Wawa datang sini sebab... Nak jumpa dengan Maktok. Tapi... tak tahu pulak... Maktok dengan Sha takda dekat rumah." jawabnya perlahan.
Terbit ketawa sinis dari bibir Qash.
"Hebat permainan kau kan? Kau ingat semua orang bodoh macam kau ke? Kau bukan tak tahu Maktok takda dekat rumah, kan? Kau tahu! Mesti kau dah tahu daripada mak ngah! Jangan nak berdalih lah!"
"Qash! Bawa mengucap. Jangan terlalu ikutkan perasaan marah tu. Sabar..." sampuk Maktok cuba menenangkan cucunya. Qash mendengus kasar.
"Habis tu, awat hang ada dalam bilik ni?" tambah Maktok lagi. Dia memandang tepat ke arah Wawa.
"Err... Wawa.. Wawa nak.. cari Sha... seba..,"
Pang!
Semua di situ terkedu melihat tindakan yang tak disangka oleh aku. Dada aku berombak hebat. Nafas aku turun naik. Mata aku menikam tajam ke arah Wawa yang tercengang menerima tamparan hebat dari aku.
YOU ARE READING
Mr Annoying Vs Miss Beku
Roman d'amour[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan orang sekeliling, atau dalam erti kata lain tidak 'friendly'. Seorang photographer dan mempunyai studio sendiri. QASH ANAQI - Seorang je...