WAKTU malam, kami hanya melepak di gazebo yang terletak berhadapan dengan chalet kami. Dan chalet kami bersebelahan sahaja. Aku dan Fiya duduk sekali, Adam pula bersama Zamrul manakala Qash bersama Harith.
Dah pelbagai topik kami bualkan. Sambil berbual, sambil makan. Bekal makanan yang aku dan Fiya bawa tadi masih banyak. Ditambah pula dengan makanan ringan yang dibawa oleh Adam dan Harith.
Aku pula lebih banyak mendiamkan diri. Mata aku hanya terarah pada telefon pintar aku. Nak mencelah diorang berborak, rasa malas pula.
Fiya pula lebih suka sertai Adam, Zamrul dan Qash berborak. Sampai bergelak ketawa. Sesekali itu aku mencuit Fiya apabila dia tiba-tiba ketawa keterlaluan.
Bukan apa, Maktok selalu pesan pada aku. Kalau datang di tempat orang, jangan terlalu bersuka ria. Itu pesan Maktok lah. Aku tak tahu kenapa jadi aku ikutkan sahaja katanya.
Harith yang tadinya duduk di sebelah Qash sudah bangun dan duduk di sebelah aku.
Aku memandangnya sekilas, kemudian senyuman nipis aku memberi kepadanya. Dia juga turut tersenyum kepada aku.
"Bosan ke?" soalnya.
"Tak ada lah." balasku pendek.
"Yeke? Muka awak nampak macam bosan je."
Haih, terlebih peramah pulak si Harith ni. Aku pulak yang penat nak jawab.
"Tak tahu nak cakap apa. Diam jelah."
Harith mengangguk faham. Dia turut mendiamkan diri dan memerhati rakan-rakannya yang lain sedang berbual.
"Awak ada photography studio eh?" soalnya.
Aku memandangnya hairan. Macam dia tahu?
"How do you know?"
"Qash bagitahu." jawabnya.
Aku mengangguk perlahan. Nafas lega dihembuskan. Terkejut aku. Aku ingat dia ni stalker ke apa.
"Okay guys, listen up. Memandangkan malam ni rasa macam sendu je kan, rasa hambar je dengan lawak si Adam ni. Apa kata kita buat concert malam ni?" tiba-tiba Zamrul bersuara.
Adam yang mendengar terus meluku kepala Zamrul. Ha ambik kau!
Semua di situ ketawa melihat telatah mereka berdua. Aku di situ hanya tergelak kecil.
"Concert apa pulak kau nak buat ni Zam?" soal Fiya hairan.
"Haa soalan yang bagus Cik Safiya. Okay, apa kata kita buat sesi sumbang suara malam ni?" soalnya memberi cadangan.
"Hmm bagus jugak idea kau tu. Aku pun dah lama tak karoke ni." sokong Adam.
"Dan aku akan tarik diri awal-awal okay." kata Fiya mengangkat kedua-dua belah tangannya.
"Me too." sambung aku.
"Alah Qai, sporting lah sikit. Fiya, come on lah." pujuk Zamrul.
"Kau jangan nak mengada Zam! Kau bukan tak tahu suara aku macam mana." marah Fiya.
"Okay, kau tolak tepi. But Qai, please?" pujuk Zamrul.
Aku tetap menggeleng. Ada Qash dengan Harith kot dekat sini, malu!
"Alaaa.... Please Qai? Please..." pujuk Adam pula.
Qash dan Harith hanya jadi pemerhati.
Aku mengeluh berat. Apa boleh buat?
"Yelah."
YOU ARE READING
Mr Annoying Vs Miss Beku
Romance[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan orang sekeliling, atau dalam erti kata lain tidak 'friendly'. Seorang photographer dan mempunyai studio sendiri. QASH ANAQI - Seorang je...