Bab 17 | Mimpi

1K 47 1
                                    

     Nafas aku semakin sesak. Aku terkapai-kapai kelemasan. Aku cuba untuk naik ke permukaan, tetapi tidak berjaya.

   "Ark! To..tolong!"

    "Abah! Ark!"

     Aku lemas. Mata aku terpejam rapat. Pedih mata dek kerana termasuk air sungai. Nafasku mula tersekat-sekat.

  "Ark..."

    Tubuh aku mula lemah. Aku tidak lagi terkapai-kapai seperti tadi. Susuk tubuhku kaku dibawa arus yang mengalir dengan deras.

    "Alysha!!!"

    Suara itu.

    Aku amat kenal dengan suara itu. Suara insan yang paling teristimewa di dalam hidup aku. Abah.

BUSHH!

     Telinga aku sempat menangkap bunyi kocakan air yang kuat. Aku tidak mampu lagi untuk meminta tolong. Aku tidak sedarkan diri.

     Tubuh aku dicempung dan di letakkan di atas tanah. Dada aku ditekan beberapa kali.

     Sayup-sayup kedengaran suara orang memanggil namaku. Tetapi aku tidak mampu untuk membuka mata.

     Buat beberapa seketika, aku tersedar secara mengejut. Aku kelam kabut cuba mencari nafas. Tubuh aku bergetar hebat. Nafasku masih tersekat-sekat. Seumpama ada sesuatu yang menghalang aku untuk bernafas. Jantung aku berdegup kencang, aku panik.

*****

    "QAI!"

    "Qai! Bangun Qai! Kau kenapa ni?!"

     Dada aku berombak hebat. Aku cuba untuk membuka mata, tetapi tidak berjaya. Aku terasa seperti diri aku tenggelam di dalam air yang dalam.

    Terasa tubuh aku digoncang kuat.

    "Ya Allah Qai! Bangun Qai!"

    "Tolong!!!" jeritku.

    "Qai!"

     Mata aku terus terbuka luas. Tubuh aku bergetar hebat. Dada aku naik turun cuba mencari nafas. Dahi aku berpeluh. Mata aku meliar memerhati sekeliling. Aku berada di dalam bilik aku.

    "Qai?"

    Tersentak aku dengan panggilan itu. Pantas aku menoleh ke sisi katil. Kelihatan Fiya dengan raut wajahnya yang bimbang.

     Tanpa berkata apa, aku terus merangkul tubuh genit Fiya. Aku menangis di bahunya. Tubuh aku masih menggigil. Tapak tangan aku mula basah berpeluh.

   Panic attack.

    Fiya yang terkejut dengan tindakan drastik aku itu turut membalas pelukan. Dia mengusap perlahan belakang badan aku.

     "Kau kenapa ni Qai? Jangan lah buat aku risau..." soal Fiya lembut.

    Sesungguhnya dia amat terperanjat apabila mendengar Qaisara meracau-racau semasa tidur. Tidak pernah dia melihat Qaisara berkeadaan begitu.

    Aku masih teresak-esak di bahu Fiya. Mulut aku seumpama terkunci rapat.

     Kenapa? Kenapa setelah sekian lama mimpi itu hilang dari memori aku, dan hari ini tiba-tiba ia muncul kembali?

    Aku cukup terseksa dengan mimpi yang mengerikan itu. Mimpi itu akan membuatkan aku menjadi lemah serta merta.

     "Qai... Jangan diam macam ni. Cuba cerita dengan aku. Kau mimpi apa?" pujuk Fiya lembut.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now