Bab 36 | Honeymoon

1.1K 36 1
                                    

   AKU kini sedang berdiri di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah yang sudah siap di cat dengan warna putih dan kelabu itu aku pandang.

   "Macam mana? Okay tak rumah ni?" soal Qash yang muncul dari belakang.

   Aku pantas menoleh ke arahnya. Di tangannya terdapat dua buah beg roda.

   "Saya minta maaflah kalau rumah ni tak besar mana. Rumah ni saya dah lama beli. Cuma saya tak duduk sini. Kalau nak duduk pun sorang-sorang buat apa? Tu yang saya duduk dengan keluarga saya je." tambahnya.

   Berkerut kening aku memandangnya. Macam ni dia cakap tak besar mana? Dia dah rabun ke?

   "Awak merepek apa ni? Rumah ni dah terlebih besar tahu tak? Kita duduk berdua je. Buat apa nak ada rumah besar-besar?"

   Qash tersenyum senget.

   "Sekarang iya lah kita duduk berdua je. Nanti kalau dah ada anak-anak, jadi meriah lah rumah ni." ujarnya.

   Automatik aku terasa muka aku berbahang. Alahai dia ni, cerita pasal anak-anak pulak. Aku ni dah lah tak hilang lagi perasaan malu tu bila dengan dia.

   "Ish, dah lah. Jom masuk."

   Aku cepat-cepat melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah itu.

   Qash tersengih nakal.

   "Malu lah tu!" bisiknya.

   "Saya dengar!"

   Terus terdiam Qash. Dia juga mula melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah.

   Selepas pintu utama dibuka, aku mula melangkah masuk ke dalam. Terpegun aku seketika melihat susun atur barangan di dalam rumah itu.

   Mulanya aku ingatkan, dalam rumah ni tak ada barang perabot. Iya lah, dah Qash kata tadi, beli dah lama tapi tak duduk sini. Mestilah rumah ni kosong tanpa sebarang perabot.

   Tapi sangkaan aku tu meleset. Barangan dalam rumah ni semuanya lengkap. Kau nak apa? Sofa, televisyen, meja makan, kipas angin, lampu? Semuanya dah lengkap. Dan rumah ini dihias cantik. Tersusun kemas.

   "Ni dah kenapa tercegat dekat sini?" tegur Qash.

   Aku sedikit tersentak dengan teguran itu. Hampeh betul! Boleh pulak kau tercegat dekat tengah-tengah jalan ni tilik setiap inci rumah ni.

   Aku menggelengkan kepala. Kaki aku mula melangkah perlahan berjalan di segenap sudut rumah itu. Okay, aku dah mula suka konsep rumah ni. Santai dan kemas.

   "Awak memang dah penuhkan barang perabot eh dalam rumah ni?" soalku ingin tahu.

   Qash memasukan tangannya ke dalam kocek seluarnya.

   "Haah. Tapi tak semua. Rumah ni ada empat bilik. Satu bilik master bedroom, which is akan jadi bilik kita nanti. Saya dah isi barang perabot dalam bilik tu. Bilik kedua, saya dah buat bilik tu jadi bilik tempat buat kerja. Lagi dua bilik tu saya biarkan kosong." jelasnya.

   "Tapi barang perabot dekat dapur, dah lengkap. Saya baru je beli barang perabot dapur masa kita dah bertunang. Senang kalau nak masak nanti. Nak-nak pulak saya dah kahwin sekarang ni. So dapur tu is yours now." tambahnya dengan senyuman manis.

   Aku tersenyum nipis mendengar kata-katanya. Dapur tu aku punya eh? Hmm, nampaknya kau kena rajin-rajinlah masuk dapur lepas ni. Dah jadi isteri orang kan?

   "Jom lah saya bawak awak tengok bilik kita." ujarnya seraya mula memijak anak tangga satu persatu.

   Aku pula hanya membuntuti dari belakang.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now