Suasana kedai bunga The Daffodil lewat petang itu sudah mula lengang. Zarin Aiqal memerhatikan pekerja-pekerja pejabat melalui tingkap kaca kedainya, keadaan di luar agak lengang dengan orang kerana sudah lepas waktu pejabat. Masing-masing sudah berpusu-pusu keluar sejak sejam yang lepas. Pekerjanya juga sudah bersiap untuk pulang ke rumah.
"Boss." Panggil Hana salah seorang pekerjanya.
Zarin menoleh ke arah pekerjanya yang sudah berada di muka pintu kedai bunga. Hana sudah siap dengan helmet menantikan Ika, untuk pulang bersama.
"Kita orang balik dulu.." kata Hana.
"Balik hati-hati.." pesan Zarin, dia memandang ke arah mereka berdua bersama senyuman terukir di bibir sebelum mereka melangkah pergi. Mata Zarin kembali melihat ke arah cermin tingkap, mencari susuk tubuh seorang wanita.
Hana dan Ika yang sudah berjalan jauh ke parkir motor memandang semula ke arah kedai mereka. Boleh nampak yang Zarin sedang termenung menghadap keluar. "Ika, kau tengok tu.." kata Hana sambil menjuih bibirnya ke arah kedai.
"Kau, baru keluar terus nak ngumpat boss erh ?" Tegur Ika tapi matanya memandang juga ke arah Zarin.
"Aku perasan, boss bila habis office hour, mata menghadap ke situ. Ke dia ada girlfriend weh !?" Teka Hana dengan teruja.
"Boleh jadi. Mana tahu girlfriend dia kerja office kan.." kata Ika pula. Ketika mereka ralit berbual, bunyi kedai sedang ditutup mengejutkan mereka. Rupanya, Zarin sedang mengunci kedai bunga mereka.
"Korang buat apa tak balik lagi !?" Tegur Zarin saat dia selesai mengunci kedainya.
"Kita orang nak balik la ni.." kata Ika dengan terkejut. Dia sehabis yang boleh berlakon selamba dan menarik Hana ke motor.
"Dah lah, sixth sense kau tak boleh pakai la Hana. Dia mana ada girlfriend. Elok je tutup kedai tu." Bebel Ika. Hana tidak membalas dia hanya mengangkat bahu sahaja. Tidak lama kemudian mereka meninggalkan kawasan kedai itu.
Terhibur Zarin melihat Hana dan Ika dari jauh. Tak lain tak bukan gossip pasal dia la tu. Haih, budak-budak ni. Pantang aku tak ada depan mata!
Keesokan harinya, Zarin seperti biasa dia akan menjadi orang pertama yang tiba awal untuk buka kedai bunganya. Setiap pagi dia akan memerhati dari cermin kaca pekerja-pekerja yang masuk waktu pejabat. Apabila seseorang yang ditunggu sudah masuk, barulah dia rasa semangat untuk habiskan harinya.
"Good Morning boss!" Tegur Hana dan Ika sebaik sahaja masuk ke dalam kedai. Hana memerhatikan muka Zarin yang tersenyum senang sambil menggubah bunga.
"Makin lama muka bos ni makin bersinar je aku tengok weh" bisik Hana pada Ika disebelahnya.
"Kau cakap je la kau jealous single. Nanti aku cari kan kau partner." Balas Ika dengan malas. Ika memandang boss mereka yang duk tersengih-sengih sambil menggubah bunga. Tak penat ke ?
"Boss, tu gubahan tu siapa yang order ?" Soal Ika, cantik pula dia tengok gubahan bunga Zarin. Dah la semua bunga stock mahal and fresh baru sampai.
Terhenti Zarin saat mendengar soalan Ika.
"Bunga ?" Zarin memandang bunga yang sedang digubahnya.
"Ni untuk jual.." jawab Zarin pendek.
"Jual ? Boss, bunga mahal macam tu ada ke orang nak beli ? Ke hari ni hari special ?" Soal Ika, laju sahaja dia mengambil kalender kedai mereka. Tak ada yang special mengenai hari ni.
"Boss! Boss guna berapa banyak bunga tulip ni boss.. saya nak siapkan order customer nanti boss." Tegur Ika lagi saat melihat Zarin masih menggubah bunga tersebut.
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...